Assalamualaikum Ya Sodikoti , rasa macam dah lama tak update blog. Harini nak update ringkas je. Isnin lepas aku amik cuti untuk hantar akak & abang ipar aku ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Mereka telah pun terbang untuk menunaikan fardhu haji pada 8 Oktober yang lalu.
Abg & Kakak ipar ku sedang makan nasi lemak dan mee singapore.
Diorang tetiba diterjah oleh wartawan dari mana entah untuk di temu ramah.
Dah 4 orang anak akak & abg ipar aku ni. Kira aku dah ada 4 orang anak buah terus :D
Teringat pula masa Kaklong & Abg Din nak masuk meninggalkan anak-anak. Sedih sangat. Dija (si kecil) tidak mengerti apa-apa. Kakak Shahirah & Abg nya la yang paling sedih. >_<
Kakak Ipar aku bersama mak mertua ku. Makin ceria mak :D
Kakak Ipar aku bersama Kak Liza (berbaju hijau) a.k.a tuan punya gambar. Aku tak dapat nak snap gambar kerana kamera aku dah kong baterinya. Charger tak bawa plak. hehe~
Moga Kaklong & Abg Din selamat pergi dan selamat pulang. Moga dapat menunaikan haji dengan haji mabrur. InsyaAllah . . amin. . . .
p/s: Gambar aku tak perlu la letak. Nanti KEMBAR aku komen macam-macam. :D





