Friday, September 2, 2011

Balik Kampung for Hari Raya Aidilfitri

Sekejap je rasa. . . dah masuk Hari Raya ke-4. Rasanya masih belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dekat semua kaum keluarga sanak saudara aku , semua kawan-kawan aku & semua blogger-blogger.

Setelah 3hari aku beraya di Jerteh, harini baru aku dpt update blog aku ni. Line broadband kat kampung aku TERsangat la LEMBAB macam siput SEDUT!!! tambah pulak aku demam di malam raya & raya pertama. huhu~

Ha , setelah lama aku tak update , so aku nak update la sikit pasal perjalanan Aku & family ke kampung halaman kami di Jerteh, Terengganu.

Ni time before gerak. Kami gerak dalam kul 8.30pg kot.
Buktinye : jam dlm gambar di atas.

Muka orang berpuasa . . .time ni aku sihat lg. . .

Abg Fauzi first time nak balik Jerteh. . .
excited sangat sampai rambut terlupa nak sikat. . .eh! angin ek?

Baas tosongeh je. . . sibuk suh amik gambo dia & kete dia tu walaupon tengah hujan.

Kitorang konvoi 3 kete.Kete Papa , Baas & AbgFauzi.
*Abaikan gambar Baas tu . . .

Ni time masuk terowong. . .hehe ~sempat aku snap.
Ni time behenti kat mana ntah. . . .
Baas kot yang snap sbb time ni aku dah mula selsema & menunjukkan nak demam

Alhamdulillah , jam 5ptg kami sampai. . .sempat la bebuka bersama Mok (nenek kami) & family Cik Su :)

Tu jela cite untuk post kali ni. Next post aku nak update pasal aktiviti kami sebaik sahaja sampai kampung. Mesti korang ingat kami bakar lemang & ketupat kan? hahaha. . . . . no! no! no!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...