Tahun lepas aku dah cek tulang di Anlene BoneHealth Check @ Econsave Balakong. Keputusan agak merisaukan aku sehingga aku start mengamalkan minum susu Anlene walaupun hakikatnya aku memang tak suka susu. Aku try perisa coklat pun macam susah nak masuk gak. Tapi kena usaha bagi sedap demi kesihatan aku.
Tahun ni rasa nak kena cek lagi setelah aku amal minum susu Anlene Coklat selama dekat setahun kot (eh! mcm tak sampai setahun je) Doktor pesan suruh aku minum susu (sumber kalsium) memandangkan kesihatan aku yang telah menunjukkan tanda-tanda kurang kalsium. Masa dalam kursus kahwin pun time bab kesihatan selepas berkahwin , penceramah (doktor) ada menekankan kepada mereka yang tidak suka susu kena la mula suka susu dari sekarang, tak kira la di campur dengan buah-buah atau apa cara sekalipun. Nanti dah mengandung kena juga minum demi anak dalam kandungan. <--chewaahhh aku ckp macam aku doktor plak.
Minggu ni , Anlene ada buka booth untuk cek kesihatan tulang. Korang boleh cek kat SINI untuk negeri korang. Ni aku tempek untuk negeri Putrajaya & Kuala Lumpur.
Kalau sempat nak singgah Alamanda la minggu ni.
Anlene Bone Health Check sekitar Kuala Lumpur.
Jom ramai-ramai kita cek tulang. Bukan nya kene amik darah ke apa ke. Macam rasa kerusi urut juga. Korang leh pegi kat entry SINI. Time aku pegi cek tulang tahun lepas. :)
Mencegah lebih baik dari mengubati :)

sefsefd.bmp)
.bmp)
.bmp)