Minggu lepas , En Suami bawa aku g makan Nasi Arab. Nyum nyum. Restoran Half Moon , dekat dengan South City Plaza. Makan beramai-ramai dengan kawan En Suami. Diorang baru lepas gaji. huhu~ Pergi lepas solat Isya'. Jom tengok apa yang menarik di sini.
Menu di Resroran Half Moon
Pelbagai menu Nasi Arab
Tengok menu dekat sini , teringat plak masa belajar Bahasa Arab masa sekolah rendah dulu. Macam kamus bergambar plak rasanya :D
Menu Beverages
Menu Desserts
Menu Salads
Kabsah Chicken
Ni yang aku & En Suami makan. Kami kongsi sebab portion dia tersangat besar. Comfirm aku tak habis & membazir. So kongsi. Ayam dia tersangat la lembut selembut sutera. Nasi dia makan saja pun sedap.
Ni tak tahu apa nama menu ni. Kawan En Suami punya. Yang putih tu cheese. Nanti nak try yang ni la plak. Kata tuan punya nasi ni, SEDAP!
Yang ni pun tak tahu nama dia. Kebab apa ntah.
Yang ni Madghut Chicken kot. Kawan En Suami nya.
Fresh Orange
Aku nye air. Lama tak buat Fresh Orange kat umah. Dulu selalu buat :D
Adani Tea Small kot. Ada daun pudina.
Cawan kecik je :D
Lepas ni nak makan lagi kat sini. Sedap bangat Nasi Arab dia. Nak try menu lain plak . Jom la terjah sini:
Restoran Half Moon
9-1, Jalan SP 2/8,
Taman Serdang Perdana
(berhampiran South City Plaza)
Seri Kembangan, 43300
Selangor Darul Ehsan












