Showing posts with label Dejavu di Kinabalu alternatif. Show all posts
Showing posts with label Dejavu di Kinabalu alternatif. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

Trafik Penangan Dari Dejavu Di Kinabalu


Bukan senang nak dapat trafik tinggi seperti blogger Kid , Redmummy dan lain-lain. Ni aku nak share trafik tertinggi aku setakat aku berblogging. Penangan dari entry SINI dan SINI, mencanak-canak trafik blog aku naik. Alhamdulillah. Dulu masa mula blogging 50 UV/sehari then naik 100 UV/sehari je, sekarang dah meningkat jadi 400 UV/sehari dan semalam UV aku cecah 1000 buat kali pertama. Agak terkejut jugak, pagi-pagi trafik naik gila. Kalau aku review sinopsis setiap episod drama ni maybe trafik makin tinggi agaknya. Ikut tips dari Kid. Dia kan rajin update by episode , contoh full episod Masterchef Selebriti Malaysia. Rajin dan membuahkan hasil la , mencanak-canak trafik blog dia!!!! Kalau korang tak caya leh terjah sini --> Trafik Penangan dari Masterchef  



Trafik mencanak-canak pada jam 8.00pg sampai 4.00ptg , malam dah mula berkurang maybe ramai pergi solat terawih. Alhamdulillah :D


Dejavu di Kinabalu saja . . . . . . 


Sejak aku mula blogging, banyak dah tips aku belajar dari blogger-blogger yang mencapai trafik tinggi setiap hari. Antara nya blogger Kid. Banyak update tentang TIPS TRAFIK TINGGI :


Tak lupa juga dekat blogger-blogger lain yang selalu bagi aku lain-lain tips. Antara mereka ialah : Hazmanfadzil, Broframestone dan ramai lagi. Banyak benda yang aku tak tahu lagi dalam dunia blogging ni. 

Dah nak raya ni , ramai yang anjurkan contest duit raya la , contest itu ini. Ni pun salah satu tips nak naikkan trafik. Jadi kalau sempat aku pun akan menjoin kan diri aku utuk join contest-contest ni. Masih tak sempat nak join contest by Shakiddo kat SINI & contest by ZarulUmbrella dan AbangEnsem kat SINI. Bahan masih takde. Blogger Hazmanfadzil pula dengan murah hati buat Contest Raja Komen setiap bulan kepada Top Commentor blognya. Boleh cek kat SINI. Dah masuk version 3.0. Untuk version 1.0 & version 2.0 aku dinobatkan sebagai Raja Komen kat SINI dan SINI. Alhamdulillah . . . ada la rezeki lebih buat kahwin Terima kasih to all blogger yang pernah kasi aku tips & anjurkan contest itu ini. 

Pagi ni aku akan menjalani Ujian Tapisan Kompetensi Pelantikan Kakitangan di dewan tempat aku nak bersanding bulan 9 nanti. Tak sempat nak study apa-apa. Tawakkal jela moga Allah permudahkan segalanya. 
Amin . . . .





Friday, August 3, 2012

Dejavu Di Kinabalu Versi II

Sapa dah tengok Dejavu di Kinabalu versi Ammar kahwin dengan Nadira????Aku dah tengok sebaik sahaja tahu ada di tayangkan di tonton. Meh aku share apa yang terjadi kalau Ammar kahwin dengan Nadira yang degil + pentingkan diri tu!


Credit :  Semua gambar dari tonton.com.my

Ni scene yang sama semalam. Bazli menangis sebab Nadira asyik cakap dia layak mati je. Apa entah Nadira ni, asyik cakap nak mati je. Sedih sangat part ni. Tapi sedih bagi pihak Bazli jela. Then esoknya scene yang sama macam ending semalam, Bazli kejar Ammar yang nak lari ke London. Nak lari dari masalah la konon nya. Ammar pun satu hal gak, nak lari je keje nya. Puas si Zahir yang cute tu pujuk dia suruh settle kan dulu masalah dia dengan Nadira.

Akhirnya Ammar menikahi Nadira tanpa pengetahuan Nadira. Lepas dah sah nikah, Ammar masuk bilik jumpa Nadira. Nadira terkejut sangat & bagitau Bazli dia nak Bazli jadi suami dia juga.

Bazli explain dekat Nadira dengan lembut sekali. Bazli kata, ni pengorbanan cinta dia buat kali terakhir. Melepaskan Nadira untuk kebahagian nya. Bazli tahu yang Nadira memang cintakan Ammar. Bazli letak tangan Nadira dekat jantung Nadira & suruh rasa apa yang dia rasa sekarang. So akhirnya , Nadira dapat menerima Ammar sebagai suami dia. 

Sedih gak time ni. Sob Sob ~

Then Ammar menunaikan hasrat hati Nadira untuk pergi ke honeymoon sweet yang diorang plan dulu. 
So sweetttttt ~

Ehem-ehem ~

Akhirnya Nadira mati di pangkuan Ammar. Terus Ammar jadi duda. Sedih gila part ni  >_<

Banyak pengajaran boleh kita dapat dari Drama Dejavu Di Kinabalu ni. Korang singgah la baca antara pengajaran yang boleh kita simpul kan dari Drama Dejavu Di Kinabalu dekat entry SINI

So apa pendapat korang?
Versi semalam or versi kedua yang best?
Kalau aku , aku lagi suka versi yang kedua. Versi semalam tu entah apa-apa entah. 

*Sapa la yang vote Bazli sampai Bazli leh kahwin & hidup bahagia dengan Nadira tu? hehe :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...