Friday, April 20, 2012

Subhanallah : Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Putrajaya

Salam Jumaat kawan-kawan. Jom kita muhasabah diri kita di pagi Jumaat. Nak kongsikan antara 10 amalan harian yang perlu di jaga secara berterusan (search kat google je)

Muhasabah Diri : Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah


1. Bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
2. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
3. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
4. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
5. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
6. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
7. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
8. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
9. Dalam waktu Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
10. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.


Sumber : Google



Moga kita lebih dekat pada Allah
Moga kita dilindungi oleh Allah
Moga kita ditetapkan iman
Moga hari esok lebih baik dari hari ini.

Amin Ya Rabbalalamin
>_<


26 comments:

  1. insyaallah..mudah-mudahan kita lebih dekat dengan Allah...

    ReplyDelete
  2. TQ 4 sahring Cik Farizam,InsyaAllah akan diamalkan....

    ReplyDelete
  3. Insyaallah...moga kita lebih dekat dengan NYA

    ReplyDelete
  4. As salam Cik Farizam,

    Insya'Allah akan cuba diamalkan... Terima kasih :))

    Datang dr blog Hanum, salam perkenalan :)))

    ReplyDelete
  5. balas kunjungan dan salam kenal Cik Farizam...

    insya Allah kita semua cuba amalkan selalu... :D

    ReplyDelete
  6. sgt2 lah bagus. insyaAllah akan cuba diamalkan secara beterusan..boleh ke nak aku kau je

    ReplyDelete
  7. terima kasih sharing ilmu.. saya nak save ya :))

    ReplyDelete
  8. Wahh...berguna sungguh info ini.... :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...

    terima kasih atas perkongsian ilmu ni.. :)

    ReplyDelete
  10. Peringatan yang sangat2 bagus...tidur mengiring ke kanan ikut sunnah Nabi S.A.W..untuk melancarkan sistem usus kita..Nabi buat bersebab..indah kan :)

    ReplyDelete
  11. Insyaallah..semoga kita semua sentiasa dekat dengan-NYA

    ReplyDelete
  12. sama2lh kita ingat mengingati...

    ReplyDelete
  13. singgah dari blog anum...

    bagus info untuk hari jumaat ini....

    ReplyDelete
  14. Ingatkan bila tengok gambar nie.... faz nak kasi tahu nie tempat akad nikah....hehehehe

    ReplyDelete
  15. perkongsian yg baik utk semua rakan2..

    ReplyDelete
  16. thanks dgn perkongsian ini.. sharing is caring kan..

    ReplyDelete
  17. insyaallah..sama2 la kita amalkan selalu..:D

    ReplyDelete
  18. insyaAllah.. selamat beramal semua ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...