Friday, June 27, 2014

Anugerah terindah dalam hidup ku - Umaira Solehah @ 7,8,9 month

Assalamualaikum.
Subhanallah... Alhamdulillah... 23 Jun 2014, genap my little princess 9 bulan.
Sungguh pantas masa berlalu...<--- ayat sama je bila wat entry gini ek?? hehehehehe~


7 Bulan 
Berat : 7.0kg , Tinggi : **cm
Semakin lasak kaki dia tu..mcm boboy pon ada ...

8 Bulan 
Berat : 7.3kg , Tinggi : **cm
First picture Umaira Solehah berdiri.Tp 11 saat je. Dia dah berani berdiri sendiri.
23/05/2014 tepat masuk 8 bulan,first time Umaira Solehah demam. Demam nak tumbuh gigi + masuk bulan baru la kot.Masa ni la terserlah kemanjaan dia.Sayang anak mama ni...
9 Bulan 
Berat : 7.5kg , Tinggi : **cm
Sekarang dah boleh berdiri lama sikit dengan melangkah setapak. Dah ada gigi sekarang asyik senyum sengih tunjuk gigi jela anak mama ni.. :D

Tu jela cerita Umaira Solehah untuk 7,8 & 9 bulan. 
Nanti tunggu Umaira Solehah masuk setahun pulak bulan 9 ni ...


Esok lusa dah nak mula berpuasa. 
Selamat berpuasa kawan-kawan semua....
Time puasa aci tak nak post gambar makanan????

Wednesday, June 25, 2014

Wordless Wednesday: ABC @ AOEN Taman Equine


Monday, June 23, 2014

Alhamdulillah...Alhamdulillah.....Alhamdulillah...

Assalamualaikum ...
23/06/2014 - Genap my little princess, Umaira Solehah 9 bulan....

Alhamdulillah.....Alhamdulillah....Alhamdulillah....

Ni ha gambar Umaira Solehah semalam p downtown. Tersengih kegembiraan bila dapat jalan-jalan.


Ikut kan ada check up 9 bulan di KK. Aku dengan yakin ingat hari ni la. Sekali tengok dalam buku merah tu, dah lepas seminggu yang lalu, 16/06/2014... hehe~ Camno tu????



Friday, June 20, 2014

Playtime at Kidzooona Aeon Taman Equine

Assalamualaikum sahabat-sahabatku.. chewaaahh.. Harini ada masa sikit nak update blog. Hari Ahad lepas lepas En Suami bawa aku & Umaira Solehah ke kenduri kawan office En Suami di Serdang dalam entry SINI then kitorang singgah AEON Taman Equine. Kira first time p sana. Selalu pergi AEON Balakong je. Yela mesti dah bosan pergi tempat sama je kan. hehe~


Dah tempat baru, mula la kami explore. Datang sini bukan nak shopping pon. Window shopping + bawa Umaira Solehah jalan-jalan. Then ternampak plak Kidzooona ni. Aku ada la gak google tempat ni sebelum ni. Then bawa la masuk my little princess.. Jom tengok apa yg best kat sini.


Yang ni Umaira Solehah tak pandai main lagi. Mainan kecik-kecik. Ada mainan masak-masak, solek-solek , bertukang dll.

Yang ni pon Umaira Solehah tak boleh main lagi sendiri. Kang kene hempap dek abg-abg yg lompat tu. 

Syok nye kalau aku dapat main gelongsong ni. hehe. 

Papa Umaira Solehah teringin nak main ni. wahaha.. 

Tak dapat nak main yang ni. Ramai je budak duk main lama-lama. Sian Umaira Solehah.

Main stereng kereta lain.. Lama gak la dia duduk. Favourite dia la ni !!!

Setia main ngn bola ni. Lama dia main sampai kitorg yg bosan suh dia main benda lain. hehe~

Papa main lego, Umaira Solehah tetap ngn orange ball tu !
Apa la dialog antara mereka tu ek???

Kasi dia duduk je atas tu. Umaira Solehah suka sbb bile letak atas tu automatik lantun-lantun badan dia dek kerana ada orang lompat-lompat. hehe~

Main terowong. Umaira Solehah je la muat. Mama & Papa tak muat. 

Ha kan dah kata, Papa Umaira Solehah tak muat. Nak gak dia masuk dlm tu !

Umaira Solehah paling suka + paling lama main kat sini. Main tolak-tolak benda kuning tu.. Mama & Papa nye pon suka main. hehe~

Ha ni bukti nye. Papa Umaira Solehah punye tangan!!!

Dah kenapa menangis + senyum ni ??? Jeng jeng jeng....

Al kisah ...budak cina tu ingat barang yang dia baling terkena tangan Umaira Solehah, rupanya tak kena pon. Budak cina tu nak tengok tangan Umaira Solehah terkena ke tak, sekali dia nangis. Yela dia dah kenal orang. hehe~ Cuak budak cina tu siap kene marah ngn ayah dia kot. Padahal dia tak bersalah pon. :)

Umaira Solehah naik kuda biru.... 

Last but not least... posing ala nampak gigi 2 batang ... 

Nanti Umaira Solehah dah pandai jalan kita p lagi ye Papa... 
Umaira Solehah tak naik lagi gelongsor besar tu. Banyak mainan yang Umaira Solehah tak main lagi. 

Lepas main-main.. tidur kepenatan.. 

Bagi korang yang nak singgah sini leh tgk lokasi nya kat website SINI
Weekend - RM15 
Weekdays - RM10
Main la lama mana pun nak.. 

Daa... gu depan dah masuk bulan puasa.
Apa persedian korang?

Monday, June 16, 2014

Wedding Razif & Sheha @ Serdang

Assalamualaikum kawan-kawan... Ahad haritu aku pergi kenduri kahwin kawan En Suami (kawan aku
juga). Jom layan gambo la.

Gambar Raja Sehari
Kek Pengantin
Bergambar dengan Pengantin 

Umaira Solehah & Abg Akim.. hehe~

Umaira Solehah with Auntie Eja & Uncle Amed (Papa & Mama to be)
 
Em Dap nye buah oren ni walaupon mashammmmm....
Gambar Umaira Solehah mengamuk sebab mama ambil buah oren dari tangan dia. Since dah masuk 8 bulan, Umaira Solehah dah pandai mengamuk kalau orang amik barang yg dia main. 
Ni plak gambar sebelum gerak makan kenduri. Fresh je muka Umaira Solehah keluar dari kerete berair-cond siap ada klip rambut. At last klip tu dah tkde. sebab tu amik gambar ni dulu. wahaha~



Barakallahulakuma Razif & Sheha



Tuesday, June 3, 2014

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .


Monday, June 2, 2014

Majlis Aqiqah & Doa Selamat Muhammad Rayyan Zafran 01/06/2014

Assalamualaikum ya kawan-kawan... 
Semalam aku sempat singgah ke Majlis Aqiqah & Doa Selamat anak classmates aku masa di UiTM dulu. Majlis bertempat di Kampung Sungai Penchala , TTDI. Layan gambo + caption ek.....

Kecik je si Rayyan dalam buai tu.... 

Baby- Muhammad Rayyan Zhafran Bin Zulfadli

Masa ni Rayyan dah bangun sebab baru lepas eeakkk... Ni la Mummy & Daddy Rayyan...

Umaira Solehah geram nak pegang Rayyan...

Sesi mak mak bergambo plak. Umaira Solehah dah mula mengamuk time ni .. hehe~

Iza (classmate aku gak) berlatih pegang 2 anak .... Bulan 8 due date beranak anak kedua.

Umaira Solehah dah ngamuk sangat time ni, Rayyan plak terlentok dek kerana Mummy dia sakan bergambar. Damia plak pandang ke lain. hehe~
Kesimpulannya, mak-mak yang sakan nak bergambar...hehe~

Alhamdulillah.. ada rezeki tuk pegi majlis ni.Dapat la jumpa classmate yg dirindui even tak ramai pon dapat join.Bukan senang nak reunion semua sekali sekarang ni. Yela semua dah berkeluarga beranak pinak dan bekerjaya.

Daaa...
Asssalamualaikum....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...