Showing posts with label gambar raya. Show all posts
Showing posts with label gambar raya. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Gambar Raya Lagi....

Assalamualaikum ya asdiko'i...
Pejam celik pejam celik, Syawal berakhir. Eh! Hari ni la last Syawal. Aku nak juga update lagi pasal raya. hehe~ Jom tengok gambar raya (bukan 1 Syawal) ni masa 6 Syawal 1435 H kalau tak silap. Kami berkumpul untuk bergambar then terus p beraya rumah saudara kami di K.L. Baju ni kami buat untuk kenduri abg aku nanti, tp pakai je la tuk raya dulu .. hehe.. JIMAT! Layannnnnn....

Gambar Formal

Freestyle
Tengok la freestyle Umaira Solehah tu... :D

Freestyle lagi...

Formal balik..

Gegirl jeee...
Ha baru nampak baju Peplum si kecik tu. 

Boboy + Umaira Solehah

Tok Pa, Nek Ma & Umaira Solehah 
Takde mood nak senyum... penat posing la tu... 

Mama Long , Papa Long & Umaira Solehah...
Manja sungguh posing Papa Long ngn Umaira Solehah tu.. :P

Mama , Papa & Umaira Solehah
Yang ni dia senyum sebab masa ni gambar pertama yg di snap. hehe~

Umaira Solehah with Cik Tin & Cik Su Ucukkkk...
Macam kembar kan mereka berdua ni....

Umaira Solehah with Ayoh Ngoh.. 
Tahun depan, in sha Allah Mok Ngoh teman kat sebelah tu.. :D

Fuhhh...byk plak aku tepek gambo. Ikutkan nak tepek lagi tp tak sempat. My little princess dah ngamuk nak nenen. oo ini post aku taip malam2 & autopost. Senang hihi....

Daaa....


Tuesday, August 19, 2014

First Raya Bersama Mertua @ Seremban

Assalamualaikum korang...
Baru la sempat update. Anak dah tidur, kite kasi update n buat autopost. :)

Nak update gambar first raya. Tahun ni kan first year aku beraya rumah mertua di SEREMBAN. Tahun lepas belah parents aku. Jom tengok gambar :

Tahun ni raya meriah. Style terkini, amik gambar pakai monopod! Baru la up to date!
Actually , aku bawa kamera digital tp lupa bawa tripod. So tak pakai sangat la kamera tu. huhu~

Meriah kan.. ada family BIRU, family HITAM , family GOLD ...

Atok & Nenek bersama cucunda.... 


Alhamdulillah, tahun ni beraya bertiga. Tahun lepas pon bertiga tp Umaira Solehah dlm peyuttttt 8bulan lebih kot...

Kasi suap la dia nasi impit ngn sup. Terliur tengok org makan. 
Aku plak lupa bawa bib dia. Pakai tisu la, kang comot kene baju raya. hehe~

Ni masa beraya rumah ke-2.Dah ngantuk. Penangan makan nasi impit kot.Si Papa tu belakon je tu.. :P

Muka baru bangun tidur. Umah ke-3 @ JELEBU, N9

Aku & Kakak Anje. Cantik kecik-kecik dah pakai shawl~

Actually byk je gambar, tp yg ni jela aku tepek. Kang exceed limit baru tauuuuu (sebenarnye malas nak pilih gambar, byk benorrrrr)

OK, nanti pas ni update gambar raya di umah parents aku plak (kalau rajin)




Monday, September 3, 2012

Sesi Fotografi Di Hari Raya Pertama

Hari dah masuk 16 Syawal. Sekejap je rasa. Aku baru terkebil-kebil nak share gambar raya lagi. Mood nak update blog ada. hahahahha~ Kembar aku plak baru sikit mood nak update. Malas nak bebel panjang-panjang. Korang layan gambar jela. Gambar raya family belah mak aku. Mak aku 3 beradik sahaja. Lokasi : umah Cik Su Kampung Nyiur Tujuh, Jerteh.

Keluarga aku. Kaklong & abg ipar aku beraya di Perak.

Kami adik beradik

Keluarga Cik Su 

Faiz & As - Pengantin baru la jugak ni , bulan 3 2012 aritu. 

Adik beradik mereka.

Keluarga Cik Long

Bersama sepupu - semua anak dara.

Bergambar beramai-ramai. Self timer !!!

Gambar nenek aku takde plak. Dia menunggu tetamu di rumah. Malam raya baru dia datang umah makcik aku. Tak dpt la bergambar ngan mak sekali >_<

OK sambung next entry, ada meeting :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...