Showing posts with label OST Dejavu di Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label OST Dejavu di Kinabalu. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Dejavu Di Kinabalu Versi II

Sapa dah tengok Dejavu di Kinabalu versi Ammar kahwin dengan Nadira????Aku dah tengok sebaik sahaja tahu ada di tayangkan di tonton. Meh aku share apa yang terjadi kalau Ammar kahwin dengan Nadira yang degil + pentingkan diri tu!


Credit :  Semua gambar dari tonton.com.my

Ni scene yang sama semalam. Bazli menangis sebab Nadira asyik cakap dia layak mati je. Apa entah Nadira ni, asyik cakap nak mati je. Sedih sangat part ni. Tapi sedih bagi pihak Bazli jela. Then esoknya scene yang sama macam ending semalam, Bazli kejar Ammar yang nak lari ke London. Nak lari dari masalah la konon nya. Ammar pun satu hal gak, nak lari je keje nya. Puas si Zahir yang cute tu pujuk dia suruh settle kan dulu masalah dia dengan Nadira.

Akhirnya Ammar menikahi Nadira tanpa pengetahuan Nadira. Lepas dah sah nikah, Ammar masuk bilik jumpa Nadira. Nadira terkejut sangat & bagitau Bazli dia nak Bazli jadi suami dia juga.

Bazli explain dekat Nadira dengan lembut sekali. Bazli kata, ni pengorbanan cinta dia buat kali terakhir. Melepaskan Nadira untuk kebahagian nya. Bazli tahu yang Nadira memang cintakan Ammar. Bazli letak tangan Nadira dekat jantung Nadira & suruh rasa apa yang dia rasa sekarang. So akhirnya , Nadira dapat menerima Ammar sebagai suami dia. 

Sedih gak time ni. Sob Sob ~

Then Ammar menunaikan hasrat hati Nadira untuk pergi ke honeymoon sweet yang diorang plan dulu. 
So sweetttttt ~

Ehem-ehem ~

Akhirnya Nadira mati di pangkuan Ammar. Terus Ammar jadi duda. Sedih gila part ni  >_<

Banyak pengajaran boleh kita dapat dari Drama Dejavu Di Kinabalu ni. Korang singgah la baca antara pengajaran yang boleh kita simpul kan dari Drama Dejavu Di Kinabalu dekat entry SINI

So apa pendapat korang?
Versi semalam or versi kedua yang best?
Kalau aku , aku lagi suka versi yang kedua. Versi semalam tu entah apa-apa entah. 

*Sapa la yang vote Bazli sampai Bazli leh kahwin & hidup bahagia dengan Nadira tu? hehe :)

Thursday, August 2, 2012

Episod Akhir Dejavu di Kinabalu

Korang tengok tak Episod Akhir Dejavu di Kinabalu?
Puas hati tak ngan ending dia?

Source : Google

Akhirnya Bazli & Nadira berkahwin dan Nadira buat transplan kali kedua. 3 tahun kemudian Nadira berjumpa Ammar di KLIA & jantung Nadira mula berdegup. huhu~ Bagi aku macam tak best je ending dia. Apa jadi dengan Tira ? Perlu ke Ammar datang majlis pernikahan Nadira & Bazli? Arghhhhhhh ~ Kesimpulannya aku tak suka Nadira !!!! Mesti ramai yang kesian kan dengan Nadira, tapi aku rasa macam meluat plak walaupun dia sakit. Boleh plak nak kawin dengan Bazli tp duk sebut nama Ammar. isk~ Tapi Bazli memang baik gileeeeeeeeeeee! Untung la kalau dapat suami cam Bazli tu ~ Agak FRUST sebab Nadira tak mati !!!!


Lepas ni start Slot Akasia baru "Kau yang terindah" lakonan Nazim Othman , Neelofa dan Hafil Andrio. Drama arahan Erma Fatima. Start 6 Ogos , Isnin ni. Mesti ramai yang ternanti-nanti drama baru ni, yela dah meluat Nadira eh meluat dengan Dejavu di Kinabalu. hehe~

Saturday, July 14, 2012

Lagu Butterfly - Melly Goeslow ft. Andhika Pratama (OST Dejavu di Kinabalu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. . . .
Korang layan drama TV3 jam 7ptg???
Dejavu Di Kinabalu . . .

Ramai yang emo bila tengok cite ni termasuk la aku. huhu~
Jom layan lagu tema untuk drama ni.



Lirik lagu Butterfly boleh tengok dekat SINI


Aku masih bercamping di Raub, Pahang.
Tak dapat nak BW. Isnin la baru BW balik . . .
:)

Selamat berhujung minggu :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...