Selasa baru-baru ni, boss aku belanja makan lagi dekat restoran yg sama aku & officemate pernah makan.
Restoran Sari Ratu di Kelana Jaya. Sederet dengan Bank Islam, RHB Bank & Subway.
Gulai Ikan
Aku penggemar ikan. So, aku memang makan banyak gulai ikan ni. Haritu makan kat sini , ada
Ikan Goreng Nila yang garing. Kali ni boss tak pilih lauk tu plak. Bertukar selera.
Gulai Daging
Aku kurang makan daging. Lagi-lagi yang berminyak cam kuah di atas. Aku cepat loya. So aku memang tak sentuh lauk ni.
Gulai Tunjang
Orang kata gulai tunjang ni source of collagen . . .cer google . .
Sayur Kailan
Aku penggemar sayur juga. Kalau sayur pahit, kurang la sikit, yang ni tak pahit.hehe~
Paru goreng
Sangat rangup sehingga sukar di gigit. Tapi aku gigit je, macam keropok.
Ayam Kampung Goreng
Hari tu dah makan dah ayam ni. Leh cek kat entry
sini.
Sambal
Rasa dia hangit sikit.. huhu~
Nasi Putih
Alpokat Juice
Buah Avokado + Coklat, rasa dia agak pekat dan muak. Kalau minum air ni memang boleh mengenyangkan.
Menarik kan? Don't judge by its cover
>_<
Honey Dew & Water Melon Juice
Abaikan la awek cun tu ye, lagi-lagi tuk Hazman Fadzil.huhu~
Baru perasan , sudu kene tepat kat hidung Farah .. . haha~
Ice Jeruk
Rasa dia macam limau madu. Sedap !
Fresh Orange
Ni la air yang aku minum. Nasib baik masam sikit. Aku kene minum yang masam-masam sebab cepat rasa loya selepas makan :(
Strawberry Ice Cream with Tapai
Aku tak suka tapai. Tak tahu plak yang color putih-putih tu tapai, so dah termakan . . .huhu~ Ice cream dia sedap gak tp aku tak suka tapai. Presentation dia kureng la. hehe~
Restoran Sari Ratu
Indonesian food, Authentic Nasi Padang
No AG 10 & AG 11, Jalan ss6/5A, Kelana jaya