Showing posts with label Nilai 3. Show all posts
Showing posts with label Nilai 3. Show all posts

Friday, September 7, 2012

Shopping Barang Perkahwinan @ THANK*Q PAVILLION , Nilai 3

Hari ni aku nak share sikit pasal barang-barang kahwin. Sama macam masa kakak aku kahwin tahun lepas, kami beli barang dekat kedai yg sama di Nilai 3. Lepas tu, aku dengar cerita, kedai THANK*Q PAVILLION ni terbakar dan banyak barang yang rosak. Bulan Mei hari tu aku ada datang kedai ni. Beli barang sikit-sikit. Kebanyakan nya barang dia berhabuk kesan dari kebakaran kot. Baru-baru ni pergi lagi kedai THANK*Q PAVILLION ni, barang semua baru-baru. :)

Banyak promotion tapi tak tahu la murah ke tak sebab aku tak buat perbandingan harga pun. Jom tengok apa yang ada.




Bunga Telur

Glass Cup

Paper Bag


Alas dulang hantaran

Sale Alas Dulang RM5.90

Upah Hantaran 
Diorang ambik upah untuk hantaran juga. Cantik-cantik design hantaran diorang.


Pelbagai jenis reben

Bunga Span pun ada. 

Pelbagai bentuk bakul


Setiap pembelian atas RM100 korang akan dapat satu kupon cabutan bertuah. THANK*Q PAVILLION tengah ada kan cabutan ulang tahun THANK*Q ke 8. Tahun lepas pun ada buat cabutan bertuah juga. Lebih dari 10 borang kot kami isi dan akhirnya kami antara yang bertuah!!!!! Dapat KIPAS , boleh cek entry kat SINI

THANK*Q PAVILLION
Kedai dia betul-betul depan sekali masa nak masuk entrance banyak-banyak kedai tu.

Kali ni, tak banyak beli barang sangat sebab lebihan dari kenduri akak aku pun ada. So guna je apa yang ada tu. Takde la membazir. 



Friday, August 10, 2012

Shopping Langsir Raya @ Nilai 3

Ahad lepas, aku & family aku ke Nilai 3 tuk shopping raya. Jom tengok gambar yang aku snap di kedai langsir :
Cantik la langsir hitam kelabu ni . I like !!!



Macam-macam warna ada. Tapi warna yang kami nak tak berapa nak ada sangat . 



Pilih warna fabrik  . . . 

Tu ayah aku tengah bincang ngan tauke kedai. Minta discount.


Kuning Hitam ni pun cantik :)

Semua la cantik !!!

Batu untuk langsir . . . 

Langsir hijau ni macam 2 tahun lepas umah kitorang je :D

Ni la lokasi kedai nya - Kedai Langsir & Jahit Star City Textiles.

Boleh siap dalam masa sejam tapi kami datang dah kul 3ptg so macam dah lambat sangat nak tunggu. Silap kami juga, pergi shopping tempat lain dulu, patut buat langsir dulu. Yang sebelah dia tu kedai carpet , sebalah  kiri tu kedai langsir juga. Boleh plak aku jumpa member UiTM aku kat kedai langsir sebelah tu. huhu~ dapatla jumpa baby dia. :)

Korang mesti dah shopping banyak kan untuk raya? 
Lagi-lagi yang ramai anak-anak.
Selamat bershopping :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...