Saturday, April 28, 2012

Trailer Filem Aku ada Kau Ada?

Lepas download lagu Begini Caranya nyanyian Shaheizy Sam & Yana Samsudin, aku terus search trailer untuk filem "Aku Ada Kau Ada?" Agak menarik juga la filem ni. Filem lakonan Shaheizy Sam, Yana Samsudin & Kamal Adli. Memang sesuai la Yana Samsudin & Shaheizy Sam di gandingkan. Nampak serasi je bila diorang berlakon. 

Filem ini mengisahkan dua musuh ketat iaitu Tina lakonan Yana Samsudin & Nordin lakonan Shaheizy Sam yang sering bergaduh antara satu sama lain. Mereka sering bertembung dalam persembahan muzikal. Dalam tidak sedar, cinta hadir antara mereka berdua. huhu~ Orang selalu kata, jangan benci sangat kat orang, nanti jatuh cinta :)

Yang menariknya, pengambaran filem ini dibuat di KOREA. Memang ada sikit ala-ala korea la filem ni. Siap ada menari-nari ala korea. K-POP ~



Arahan: Rahila Ali
Pelakon : Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli
Genre : Muzikal Romantik
Tayangan : 24 Mei 2012

Jom tengok trailer untuk Filem Aku Ada Kau Ada :



Nantikan filem Aku Ada Kau Ada yang akan mula ditayangkan 24 Mei 2012 di pawagam.
Jom layan lagu Begini Caranya (Shaheizy Sam & Yana Samsudin)



21 comments:

  1. sam is back! hoho bila la zuan nak dpt twrn blakon ni, asyik sam n harun je blakon :P

    ReplyDelete
  2. wah, laju je tau psl citer terbaru.. dpt sumber dr mn? share2 la cni ckit.. hehe

    ReplyDelete
  3. mcm best je cite ni.. sk lakonan sam n yana..

    ReplyDelete
  4. nti nk tgk jgk citer ni.. sam n yana mmg gandingan yg serasi.. ^^

    ReplyDelete
  5. macam best je citer ni.. suke sam!

    ReplyDelete
  6. sya suka sngt lagu sam n yana nih...rasa sweet sngt nyanyian diorang..oo baru tau sbb utk filem nih ya..pergh tgk ala2 cover film pun cam winter sonata..:)

    ReplyDelete
  7. wahhh shooting d korea tu! so international !!! hehehe

    ReplyDelete
  8. wahh! nak tgk tgk2!! lagi korea kan.. lagi sy minat haha..

    ow patutlah hari tubila dgr lagu tu then terkejut bila tahu sapa penyanyi dia.. cantik jugak sora dia org..

    ReplyDelete
  9. Yang ditunggu tunggu..trailer pun dah best.. :-)

    ReplyDelete
  10. hohoho...saya jarang betul tengok citer melayu kat panggung.

    ReplyDelete
  11. haha macam citer korea pun ada...hehe :P

    ReplyDelete
  12. wah.. berlakon kat obersea!!! bestnya!!!

    ReplyDelete
  13. Ohh cerita ni lmbt lagi nk kuar...patutla x pnh dgr lagi...

    ReplyDelete
  14. perlu ke dorang ni nak buat ala² korea..? hahahaha

    ReplyDelete
  15. macam best je citer nih.. kena tunggu utk download la nmpak gayanya.. nk tgk kt wayang memang x la.. hehe..

    ReplyDelete
  16. berlakon kat korea u..kelassssss..hehe..

    falsya suke gile lagu nie..bestkan..

    ReplyDelete
  17. haish..macam2 filem yang keluar sekarang. sampai tak sempat nak tgk mana satu

    ReplyDelete
  18. gaya sam tak boleh blah dekat poster tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...