Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Friday, November 7, 2014

Makan @ Restoran Bangi Ikan Bakar Sos

Assalamualaikum kawan-kawan....

Lama dah rasanya tak update entry makan-makan. Gambar ada tapi terperap je dalam laptop. Godek punya godek , ada la beberapa tempat makan yang aku makan tak di review di blog. Jom tengok apa menu sedap dekat Restoran Bangi Ikan Bakar Sos.

SOTONG GORENG TEPUNG
Actually , sebelum aku pergi restoran ni, aku google dulu "sotong goreng tepung sedap Bangi". Then terjumpa entry Cik Lily kat --> SINI. Tu yang terjebak ke sini. Memang sedap pun. En Suami kata ni antara yang sedap di Bangi. :)

TELUR BUNGKUS
Sedap dan penuh isinya. Terlupa pula nak snap gambar isi nya. Kalau Bro Hazmanfadzil mesti dah snap isinye kasi zoom sekali kan. :p

 SUP SAYUR
Sedap gak sup dia. Selalu kalau pergi makan mana-mana susah gak nak jumpa sup sayur yang sedap. Ini antara yang sedap. Kasi A+ untuk sup sayur dia ni. :D

SAYUR KANGKUNG
Tip top! Memang rasa KeKAngkungan dia. Kuah dia tu sedap di makan dengan nasi !

AIR TEMBIKAI & AIR EPAL ASAM BOI
Air dia kurang sikit. Aku order air epal asam boi, then tengok la warna dia tu, color oren plak. Rasa dia tak rasa Epal sangat. At last, En Suami kasi aku air tembikai yang sangat sedap. :)

Nampak tak si kecik tu tengah baca doa kot. hehe~ Agak-agak apa yang Umaira Solehah makan ek?

Excited benor tengok menu! Dah kenyang la tu. :p

Nama restoran , lebih kepada IKAN BAKAR, tapi kami tak makan ikan bakar pun sebab masa kami datang tu , tak de pun ikan -ikan segar untuk di pilih. Kalau nak tengok menu KERANG BAKAR kat sini, leh terjah link entry Cik Lilly tadi. Nampak menyelerakan tapi kami tak order pun, aku just teringin nak makan sotong goreng tepung. Kerang bakar tunggu lain kali la. :D

Kesimpulannya, aku & En Suami memang suka la makan kat sini. Service pun ok, cepat je (maybe gak time kitorang datang tu tak ramai orang) Lauk semua sedap cuma air epal asam boi je tak berapa rasa epal nya. Boleh diperbaiki tu. Chewaaahhh. Senarai harga ikan dia korang leh tengok dekat link --> SINI.  Kalau korang nak singgah leh la ke alamat seperti di bawah : 

Restoran Bangi Ikan Bakar Sos
41-A, Jalan 3/69, Seksyen 3,
Bandar Baru Bangi
Tel : 019-6484038


Wednesday, June 25, 2014

Wordless Wednesday: ABC @ AOEN Taman Equine


Monday, May 26, 2014

Makan @ Restoran Dapur Penyet Mydin Mall Seremban

Assalamualaikum ya asdiko'ii...Hari tu sempat singgah satu tempat makan di area Seremban. Tempatnya di Mydin Mall Seremban. Mydin besarrrrrrrrrrrrr nye!!! Baru buka syok la sbb air cond dia sejuk gile!

Jom layan makanan yang aku makan. Minuman lupa nak snap. Padahal air kat sini sedap sangat!!!Lupa nak snap.



Ayam Penyet
Sedap nye! memang nak terjah lagi. 


Nasi Putih semangkuk kecik, cam tak cukup je~hehe~

Mee Bakso

Sup kosong , sedap la sup dia! 

Wireless free harus la ada! Masa ni Umaira Solehah nyenak tidur dalam stroller. Leh la makan ngn tenang...

Gambar menu aku lupa nak snap.Kalau tak leh tengok harga dia. Takpe in sha Allah ada rezeki aku akan repeat ke sini lagi. 

Daaa...

Monday, May 12, 2014

Makan @ Restoran Burgerbyte Bangi

Assalamualaikum ya asdiko'ii... Lama rasanya tak update pasal makan-makan. Dulu selalu je p makan then review tempat makan. Ni nak review satu tempat makan yang aku makan lepas baca kat blog EN HF.Siapakah En HF?huhu blogger makan tegar sekarang- hazmanfadzil.com

Alkisah ini cerita sebenarnya bulan Mac punya cerita. Masa birthday En Suami, aku plan nak belanja makan tuk En Suami. So buka je blog EN HF tu ada byk restoran area Bandar Baru Bangi. So En Suami pilih tpt ni. Siap google menu sebelum p makan. hehe~

Naked Burger - Combo (Beef & Chicken) - RM18.80
Yang ni En Suami nyer. Sedap sgt sampai aku curi makan En Suami nye. wahaha~

Aglio Olio with Chicken Patty - RM12.80
Yang ni aku nye. Memang rasa nak p lagi la!!!Yummy....

Gambar air tak amik plak sebab nak focus kan makanan nya yg sedap. Gambar menu lebih jelas kat blog EN HF kat sini <--

Harga dia memang la bulat biji mata, tapi rasanya berbaloi la dengan rasanya. Sekali sekala makan apa salahnya. 

Oh ye... sejak dah ada si kenit ni, susah sikit la kami nak makan bersama-sama. Salah sorang kena la makan dulu. Jadi sudah nya spagheti aku sejuk sudah... Masa ni my little princess tak leh duduk betul dalam kerusi lagi. Sekarang dah boleh tapi tu pun tak duduk diam dah sekarang. huhu~

Ok tu je. Nanti nak try menu lain plak. Mesti pegi lagi, in sha Allah ~

BURGERBYTE BANDAR BARU BANGI
No 11-GF, JALAN 15/10
Seksyen 15
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan


Tuesday, February 25, 2014

Makan @ Balifeel Bangsar South

Assalamualaikum ya asdiko'i. Jom layan gambar makanan. Boss belanja minggu lepas sempena birthday staff kami dr bulan Ogos 2013 sampai Januari 2014.

Idaman Balifeel

Ayam Penyet

Kenangan Balifeel
Ayam dia kecik...berbanding menu yg bawah ni.. hehe~

Siap Megoreng
Ayam dia besar gila! Saya Disini punya. Tekejut dia tgk ayam tu ~

Tom Yam

Kerabu Mangga


Ayam masak gajus. Sedap !!!

Ayam Saya Disini punye~

Gambar air aku tak snap plak.Tapi kat entry Saya Disini tahun lepas punya ada di update gambar minuman kat entrSINIHarga menu boleh refer kat entry SINI


Kalau terliur boleh la try p makan kat sini : 
Balifeel (the heart of Bali)
Lot G5, Ground Floor, 
The Sphere, Avenue 1, Bangsar South,
Jalan Kerinchi , KL
03-22473188

Sunday, January 20, 2013

Trafik Penangan Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum kawan-kawan. Selamat berhujung minggu. Korang tengok tak JALAN-JALAN CARI MAKAN hari ni? Aku tak tengok. wahahaha ~ Tapi dari status kawan-kawan di Facebook aku dah tahu.  Kedai ni adalah kedai makcik kepada kawan aku gak. hehe~ Dan kedai makan tu aku pernah makan dan memang sedap dan pernah review di blog aku ni dan tersangat la nyum-nyum. Penangan dari JJCM kot , hit untuk restoran tu naik kat blog aku. weeeee :D



Kalau korang nak tahu kesedapan aku makan kat RESTORAN AMETHYST AYAM KAMPUNG ni, sila la terjah ke entry SINI<--

Rindu nak makan kat situ!!!

Wednesday, January 16, 2013

Makan @ Orchid Bistro, AEON Cheras Selatan

Assalamualaikum ya asdiko'ii. Korang dah lunch? Jom layan gambar makanan jap.Aku makan hari Ahad , dua minggu lepas kalau tak silap.Bila hari Ahad aku mula boring sebab En Suami kerja. Tapi kadang-kadang, aku follow akak aku bersama abg ipar aku jalan-jalan + window shopping. ngeh-ngeh. So dah jalan-jalan, diorang pun mesti la belanja makan. Nyum-nyum ~ 

Menu 

MAMAK MEE - RM5.90
Kaklong aku nye. Dia kata paling famous dan sedap ialah MAMAK MEE

FRIED KUEW TEOW - RM5.90
Ni pilihan aku. Aku tak suka sangat makan Kuew Teow, tapi masa tu rasa nak makan Kuew Teow , so order la. Nasib baik SEDAP!

CLAYPOT YEE MEE - RM6.90
Adik aku makan yang ni. Sedap bagi aku yang ni !!! Maybe sebab kuah dia masih panas. Di hirup memang sangat sedap. 

FRIED CHICKEN CHOP - RM9.90
Nampak menyelerakan . . . yummy

Limau Ice - RM2.50 x 2
Iced Lemon Tea - RM3.00
Ribena with Lychee - RM3.90
Air kami ber -4

Tengok la ada 'thumb up' dekat MAMAK MEE tu.

Alhamdulillah. . .  sedap dan bertambah sedap bila ada orang belanja :D
Moga murah rezeki Kaklong & Abg Ipar ku.
Amin. . . . .


Thursday, January 10, 2013

Steamboat @ Cameron Highland

Assalamaualaikum ya asdiko'i. Dah dua hari aku tak update blog. huhu~ Harini aku nak update entry makan-makan lagi. Tahun lepas , pergi CAMERON HIGHLAND kami makan STEAMBOAT (masak sendiri). Kami stay dekat apartment , jadi boleh la masak-masak. Nak-nak masa kami pergi tu, musim hujan. Kakak Ipar aku bawa dapur gas kecik tu siap dengan periuk tu. 


Beli macam-macam sayur then masak je dalam periuk tu. Sayur dekat Cameron Highland kan fresh!!!!!


Tambah menyelerakan bila ada fish ball, hotdog dan macam-macam lagi. Nampak menyelerakan kan.


Tambah sayur lagi. Letak Mee Kuning , jadi macam Mee Soup. Nyum-Nyum !!!!


Sedap wooo. Ala-ala STEAMBOT. Kami makan untuk 9 orang. 


Jimat kalau wat steambot sendiri kan :D

Cerita di CAMERON HIGHLAND :


Monday, January 7, 2013

Makan @ Foodcourt Tesco Seremban Jaya, Seremban

Assalamualaikum ya asdiko'ii. Korang dah lunch? Aku dah lunch NASI berlaukkan kuah kari, tempe, tauhu jepun, sayur kailan & ikan masin. Ni nak update gambar makanan yang aku makan di TESCO SEREMBAN JAYA. Ni aku & En Suami makan tahun lepas masa baru-baru lepas kenduri belah lelaki. Lepas je selesai kenduri, ingat nak jalan-jalan tempat-tempat dekat seperti Pantai Port Dickson tapi akhirnya tak dapat sebab lesen En. Suami dah expired. So kami bergegas ke JPJ SEREMBAN. Honeymoon kat JPJ la jawabnye. haha~Sekali pergi time rehat. Terpaksa la lepak TESCO dulu. Kami pun terus makan. huhu~ 

ASAM PEDAS TELUR
Sedap la Asam Pedas dia. Makan panas-panas sodap ooo. Nanti nak try makan Asam Pedas Ikan Pari (kalau la datang sini lagi)

NASI + TIMUN + TELUR MATA KERBAU
Ni aku nye. Makan dengan ASAM PEDAS TELUR tadi. So double la telur nye. huhu ~ Leh gomok la camni :)

NASI GORENG TAK INGAT
Ala tak ingat la ni nasi apa. En Suami yang makan. Maklumla ni gambar bertarikh 17 SEPTEMBER 2012.

Lepas tu, kami berkesempatan makan di Tesco Seremban Jaya. Hajat hati nak makan Asam Pedas Ikan Pari. Sekali tengok ada SIZLING. So tukar plan. hehe~ Ni pun tahun lepas nye cerita. Tak ingat bila. Sebab kami selalu gak balik Seremban. Yela dokek je pun dari BANDAR BARU BANGI.ngeh-ngeh.

NASI AYAM CLAYPOT + TELUR
Yang ni En Suami nye. Sedap rasanya tapi banyak nasi dah berkerak. Harga tak ingat la tapi standard harga la. 

SIZLING YEE MEE+ TELUR
Ni aku nye. Sedap nye. Licin aku makan tambah-tambah ada telur. 

SAMBAL BELACAN
Makan dengan NASI AYAM CLAYPOT

CILI JERUK
Makan dengan SIZLING YEE MEE.

Ni la gerai ASAM PEDAS. Sebelah dia tu gerai jual sizling & claypot. 

Nyum-nyum . . .  apa-apa pun FOODCOURT TESCO SEREMBAN JAYA ni bersih, selesa, makanan pun SODAP. Yela, TESCO ni baru je buka. hehe~

Jumpa next entry.
Walaupun liat nak update.


Thursday, November 8, 2012

Makan Roti Nan Cheese @ Auliah Bistro , Seri Kembangan

Assalamaualaikum ya asdiko'ii. Bulan lepas sempat aku terjah satu kedai mamak dekat dengan office En Suami di Seri Kembangan. Auliah Bistro nama nye. Jadi, aku amik kesempatan tuk makan Roti Nan Cheese yang En Suami kata sedap bangat. Jom layan gambo, kalau nak rasa kena terjah Auliah Bistro la.

 Roti Nan Cheese
Sangat sedap di makan panas-panas. Dicicah dengan kuah seperti di bawah. Roti Nan ni mula ada pada jam kul 7 kalau tak silap. Ayam tandoori pun sama. 

Kuah Dal

Suka sangat kuah dia yang ni !!!!!

Esok rasa nak singgah sini lagi la . .  :D
Makan satu pasti nak lagi satu :D

Auliah Bistro ni kedai nye dekat South City Plaza, Seri Kembangan.
Moh le terjah. Nyum Nyum ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...