Thursday, December 26, 2013

Rezeki Akhir Tahun 2013

Assalamualaikum ya asdiko'i....

Alhamdulillah rezeki akhir tahun 2013 dr pemilik blog hazmanfadzil.com. Dulu sebelum pregnant boleh dapat juara, sekarang naib juara. Alhamdulillah ada gak rezeki kan. Refer link SINI.


Mood nak join Contest Raja Komen hazmanfadzil.com datang kembali!!! Lepas ni harap kembar aku pon join bagi memeriahkan contest! :)


Tuesday, December 24, 2013

Wedding Kak Norliza Daud & Azizuddin @ Dewan Serbaguna SIRIM, Shah Alam

Assalamualaikum ya asdiko'i. Cerita minggu lepas baru nak update. Dua minggu yang lepas aku pergi kenduri sedara belah En Suami di Dewan Serbaguna SIRIM, Shah Alam. Jom layan gambar la. Kembar aku mesti tak baca. Dia tengok gambar je. huhu~ So aku buh gambar caption sikit-sikit je. :)

Gambar Pengantin....
Muka diorang sama! Macam adik beradik.

Pelamin yang cantikkk...

Nur Anis Qaisara , sepupu Umaira Solehah yang bam bam. hihi~

 Umaira Solehah dengan Ibu...

 Umaira Solehah dengan Kakak  (sepupu Umaira)

Umaira Solehah dengan Ummi pulak...


 Gambar Nek Nam, Ibu, Nenek &Ummi & Anis...

 Ni gambar rumah merah mak ngahhhh....Umaira Solehah terlentok....

Songeh jo bila dpt jln-jln...

Gambar ngn pengantin tak amik pun. Diorang tengah makan time tu so amik jela gambar pengantin sahaja. uwaaaaa...Tak best plak rasa tak dapat mik gambo ngn pengantin. 
Next entry tak tahu lagi nak update pasal apa. 

Terus-terus la ke sini lagi ye ~

Monday, December 23, 2013

Anugerah terindah dalam hidup ku - Umaira Solehah @ 1,2,3month

Assalamualaikum ya asdiko'i ......

Saat terindah bagi diriku pabila menjadi ibu. :)
Ku abadikan kenangan dan pengalaman bersalin anakku , Umaira Solehah di entry SINI <--
Tanggal 23 September 2013 , Jam 10.55pagi seorang puteri telah selamat di lahirkan di Hospital Kajang, Selangor secara normal. Bayi seberat 3kg, tinggi 54cm....
Ku kandung selama 41minggu.
Alhamdulillah.....Alhamdulillah....Alhamdulillah......

*Hari pertama Umaira Solehah melihat dunia.

Umaira Solehah bererti "Puteri yang solehah"

1 Bulan 
Berat : 3.5kg , Tinggi : 54cm
Berat di timbang pada 23 Okt 2013 (tepat sebulan)
Masa ni ruam kat muka Umaira agak teruk. Lepas bubuh baby oil baru ok sikit. :)

2 Bulan 
 Berat : 4.4kg , Tinggi : 54cm
Berat di timbang pada 20 Nov 2013. (3hari lagi nak 2bulan)
Ada beza tak dari 1 bulan ke 2bulan ? :)

3 Bulan 
Berat : 5.2kg, Tinggi : 56cm
Berat di timbang pada 19 Dec 2013 (4 hari lagi nak 3bulan) 
Ni gambar semalam. Dah besar anak mama ni :)


Harini genap Umaira Solehah 3 bulan.
Happy Birthday ke 3 bulan Umaira Solehah. . .  muahhhhh
InsyaAllah anakku akan menjadi seorang anak yang solehah. amin.....ya rabbalalamin....



Tuesday, December 17, 2013

Majlis Perkahwinan Nurul Aini & Pasangan @ Bukit Damansara

Assalamualaikum ya asdiko'i, Sabtu lepas aku sempat p satu kenduri wpon En Suami kerja. Patut nye kenduri kawan sekolah aku ni di Bandar Baru Bangi (dekat je ngn umah aku) tapi sebab En Suami kerja, aku tk p then kawan aku ajak p belah laki. Aku pun p la ngn kawan aku, Nurul & Shida siap bawa assistant a.k.a baby sitter anak aku a.k.a adik aku. hehe~ Jom layan gambar...zaaazzzzzzzzzzzzzz...

Sampai-sampai je terus jumpa pengantin & bergambar. Kami sampai dalam kul 2.34pm.

Bergambar dengan pengantin baru sebelum balik. Sempat PEACE tu !!!

Nampak tak lemak pipi Umaira Solehah tu? huhu~

Ni la driver yang hebat. Berbekalkan peta dari penjelasan di SMS, kami sesat tapi berjaya sampai destinasi juga, kalau aku dah gelabah gile kot. Ada GPS pon gelabah gak. huhu~

Awwwww......

Seronok Umaira dapat keluar jalan-jalan makan kenduri & minum air sirap. hehe~

 ~Barakallahulakuma Nurul Aini & Suami ~




Wednesday, December 11, 2013

The Big Bad Wolf Book Sale @ MIECC, The Mines

Assalamualaikum ya asdiko'i...harini sempat gak aku update blog. Tulis simpan dalam draft then autopublish. Mudah kan. hehe~ Ahad haritu aku pergi kenduri ex-housemate aku di Hulu Langat. Then nak balik tu lalu plak kat The Mines. Ikutkan aku nak balik terus then tetiba En Suami ajak p The Big Bad Wolf ni. 

Entrance The Big Bad Wolf

Punya la lama tunggu lif ni, rupanya rosak. Akhirnya naik tangga gak. 

Macam-macam buku ada. Kalau bawa adik-adik aku ni , mesti diorg borong novel. huhu~

Antara buku yang menarik perhatian aku & En Suami dek kerana title buku tu. hehe~

En Suami tengok-tengok buku ruangan apa ntah. 

Aku rembat buku-buku untuk Umaira tapi tak banyak la sebab sesak dengan orang ramai. Kalau Umaira tinggal kat umah & aku pergi ngan En Suami maybe banyak kot hasil. Semua buku-buku yang aku rembat tu RM8, RM3, RM6.Novel-novel english pun ada RM8 je. Ramai yang pegang kotak & bawa beg beroda nak borong buku tu.

Umaira nyenyak tidur. Senang nak tengok-tengok buku. Tapi susah sebab sesak dek kerana kete Umaira mengganggu laluan orang. hehe~ Bergilir-gilir la kami jalan-jalan tengok buku. Aku tak minat baca buku, harap anak aku tak ikut la perangai mama dia. Meluntur buluh biiarlah dari rebung nya, ye dokk?

Bagi korang yang ramai anak-anak tu boleh la pergi terjah "The Big Bad Wolf Book Sales" di MIECC, The Mines. Macam-macam buku ada. Kalau ada anak kecik macam Umaira , terhad la sikit masa nak tengok-tengok buku. Ada masa lagi 4 hari lagi. Event ni berlangsung dari 6 - 15 Disember 2013. 


Ni ha hasil aku & En Suami. Yang buku tebal tu je RM20, En Suami punya. Yang lain untuk Umaira Solehah. hehe~ Sekian ... jumpa next entry k.



Monday, December 9, 2013

Wedding Kak Fazza & Hamid @ Dewan Sri Nanding, Hulu Langat

Assalamualaikum ya asdiko'i. Semalam aku pegi kenduri ex-housemate aku di Kelana Jaya. Jom layan gambar jela. Lagi syok. Layannnn....

Kak Fazza & Hamid ....

Time ni aku & En Suami tengah makan. Umaira main ngn auntie-auntie. hehe~
Paper bag belang ijau tu hadiah dari auntie Fidah(tgh pegang Umaira).
TQ auntie Fidah bawa hadiah untuk Umaira ....

Kembar ku, Saya Disini & kembar Umaira Solehah, Raissa Nur Adha.
Kami dah slim river kan? :)

Sesi bergambar dengan ex-housemate ku. Mama Umaira pun nak posing.

Umaira & Raissa bersama pengantin. Amik berkat..

Sesi umah merah dan umah coklat bergambar dengan pengantin plak. ngeh-ngeh.


Selalu kalau pergi kenduri kahwin mesti banyak gambar, kali ni tak banyak. Maybe sebab dah ada anak. En Suami pun terbatas nak amik-amikkan gambar & lagi satu kami pergi kenduri lambat. Pengantin dah siap makan semua....huhu~ Oh ya, ni kira 1'st time Umaira pergi kenduri kahwin. huhu~

Buat pengantin : 
Barakallahulakuma to Kak Fazza & Hamid. Dulu malu-malu kucing, akhirnye bersatu gak. Alhamdulillah...
:D


Monday, December 2, 2013

Pengalaman Bersalin Anak Pertama - Umaira Solehah

Assalamualaikum ya asdiko'i .......

Harini aku nak share pengalaman aku bersalin anak pertama aku, my little princess - Umaira Solehah Binti Mohd Aizuddin

*Hari pertama melihat dunia.
Selepas 7 hari overdue
Tarikh EDD aku adalah pada Hari Malaysia - 16 September 2013. Aku over due selama 8 hari. Hari ke-7 over due tu , mak aku pegang-pegang perut. Dia kata, "ha ni dah ada contraction ni".Tapi aku tak rasa sakit. Mak aku pegang perut lagi, setiap 5 minit contraction tp aku tak sakit.Malam tu , mak aku keje shift malam, aku follow mak aku & wat check up. (Oh lupa, mak aku bekerja as SISTER or ketua jururawat dekat wad bersalin, hospital tempat aku beranak).Memang ada contraction tp aku tak sakit. Bile cek bukaan , 0cm. hehe~ So, balik le.

Sakit contraction bermula
Lepas balik dari hospital tu, jam 11.30pm tetiba aku rasa sakit sikit. Dalam hati berkata, "ooo ni la sakit contraction yg mak aku cakap tu". Aku minta En Suami catit masa setiap kali aku sakit. Almost setiap 5 minit contraction. Malam tu memang tak leh tido. Dari sakit sikit menjadi makin sakit tahap yg tak boleh tahan. Aku baca doa Nabi Yunus tu setiap kali sakit dan genggam tangan En Suami kuat-kuat. Relax je dulu. Kul 5 dah tak tahan , aku sms mak aku & bgtau En Suami yang aku tak tahan dah sakit. Di sebabkan aku dah terlampau sakit setiap 5 minit, aku ambil masa yg lama untuk mandi. Bila time tak sakit baru aku p mandi. Dah bis mandi tu , aku terpaksa duduk depan pintu toilet sebab sakit tahap tak boleh berdiri. Jam 745pg baru siap turun untuk sarapan. hehe~ Dari kul 5 pagi tu, mak aku tunggu , kul 8 lebih baru aku sampai.

Sarapan sebelum bersalin
Sebelum aku bersalin dah pesan dekat En Suami, "Kalau sempat bila sy bersalin nanti tolong la buat kan milo suam dengan telur separuh masak". Ni untuk tenaga masa bersalin nanti. Alhamdulillah , En Suami sempat buat kan sementara aku ambil masa lama untuk mandi tu. Nak makan tu pun ambil masa. Time tak sakit, aku cepat-cepat telan telur separuh masak ngn air milo suam then terus gerak ke hospital.

*Umaira Solehah bersama papa nye.. <3 

Sampai di hospital
Dalam jam 8.45pg kot sampai kat hospital terus di sambut oleh mak guard untuk bawa aku ke dalam wad.Mak aku patut dah abis keje shift malam tp mak aku stay & teman aku. Lepas tu terus je p cek bukaan. Bila cek , aku dah buka 5cm then doktor terus masukkan ubat "eakk". Aku pun p toilet sebaik sahaja ubat tu di masukkan. Dah duk dalam toilet lama, mak aku plak risau. Before tu mak aku dah pesan , nak "eakk" tu jangan teran". Lama gak aku duk dalam toilet sebab sakit contraction tu makin lama makin menyengat. Lepas je "eakk" , terus aku di bawa ke labour room.

Keadaan di Labour Room
Jam 9.50am kot masuk labour room. Aku pun tak pasti sebab tak tengok jam. Yang pasti aku rasa macam sekejap je aku dah bersalin. Masuk je labour room , nurse terus pasang ECG ke pe bende ntah kat aku untuk pantau contraction. Memang dah sakit sangat dah masa ni. Lepas tu doktor minta izin nak pecah kan air kutuban. Tak silap aku, doktor yang in charge aku nama lebih kurang nama anak aku, "Dr Humaira" hehe~

Sampai tahap aku dah rasa macam nak "Eaaakkkkk" , aku terus bgtau nurse , "hah dah rasa nak eakkk". Nurse bagitau cara nak teran, aku pun ikut la apa yg nurse suruh. Aku teran dengan bantuan oksigen sekali ( tak pasti kenapa aku kena guna oksigen, maybe nurse nampak aku lemah sangat kot). Aku teran 2 kali, then En Suami bisik kat telinga, "Abg dah nampak kepala baby, sikit je lagi" Teran lagi sekali....

"Uweeeekkkkkkkkkkkk"

*Kaki Umaira Solehah yang over due 8 hari 

Selamat melahirkan 
Tepat jam 10.55pg , aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Lepas je baby dah keluar dari perut aku, nurse tunjuk baby punya "tutttt" & tanya kat aku , "baby boy ke girl?" . Aku tak pakai spek, tak berapa jelas tapi nampak la gak terus jawab "Girl ..alhamdulillah". Then terus nurse letak baby atas badan aku. Kecik je masa tu.. Ada nurse tu cakap kat aku, "Pandai awk teran, memang cara yg betul"... Aku dalam hati, "Sy ikut cara yg nurse bg td la". Masa sakit nak bersalin dah tak ingat dah teknik nak teran yg kite baca kat google tu, peranan nurse la untuk bgtau. hihi~

Ya Allah lega nya lepas bersalin tu. Mak aku bagi air milo lepas je aku beranak tu untuk bagi tenaga. Slurrpppp (minum ngn straw sambil baring).Masa proses jahit, aku tak rasa sangat. Maybe ubat bius tu masih ada kesan kot (ada letak ubat ke masa beranak?Aku pun tak pasti hehe~) Lama nye proses nak jahit. Aku masa tu penat sangat rasa, yela semalamam tak tidur pastu beranak plak. 

*Baju hijau tu mak aku & yang berkaca mata itu mak mertuaku.

Muka keletihan jelas terpancar di wajah ibuku , yela dah kerja malam pastu tak balik (mandi dekat hospital) & tak rehat langsung. Malam tu mak aku kerja tapi still dapat temankan aku, yela mak aku memang keje kat wad ni. hehe~ Sebab tu la aku nak bersalin kat sini . ngeh-ngeh~

Alhamdulillah , Allah permudahkan , berkat doa seorang ibu, suami , family dan semua yang mendoakan.Terima kasih  Mama & En Suami coz teman & bg semangat masa bersalin haritu. Pengorbanan seorang ibu yang aku rasa tak terbalas rasanya >_<

Alhamdulillah...alhamdulillah... alhamdulillah..

p/s : Sudi-sudikan like gambar contest my little princess,  Umaira Solehah kat link --> SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...