Showing posts with label Ulam Raja. Show all posts
Showing posts with label Ulam Raja. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Makan @ Nasi Ulam, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

Minggu lepas , lepas je shopping di kawasan BBB, aku singgah makan tengah hari di kawasan BBB. Cari nasi berlauk la sedap kalau time lunch ni.
Kedai Makan Nasi Ulam - Sebelah dengan Amani Hotel

Lauk masak kuning, ada gulai lemak masak udang, tempoyak ada dan lain-lain.

Sambal telur , ikan masak sambal , Sotong Berlada dan lain-lain


Ikan Keli + Ayam + Ikan Sambal Cili 
(aku yg bg nama dia sendiri)

Sayur Kangkung, Sayur Bendi & Sayur Petola goreng.

Ikan Kembung + Air Asam

Pelbagai jenis sambal - Sambal belacan, tempoyak, budu, air asam dan lain-lain.

Nasi Putih dah nak habis~

Lauk sapa la ni . . .huhu~ 

Ni aku punya. 
Nasi + sayur bendi (fav) + sambal belacan (sangat pedas sehingga menitis air hingus)

Setangkai Ulam Raja , eh! betul ke ulam raja ek????
Aku start suka makan ulam sejak aku study kat UiTM Arau. Memang hantu ulam.

Ikan Bakar.

Air asam nye. sangat pedas!

Ramai gak makan kat sini time lunch, beratur agak panjang masa nak amik nasi. huhu~



Opss ter snap pakcik tu makan lak . . .

Makanan dekat Nasi Ulam ni boleh tahan la sedap nya. Nanti nak try nasi goreng dia plak. Aku ada try google tgk Nasi Goreng Ketam dia macam sedap je. Tak pernah aku makan nasi goreng ketam. huhuhuhu~ Masa ni aku makan nasi berlauk je, sebab lepas je makan nak gerak ke Seremban. :)

Lepas makan , aku terus rasa nak tidur, nasib baik bukan aku yg drive :D

Ok pada kawan-kawan yang nak try makan kat sini, moh le ke Kedai Makan Nasi Ulam. Lokasi nya di Bandar Baru Bangi Seksyen 9. Belakang PKNS Bangi, berdekatan dengan Ariani, RHB Islamic Bank, Pusat Rawatan Az-Zahra dan Masjid Al-Hasanah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...