Korang dah sarapan?
Kalau korang sarapan, apa minuman yg korang suka ek?
Milo? (eh! boikot ... boikot!)
Kopi?
Teh O?
Fresh Orange? (Pergh!, pepagi dah fresh orange kan)
Teh Tarik? ( ni mesti ramai kan)
Aku peminat tegar TEH AIS. Sampai rasa nak minum hari-hari. Tapi kan ... kalau korang nak tahu, aku kalau minum TEH AIS or TEH TARIK , mesti tak boleh tidur. Ibarat minum kopi la. So , untuk elak aku tak boleh tidur di malam hari, aku selalu minum di pagi hari.
Dek kerana , aku ketagih nak minum hari-hari, En Suami suggest la suruh buat TEH TARIK/TEH AIS homemade. Bahan-bahan nya :
Teh Wangi Ros (Cap Masjid)
Kalau cap teh boh tak menjadi la macam TEH TARIK mamak. hehe~
Susu Pekat F&N
Tak kisah brand apa pon, aku prefer brand ni. Eh ! Susu pekat pun HIGH CALCIUM ek???
Hasil nya seperti gambar di atas tadi tu. Kalau nak TEH AIS, selalu aku akan buh TEH TARIK panas tadi bersama ais dalam shaker n shake je. Memang rata la kesejukan dia.
Kelebihan TEH TARIK/TEH AIS homemade
(wahh siap ada kelebihan !) :
1- Jimat $$$
Kalau pergi Mamak minum sekali je dah RM1.20++ ek? Teh Wangi Ros ni leh wat dalam 20 cawan kot. Harga sebungkus RM4.00 lebih.
2- Jimat Masa
Selalu minum Teh Tarik dekat mamak, mesti la ambil masa gak nak minum panas-panas kan. Kalau kat rumah boleh minum sambil bersantai bersama keluarga kan. Chewaaaahhh. Quality time with family.
3- Boleh kawal kemanisan ikut individu
Dah nama pun homemade, so boleh la kita kawal kemanisan Teh Tarik tu sendiri.
Selamat mencuba!!!
:)
p/s: skrang aku tgh batuk berkahak. So terpaksa la minum TEH TARIK panas gitu , kasi garu tekak yang gatal. Sebab tu tkde gambar TEH AIS homemade :D










