Showing posts with label teh cap masjid. Show all posts
Showing posts with label teh cap masjid. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

My Homemade Teh Tarik

Assalamualaikum ya asdiko'i....
Korang dah sarapan?
Kalau korang sarapan, apa minuman yg korang suka ek?


Milo? (eh! boikot ... boikot!)
Kopi?
Teh O?
Fresh Orange? (Pergh!, pepagi dah fresh orange kan)
Teh Tarik? ( ni mesti ramai kan)

Aku peminat tegar TEH AIS. Sampai rasa nak minum hari-hari. Tapi kan ... kalau korang nak tahu, aku kalau minum TEH AIS or TEH TARIK ,  mesti tak boleh tidur. Ibarat minum kopi la. So , untuk elak aku tak boleh tidur di malam hari, aku selalu minum di pagi hari.




Dek kerana , aku ketagih nak minum hari-hari, En Suami suggest la suruh buat TEH TARIK/TEH AIS homemade. Bahan-bahan nya :

Teh Wangi Ros (Cap Masjid)
Kalau cap teh boh tak menjadi la macam TEH TARIK mamak. hehe~

Susu Pekat F&N
Tak kisah brand apa pon, aku prefer brand ni. Eh ! Susu pekat pun HIGH CALCIUM ek???

Hasil nya seperti gambar di atas tadi tu. Kalau nak TEH AIS, selalu aku akan buh TEH TARIK panas tadi bersama ais dalam shaker n shake je. Memang rata la kesejukan dia. 

Kelebihan TEH TARIK/TEH AIS homemade 
(wahh siap ada kelebihan !) :

1- Jimat $$$
Kalau pergi Mamak minum sekali je dah RM1.20++ ek? Teh Wangi Ros ni leh wat dalam 20 cawan kot. Harga sebungkus RM4.00 lebih.

2- Jimat Masa
Selalu minum Teh Tarik dekat mamak, mesti la ambil masa gak nak minum panas-panas kan. Kalau kat rumah boleh minum sambil bersantai bersama keluarga kan. Chewaaaahhh. Quality time with family.

3- Boleh kawal kemanisan ikut individu
Dah nama pun homemade, so boleh la kita kawal kemanisan Teh Tarik tu sendiri.

Selamat mencuba!!!
:)

p/s: skrang aku tgh batuk berkahak. So terpaksa la minum TEH TARIK panas gitu , kasi garu tekak yang gatal. Sebab tu tkde gambar TEH AIS homemade :D


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...