Showing posts with label Lime Snow Ice. Show all posts
Showing posts with label Lime Snow Ice. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Makan @ Ice Room, Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum ya sodikoti . . .  Ahad yang lepas bersamaan 14 Oktober 2012, genap SEBULAN aku & En Suami bergelar suami isteri. So rasa macam nak berdua-duaan makan-makan. Jadi , lepas dinner kat umah, kami keluar jalan-jalan. Ikutkan nak makan ice teyem biasa je Cornetto ke, McD ke, sekali terpergi Ice Room pula. Aku tak pernah lagi makan sini. 


Suasana di Ice Room Bandar Baru Bangi. Ramai yang sibuk online termasuk la En Suami. 

Oleh kerana kami dah kenyang makan nasi di rumah, jadi kami amik yang ringan-ringan sahaja. Amik Coolest Set seperti di atas. 

En Suami nak try rasa SPICY noodle ni. 

Lime Snow Ice
Agak masam sebab perisa lime. Aku memang suka perisa lime. Memula makan macam tak sedap then lepas dah perah sedikit perahan (gaya dalam iklan Masterchef musim kedua) limau tu baru la sedapppp . . .  Siap ada asam boy lagi ~

Zoom dekat lagi. Ada telur katak la :D

Spring Onion Ring
Untuk snack, aku pilih Spring Onion Ring. Ingat kan banyak rupanya ada 4 ring je , huhu~ OK la sebab kami pun dah kenyang makan nasi kat umah kan. . . 

Schezhuan Spicy Noodle (Dry)
Ingat kan pedas nak gila sebab dekat menu siap ada tanda CILI tu. Bila rasa tak pedas pun!!!!! Hampa >_<

Tak pedas pung. . . . :(

Tempek la gak gambar kami. En Suami sibuk online sambil senyum . . 

Posing time makan. Ni baru gambar cukup dah sebulan kami kahwin. Kembar aku mesti nak komen ni. Komen la jangan tak komen plak :p

Lepas ni nak try amik Lovers Sets pula. Haritu nak amik yang ni tapi takut tak habis sebab baru je makan kat rumah. :)

Mesti ramai pernah singgah Ice Room kan?
Perisa ice teyem apa yang sedap lagi ek, cecite?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...