Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Doa Pelembut Hati


Sumber : Google

Apa korang buat bila "KECIL HATI" dengan seorang KAWAN? Dalam persahabatan banyak perkara yang berlaku samaada yang manis mahupun yang pahit. Bukan semua orang boleh menjadi kawan yang baik dan bukan semua orang mendapat kawan yang baik. Aku tahu , aku pun banyak buat kawan-kawan aku "KECIL HATI". Maaf la kepada kawan-kawan yang pernah aku kecilkan hatinya. Kadang kala kita tak sedar yang kita telah membuatkan kawan kita kecil hati.

Maafkan aku wahai sahabat ~

-------------------------------------------------------
Doa Pelembut Hati


Maksudnya :

1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam diatas 'Arasy.

Sumber : Google

-----------------------------------------------

Kecil Hati ni memang biasa berlaku tak mengira lelaki atau perempuan. Tapi sepatutnya kita tidak perlu memanjangkan ia. Buang yang keruh & ambil yang jernih. Bersih kan hati dari segala apa pun. InsyaAllah hati rasa tenang semula.

*Agak-agak dekat blog Notahati.com ada tak nota pasal "KECIL HATI"????


p/s: Doa pelembut hati ni boleh la diamalkan oleh diri sendiri terutama jika anda seorang yang pemarah & cepat terasa . . . lembutkan hati anda dengan doa. InsyaAllah

Wednesday, May 16, 2012

Trip to Gunung Semanggol, Perak : Salam Perpisahan Sahabat

Isnin baru-baru ni , aku pergi ke Kem PLKN Murni, Gunung Semanggol di Perak bersama ayah aku. Pergi ke sana untuk amik adik aku , Atin. Tak sampai sebulan di PLKN tapi dia wat penangguhan sebab dapat tawaran masuk Matrikulasi & diploma. Aku sebagai peneman sbb adik-beradik yang lain keje susah nak cuti. Aku je senang-senang nak cuti. Senang la sangat :p 

Gerak dalam kul 11.30 pg. Nasib baik ada peta dah.

Berhenti di R&R Tapah, solat & makan . . 

Dalam kul 3.01 kot kami sampai. 

Dalam gila PLKN Gunung Semanggol ni. 



Akhirnya sampai juga :)

Papa menunggu Atin yang sedang membuat persembahan apa ntah. 

Ni gambar pentas time Atin wat persembahan. Sempat la amik kamera dari aku. wahahaha~

Kumpulan adik aku menang no 1. Gembira gila diorang. 

Ok, ni saat perpisahan adik aku & rakan-rakan baru nya di PLKN.

Rakan sekumpulan adik aku semua p hantar adik aku ke depan. Perpisahan oh perpisahan ~

Bergambar ramai-ramai. . . . . kecik bonar adik aku ni. Tapi leh plak jadi KETUA DORM & KOMANDAR KAWAD KAKI !!! :D

Aku zooming, sbb adik aku ni kecik sangat :p

Acara peluk-peluk kali terakhir. Nangis-nangis sekali :D





Sedih pula aku tengok time ni.

Yang lelaki pakai bj iban tu kebetulan orang Bandar Baru Bangi gak. huhu~


Lambaian dari rakan-rakan PLKN
Yang baju pink ni pun salah sorang yang abis awal sbb nak masuk form 6.

Tata  semua ~

Lambaian dari adik aku dengan baldi hijau nya :D
Salam perpisahan wahai sahabat >_<

Rasa macam terkeluar dari AF plak :D

Gambar adik aku baru lepas menangis.



Kami gerak balik dalam kul 5.31 petang. Sampai rumah dalam ul 10 malam. Alhamdulillah ~

So, sekarang adik aku kena decide sama ada nak sambung study di Matrikulasi Pulau Pinang or Diploma di UiTM Jengka Pahang. Moga Atin wat pilihan yang tepat . Amin >_<



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...