Showing posts with label Nasi Arab Kabsah Chicken. Show all posts
Showing posts with label Nasi Arab Kabsah Chicken. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Makan @ Restoran Half Moon, Serdang Perdana

Minggu lepas , En Suami bawa aku g makan Nasi Arab. Nyum nyum. Restoran Half Moon , dekat dengan South City Plaza. Makan beramai-ramai dengan kawan En Suami. Diorang baru lepas gaji. huhu~ Pergi lepas solat Isya'. Jom tengok apa yang menarik di sini.

Menu di Resroran Half Moon

Pelbagai menu Nasi Arab
Tengok menu dekat sini , teringat plak masa belajar Bahasa Arab masa sekolah rendah dulu. Macam kamus bergambar plak rasanya :D

Menu Beverages

Menu Desserts

Menu Salads

Kabsah Chicken
Ni yang aku & En Suami makan. Kami kongsi sebab portion dia tersangat besar. Comfirm aku tak habis & membazir. So kongsi. Ayam dia tersangat la lembut selembut sutera. Nasi dia makan saja pun sedap.

Ni tak tahu apa nama menu ni. Kawan En Suami punya. Yang putih tu cheese. Nanti nak try yang ni la plak. Kata tuan punya nasi ni, SEDAP!

Yang ni pun tak tahu nama dia. Kebab apa ntah.

Yang ni Madghut Chicken kot. Kawan En Suami nya.

Fresh Orange
Aku nye air. Lama tak buat Fresh Orange kat umah. Dulu selalu buat :D

Adani Tea Small kot. Ada daun pudina.

Cawan kecik je :D



Lepas ni nak makan lagi kat sini. Sedap bangat Nasi Arab dia. Nak try menu lain plak . Jom la terjah  sini:


Restoran Half Moon
9-1, Jalan SP 2/8,
Taman Serdang Perdana
(berhampiran South City Plaza)
Seri Kembangan, 43300 
Selangor Darul Ehsan


Makan-makan lagi . . .

Assalamualaikum. . . masih cerita minggu lepas. huhu~ Khamis lepas boss belanja makan. Jumaat nye En Suami bawa makan Nasi Arab plak. Nyum nyum . . . Agak-agak kat mana ek kami makan? Ce teka ce teka. . . . Plan asal nak makan dengan 2 3 orang je. Sekali ramai pula kawan-kawan En Suami yang datang sini. So duduk semeja ler. 

Peace YO!

Khusyuk orang tepi tu pilih makanan ek. Orang lain relax je.

Sibuk belek menu. Sorang tengok sini, sorang tengok sana. huhu~


Razif & Sheha  . . ehem2

Aksi apa la ni ek? Ramai orang arab datang makan sini. Tu ada sorang kat situ. Restoran ni berdekatan dengan satu kolej swasta so no wonder la ramai foreigner terutama dari Negara Arab. Awang hitam pun ramai gak. huhu~

Zaman . . huhu~Single lagi ni. opsss

Ni Amed , memalu kucing. :D

Syafiq sibuk ngn hp. SMS awek le tu . . .

Moq @ Roziana bersama anak Kak Yati. Comel dia senyum siap double chin lagi.

Semua minum air jus buah-buahan.

Tengah tunggu semua makanan sampai. Semua muka kelaparan. 
Dua orang kanak-kanak tu anak Kak Yati. Dua-dua comel~

Terselit pun gambar aku kat sini. Dari  jauh jela. Kalau dari dekat comfirm macam-macam komen nanti. Ha tu la Kak Yati , yang berkepit ngan anaknya. Zaman plak macam tak puas hati je tengok makanan orang lain. :D

Last , gambar En Suami makan sehingga licin. huhu~

Alhamdulillah. Sedap! 
Lepas ni nak makan lagi kat sini. Next entry , aku update apa yang aku makan kat sini k. 
Restoran apa ek? Ada sapa-sapa tahu? Dah banyak klu tu :p





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...