Tuesday, November 15, 2011

Anlene Bone Health Check

Hari Sabtu yang lepas aku pergi ke Anlene Bone Health Check. Dah lama dah aku aim nak cek tulang ni, sejak tahun lepas lagi. Yela . . . bab tulang ni, aku sangat risau sebab aku tahu tulang aku kurang KALSIUM. So , aku ter sangat la risau dengan keadaan tulang aku yang tak begitu kuat & telah pun menunjukkan tanda-tanda tidak sihat. Bulan lepas , aku cek kat website Anlene Bone Health Check Venue area Selangor. So, aku dah tulis dalam calendar untuk p Anlene Bone Health Check ni.

Anlene Bone Health Check di Econsave Balakong. First time aku dtg Econsave ni, kecik je. Cari punya cari jumpa jugak booth kecik dalam Econsave.

Aku orang pertama yg cek. . . . hehe ~
Aku datang sini pon semata-mata nak cek tulang dgn Anlene ni.

Ini lah alat yang digunakan untuk mengukur ketumpatan tulang. Letak kaki dan kita akan rasa seperti kaki kita di urut oleh mesih urut Ogawa. :p

Ramai juga yang mahu cek tulang . . . .nasib baik aku orang pertama, tak perlu tunggu lama-lama. hehe :D


Ni la hasil ujian yang telah aku buat . Aku dalam RISIKO SEDERHANA :(


Sedikit info untuk dikongsi: Cuba anda perhatikan graf di atas. Perubahan jisim tulang mengikut umur. Umur 30 dan ke atas adalah golongan yang memerlukan pengambilan nutrien tulang optimum. So, pada yang masih muda, start la dari sekarang, jangan menyesal di kemudian hari.

Oleh kerana tekak aku memang tak boleh nak terima susu yg warna putih tu, jadi aku pon mula la minum susu Anlene Coklat sejak bulan Julai '11 <-- haha~ Baru je aku start minum Anlene ni. Siap dapat cawan Anlene percuma lagi. Ni stok yang bulan October nyer, tak buka lagi. Sebab bulan Oktober aritu Anlene ada buat promotion, so aku beli la. Lagipon memang dah nak habis pon susu Anlene aku. ngeh ngeh ~

Sebelum aku tamatkan cite aku kali ni, ni ada sedikit PETUA UNTUK KESIHATAN TULANG dari kaunselor Anlene aku aritu:

1- Minum susu berkalsium tinggi seperti Anlene ( 4 Sudu 2 gelas sehari)
2-Amalkan senaman menanggung berat seperti berlari, jogging, berjalan & aerobik
3- Hadkan minuman beralkohol & berkafeine
4- Sentiasa melakukan pemeriksaan tulang
5- Jumpa doktor anda jika ada pertanyaan atau persoalan tentang kesihatan tulang.

Buat teman-teman yang duduk area Selangor, Anlene Bone Health Check akan berada di :

Econsave Kampung Jawa
18 November 2011- 20 November 2011
10am - 10pm

"Mencegah lebih baik dari mengubati"

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...