Showing posts with label MIECC. Show all posts
Showing posts with label MIECC. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

The Big Bad Wolf Book Sale @ MIECC, The Mines

Assalamualaikum ya asdiko'i...harini sempat gak aku update blog. Tulis simpan dalam draft then autopublish. Mudah kan. hehe~ Ahad haritu aku pergi kenduri ex-housemate aku di Hulu Langat. Then nak balik tu lalu plak kat The Mines. Ikutkan aku nak balik terus then tetiba En Suami ajak p The Big Bad Wolf ni. 

Entrance The Big Bad Wolf

Punya la lama tunggu lif ni, rupanya rosak. Akhirnya naik tangga gak. 

Macam-macam buku ada. Kalau bawa adik-adik aku ni , mesti diorg borong novel. huhu~

Antara buku yang menarik perhatian aku & En Suami dek kerana title buku tu. hehe~

En Suami tengok-tengok buku ruangan apa ntah. 

Aku rembat buku-buku untuk Umaira tapi tak banyak la sebab sesak dengan orang ramai. Kalau Umaira tinggal kat umah & aku pergi ngan En Suami maybe banyak kot hasil. Semua buku-buku yang aku rembat tu RM8, RM3, RM6.Novel-novel english pun ada RM8 je. Ramai yang pegang kotak & bawa beg beroda nak borong buku tu.

Umaira nyenyak tidur. Senang nak tengok-tengok buku. Tapi susah sebab sesak dek kerana kete Umaira mengganggu laluan orang. hehe~ Bergilir-gilir la kami jalan-jalan tengok buku. Aku tak minat baca buku, harap anak aku tak ikut la perangai mama dia. Meluntur buluh biiarlah dari rebung nya, ye dokk?

Bagi korang yang ramai anak-anak tu boleh la pergi terjah "The Big Bad Wolf Book Sales" di MIECC, The Mines. Macam-macam buku ada. Kalau ada anak kecik macam Umaira , terhad la sikit masa nak tengok-tengok buku. Ada masa lagi 4 hari lagi. Event ni berlangsung dari 6 - 15 Disember 2013. 


Ni ha hasil aku & En Suami. Yang buku tebal tu je RM20, En Suami punya. Yang lain untuk Umaira Solehah. hehe~ Sekian ... jumpa next entry k.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...