Showing posts with label Rakan Ku. Show all posts
Showing posts with label Rakan Ku. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Majlis Perkahwinan Nurul Aini & Pasangan @ Bukit Damansara

Assalamualaikum ya asdiko'i, Sabtu lepas aku sempat p satu kenduri wpon En Suami kerja. Patut nye kenduri kawan sekolah aku ni di Bandar Baru Bangi (dekat je ngn umah aku) tapi sebab En Suami kerja, aku tk p then kawan aku ajak p belah laki. Aku pun p la ngn kawan aku, Nurul & Shida siap bawa assistant a.k.a baby sitter anak aku a.k.a adik aku. hehe~ Jom layan gambar...zaaazzzzzzzzzzzzzz...

Sampai-sampai je terus jumpa pengantin & bergambar. Kami sampai dalam kul 2.34pm.

Bergambar dengan pengantin baru sebelum balik. Sempat PEACE tu !!!

Nampak tak lemak pipi Umaira Solehah tu? huhu~

Ni la driver yang hebat. Berbekalkan peta dari penjelasan di SMS, kami sesat tapi berjaya sampai destinasi juga, kalau aku dah gelabah gile kot. Ada GPS pon gelabah gak. huhu~

Awwwww......

Seronok Umaira dapat keluar jalan-jalan makan kenduri & minum air sirap. hehe~

 ~Barakallahulakuma Nurul Aini & Suami ~




Sunday, June 26, 2011

My BFF's engagement day . . .

Sabtu( 25 Jun 2011 ) telah berlangsung nyer Hari Pertunangan BFF aku masa kat UiTM Arau dulu . . . . .
❤Congratulation to MuNiR & ZuL❤
*Selepas di tambah effect . . . . . . . .

Walaupun aku tak p, nk gak post pasal engagement day ko Nir. ^_^

So sweet. . . theme color nyer sesuai betul ngn theme color blog aku ni . btw, yang sebenarnye blog aku ni pon hasil titik peluh munir gak. Dia yg design blog baru aku ni. Kalau tak, xder de aku nak letak gambar aku kat banner tu, just nak letak gambar bunga je, tp bile tgk-tgk balik , ok gak banner tu. . . Tantek! Tq nir<---eh!baru nak say TQ ker?Pecah rahsia pasal design blog aku ni. . . . . .

Peach!
mmg theme color idaman aku gak la. . . . eh! tp mcm theme color TM & PacD lak , hehe ok la tu~ >_<

To rakan-rakan UITM Arau yg mengenali MuNiR (Munirah full name), di sini sy ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam dr dia kepada smua kawan-kawan.


*Gambar setelah di tambah effect . . . .


Monday, May 16, 2011

Jom beli rumah!

Jom beli rumah kawan-kawan! hehe :) Ingat beli rumah macam beli gula-gula je, dua singgit dua singgit ~

Al kisah nye aku p teman kan kawan aku p tgk rumah dekat Sri Sendayan, Seremban, ahad aritu.


P tgk showroom, rumah contoh dan juga lokasi rumah yg akan di bina.









Bile tgk rumah contoh tu , rasa mcm tak sabar nak ada rumah sendiri. fuhhh....aku ingat just nak temankan tgk2 tanpa mengambil sebarang gambar. Tapi bile dah tgk kecantikan rumah siap ngn perabot yg cantik aku pon mula keluarkan kamera lumix ni and snap ruang2 yg agak menarik. So layan jela. . . . . . . . . .


hmm. . . . . . . insyaAllah ada rezki aku beli la umah . . . amin ^_^

Sunday, May 15, 2011

Jalan-Jalan bersama BFF

Semalam aku keluar ngn bf BFF aku iaitu si Mia Miera , si Saya Di sini Tini & juga si Niq Anisah . Kami semua tak plan pon nak jumpa. Aku pon baru comfirm kan nak jumpa si Miera ni pg kul 7lebih. Yang aku nak tegelak aku siap leh jumpa si Tini Di sini dekat LRT Bandar Tasik Selatan , siap salam peluk cium lagi , padahal aku duk umah sewa sama, duk bilik yg sama, guna bilik air yg sama, p keje sama, makan sama, MUKA SAMA<-----KEMBOR


Al kisah nye kami berkumpul di LRT Bandar Tasik Selatan sbb umah miera dkt je ngn LRT ni. So si Miera yg putih gebu ni pon tunggu la aku dari Komuter UKM, Tini dr LRT Kelana Jaya & Niq dari LRT Bukit Jalil. . . . . . . . . Pertemuan 4 sekawan dr tempat berbeza dan tak terduga (chewahhhh. . .. . . . . . . . .. )

Pagi sabtu tu , Si Miera tanya aku kedai cekelat eh gule-gule yg murah , so aku ckp jela kedai borong yg menawarkan harga murah kat Bangi ni. . . . . sebab sini je yg aku tahu. . . . . . Kedai Borong ni mcm kilang la , takde air cond, sbb tu leh jual ngn harga murah sbb byrn sewa dia murah , bil air cond pon tk payah bayor (aku rasa sbb ni la . . . . . ) Dari LRT BTS td kami terus ke Bandar Baru Bangi tuk p kedai Borong Gule-Gule yg juga merupakan kedai tuk akak aku borong gule-gule tuk hari perkahwinan nye.


Selepas tu, kami ke WARTA eh sekarang dah standart GIANT la. . . . . power la Bandar Baru Bangi, baru la BANDARRRRRR!!! ada Giant yg menawarkan harga mahal. Opssss~

Tu jela cite jalan-jalan aku ari sabtu. Eh, lupa plak. . . . . tujuan asal aku jumpa si Miera ni tuk amik Sabun Beras. Ni la 15 ketul sabun beras dr member-member ofiz aku yg tempah termasuk la aku. So bagi yg tempah sabun beras ni, sila lah berjumpa saya untuk mendapat kannye. Bagi yang masih tertanya - tanya apakah sabun beras ni , boleh la ke sini or sinu<----klik ^_^*

Assalamualaikum. . .jumpa di lain POST

Friday, April 29, 2011

Makan PIZZA lagi, opsss!!!

Semalam aku p makan pizza lagi tapi kali ni berempat. . . Aku, Tini , Lyza & Farah.huhu ~ Gerak dr ofiz ke Giant KJ kul 6pm ngn si Lyza.Time tu masih hujan lg. Sesampai je di Giant kami membeli belah sambil membawa beg laptop office. Siap ada dua tiga org yg tegur kami BUDAK SEKOLAH! Kul 7 baru kami gerak p pizza, coz farah nak buka pose.
Kali ni kami tak makan yg promotion tu. Aku & tini baru tahu ada menu ni sejak Si Farah bgtau pasal menu SENSASI DELIGHT SET ni dari website pizza hut.


* Opps lyza, sori, kite amik gambar pizza ngn tangan Lyza jerrr. . . . . :p

Kat bawah ni baru ada gambar penuh kanak-kanak ribena ni. . Tengok la gelagat kami makan pizza . . . . . . . haha~

Paling excited org yg nak buka pose tu la. . . . . Si Farah, opsss. . . . hehe ~ Selalu aku & Tini makan set pizza yg promotion tapi kali ni siap ada mushroom soup sekali so mcm kenyang sgt lak. So apa lagi , tak abis la kami makan. Apa lagi TAPAU laaa apa yg tak bis, kang membazir lak eh!


Patut nya bawak si ALFI baru habis dengan laju pizza ni. Aku nak gak tengok si Alfi ni makan 7 slice pizza dengan sekelip mata, seperti apa yang diceritakan oleh Farah & Lyza. . .Aku lak jenis tak minum air gas, minum sikit je la. . . . tak sampai separuh pon. . . huhu ~ takkan nak tapau air plak. . . . ^_*

So, agak-agak. . . . . . hari ni aku makan pizza lagi tak????Berat badan dah naik sejak asyik makan FASZ food ni. Bile nak diet balik ni TINI????

Thursday, April 28, 2011

Makan Pizza Lagi..

Semalam aku, tini & Lyza plan p makan pizza time lunch. Kami dah siap duduk kat pizza dlm 12 jam minit lepas tu kami keluar pizza , sbb tgk ramai keluar sbb tk de sapa amik order.Pastu kami pon p la makan kat KFC (jiran pizza kat Giant KJ). Time makan tu kami tgk ramai yg dr pizza tu semua p kat KFC. . . . . . huhu~ sabar jela. . . . . . . . .

Tapi tu bukan cerita yg aku nak cite. Cite nye, aku n tini p pulak ke Giant KJ lepas waktu keje untuk makan Pizza yg Promotion tu. . . . .hehe :D Hari rabu nyer promotion "Super Supreme Personal Chessy Lava Stuffed Crust Pizza"



Ha ni la pizza nyer, letak dlm pinggan je, aritu kami makan letak dalam pan pizza tu, maybe pan tu tak sempat basuh kot, haha :P


Tu jela cite nyer , agak2 gomok tak???Asyik makan pizza jer. Dah brapa kali makan pizza ni , berat dah lama tak timbang...ok la sampai sini je post aku kali ni.Nanti kalau aku makan pizza lagi aku update lagikkk , wakakakakaka! Macam dah ketagih dadah pizza lak. Dengan Si Dia pulak , aku ketagih Carl Jr (setiap kali jumpa nak makan Carl Jr!) Camno tak GOMOKKKKK , fuhh~semua nye afasz FASZ food


* gambar ni sapa amik ek . .er. . . . Abg Din J kot. . . . . . eh! tak pun dr CCTV ^_^
(sapa nak jawab ni tini????)

Monday, April 25, 2011

Gedik-gedik bersama KEMBAR tak seibu tak sebapa :)

Khamis 21 April 2011

Time waktu tengah buat keje kat office kami terjenguk tertengok promotion kat website piza hothut.So apa lagi aku & Tini pon terus je nak p makan Pizza....so kami decide p lepas waktu office.direct p pizza hut giant KJ. Ni la promotion yg aku ckp tu :

So kami makan la nyum-nyum...sambil tunggu pizza sampai kami amik2 gambar....


Bila pizza dah sampai kami pon start la mamam....duduk tepi tingkap...tetibe tgk luar makin gelap......huhu~NAK HUJAN la.....cmne nak balik????????Petir berdentum-dentum. takut gak sbb duk sebelah tingkap......


Apapun pizza tetap abis...pastu apa lagi...dah takleh balik, kami pon berjalan2 la...window shopping siap bergambar sakan lagi(sebenarnye tak budjet pon nak amik gambar tp sbb dah tak tahu nak buat apa, apa lagi...hehe)dah jd PENCUCIPENCURI gambar lak dlm GIANT tu.Lengkap dengan beg laptop sorang satu..Leh curi2 barang2 best...tapi kami tk curi pon apa2, lagipon beg kami telah di ikat sebelom masuk..


Kami sekadar mencuci mata melihat pakwe2 hensem ambil-ambil gambar bersama produk-produk Giant, bukan sahaja dpt membantu mempromosi kan Giant malah dapat la kite kongsi kan kepada org ramai supaya senang diorg nak bandingkan harga GIANT dengan pasaraya lain seperti TEN TEN, JUSCO, TESCO, CAREFOUR, MYDIN dll ....kami survey harga2 barang skrang & juga survey barang2 yang kami tak pernah tengok...hehe....



Dah puas bergambar sana sini...last2 ni jela 2 barang yg kami beli...hehe~tak sampai RM5 pon...tp gambar lebih dari 5 hehe :D waakakakakakakkaakakakakakakaka


Pukul 7 baru gerak balik.Hujan dah rede time tu...Rasa tak nak balik je rumah sebab nye bilik kami mesti errrr.... malas la nak cite kat sini.....

Tu la kehidupan kami ....bile ntah dapat pindah rumah baru ...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....eh! post ni dah jadi post sedih la...sebnrnye seronok dpt jalan2 & makan2 .wakakaka...bila time kat umah je jadi sedey....:(

Monday, April 11, 2011

Congratulation to my Friend...

Assalamualaikum kawan-kawan, post ni khas tuk kawan aku,Rohainiza & hubby nye yg baru shj dpt berite gembira...alhamdulillah....Take care & moga di permudah kan segala nye...
❤CONGRATULATION to Rohainiza & Safwan❤

Friday, March 4, 2011

❤Main Pool Dengan Si Dia❤

Tahun lepas aku jumpa nir (tak hingat bile), berdua je...hehe dating! dating wif BFF. Aku g D-Curve 4 the first time & First time jugak main pool.Time tu kitorg jalan-jalan window shopping pastu tgk wayang & main pool.tak reti pon main jela...wakakaka~bila dah main mcm best gak...walaupon asyik tak masuk lubang je...huhu~
Actually gambar-gambr ni aku dah hilang sbb hard disk kene curi dek pencuri buln 10 2010. so aku minta balik dr munir....huhu~ada gak backup untuk amik balik gambar2 ni......
Bile lagi kite nak dating nir?Windu.... :) first time makan karipap kat IKANO tu, sedap gak maybe sbb makan panas2...em...dappp...yummy!!!

*amik gambar belakang montot pon jadila...hehe~ucukkk

Wednesday, March 2, 2011

Kisah Seram Di Rumah Flat PKNS Kelana Jaya!!!

Alkisah aku dan Tini pergi survey-survey rumah untuk di sewa.Kami pergi lepas waktu kerja , kul 6.41ptg kami p sana.Umah nyer diberi nama "Rumah Flat PKNS KJ, No ***, Tingkat 3 Blok A". Sesampai je aku & Tini terus je cari Blok A....Blok first kami jumpa blok B, then C then D then E the F last2 tak jumpa Blok A , Tini tanya orang.rupanya Blok A yang tengah2 sekali & yang paling tinggi. First tengok umah flat tu nampak cantik dan mewah.Siap ckp "mcm best je kalau duk sini" :)

Lepas dah jumpa kami terus naik lif untuk p ke tingkat 3. sesampai je....kami nampak 2 rumah tp bukan rumah yg kami nak cari tu.pastu ada lorong utk ke umah lain, AGAK GELAPPPPPPP & aku mmg takut, nak lalu pon takut....mmg seram~tkde la takut hantu tp takut ada org berniat jahat la....Nasib jumpa rumah yg kami cari.Sampai-sampai je call budak tu sambil aku bg salam & ketuk pintu umah dia.then ada orang keluar & tanya nak jumpa sapa.pastu aku cakap la, nak tgk rumah.Then dia kata "sy rasa korang takyah sewa kat sini, sbb tuan umah sewa pon mcm suh kami keluar gak , nnti mcm susah kan korang je.sorry ek?" then aku & tini pon bla jela....knp la dia xsms, bgtau la awal2......isk!~

Kami terus ke lif untuk turun ke bawah.Tetapi malangnya, lif ke bawah tak dapat digunakan so kami terpaksa la cari tangga untuk ke bawah.laluan tangga dia agak menyeramkan kerana ianya sangat la gelap.kami takut ada org jahat je di situ.kami pon turun dgn laju2....sampai2 je tingkat bwh skali aku tersepak botol ke apa ntahh...tekejut! sbb kat bwh tu makin GELAP GILESSSSS!!!)aku pulas tombol pintu, tgk2 pintu untuk keluar terkunci.Aku tetibe jd panik & tambah takut terus je naik lari ke atas...fuhhh......lari menuju ke tingkat 1.....sib baik terang & ada lif ke bawah...fuhhh...lega....

Sesampai je di lif aku tekan "level G"....tgk2 silap...ada lg bawah "level LG" , masuk balik dlm lif pastu lif takleh tutup sbb tersekat ngn botol COCA COLA....fuhhhh....lif dia pon agak menyeramkan, liff lama......nak tekan butang buka lif pon tkleh sbb tkde,maybe kami yg tak jumpa sbb tulisan dia dah pudar2.....aku pun tendang jela botol tu...pastu kami berjaya turun dengan selamat ALHAMDULILLAH~syukur takde pe berlaku.....Bahaya kalau perempuan pegi tempat mcm ni.....fuhh..

Itula cite SERAM yg aku nak cite kat korang.Bagi aku seram la , sbb aku penakut & rasanya tempat mcm tu mmg bhy bg perempuan sbb GELAP.Mana tahu ada org berniat jahat ke.Apa2 pon ...kisah seram ni maybe jadi salah satu cerita yang tak mungkin kami lupakan....

Wednesday, February 2, 2011

Happy Besday Tinie ^_^

assalamualaikum semua...post ni sbnrnye bulan 1 lagi aku nak letak tp sbb gambar nye takde so tk dapat nak post. Sori tinie, lambat post...& thnx to Nik Anisah for d gambar...

Happy Besday TINIE....

*Happy besday tinie yg ke-2*(tttteeett) ...besday tini 6 jan 2011 tp kami p sambut on 8 Jan 2011(kalau tak silap la, malas nak tgk calendar.....tinie dah muda eh TWO-WA


*suprise 4 tinie @piza hut KLCC...suprise la sgt..wakaka....sambut ngn nik anisah+aku+abg syg ku(opss...ngeh2..terlebih sudah~)
-
-
-
-
-
-
p/s to tinie: umur dah lanjut...so aku doakan ko murah rezike+cpt2 bertemu jodoh + terus naik pelamin mcm ko target tu....amin ya rabbal alamin....(sapu dua tapak tgn kat muka) !_!

Thursday, January 20, 2011

Jalan-Jalan @ TaSiK Kelana Jaya

Harini cuti Thaipusam....aku & tini habiskan masa kat umah jela.....petang bosan2 kami p Tasik KJ (rasanya tasik kj) ^_^ hehe~ dah terlanjur LUMIX ada kat aku ni, leh la bergambar...nnti LUMIX dah balik bangi tkleh nak amik2 gambar :( ..... huhu~ tkpela...eh! kat bawah ni gambar2 time kat tasik KJ.


Ni la aktiviti kami, MAKAN AIS KRIM OREN ngn wat REFLEXOLGY(xtahu la ejaan yg betull, hehe~) sakit tul ,skali pijak je dah rasa sakit....

hah, kat bawah ni antara gambar TASIK KJ, cantik tp dah TER!@#$%"> sikit =_=




Gerak jalan dari tasik tu kul6.30pm, singgah kedai mamak beli TEH AIS (lama dah tak minum,ngidam) , air coca cola (tinie) ngn buger CAP OTAI (boleh la thn)....huhu~itula cite aku & tini. menghabiskan masa HARI THAIPUSAM di TASIK KJ... ^_*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...