Showing posts with label jjcm. Show all posts
Showing posts with label jjcm. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Makan @ Orchid Bistro, AEON Cheras Selatan

Assalamualaikum ya asdiko'ii. Korang dah lunch? Jom layan gambar makanan jap.Aku makan hari Ahad , dua minggu lepas kalau tak silap.Bila hari Ahad aku mula boring sebab En Suami kerja. Tapi kadang-kadang, aku follow akak aku bersama abg ipar aku jalan-jalan + window shopping. ngeh-ngeh. So dah jalan-jalan, diorang pun mesti la belanja makan. Nyum-nyum ~ 

Menu 

MAMAK MEE - RM5.90
Kaklong aku nye. Dia kata paling famous dan sedap ialah MAMAK MEE

FRIED KUEW TEOW - RM5.90
Ni pilihan aku. Aku tak suka sangat makan Kuew Teow, tapi masa tu rasa nak makan Kuew Teow , so order la. Nasib baik SEDAP!

CLAYPOT YEE MEE - RM6.90
Adik aku makan yang ni. Sedap bagi aku yang ni !!! Maybe sebab kuah dia masih panas. Di hirup memang sangat sedap. 

FRIED CHICKEN CHOP - RM9.90
Nampak menyelerakan . . . yummy

Limau Ice - RM2.50 x 2
Iced Lemon Tea - RM3.00
Ribena with Lychee - RM3.90
Air kami ber -4

Tengok la ada 'thumb up' dekat MAMAK MEE tu.

Alhamdulillah. . .  sedap dan bertambah sedap bila ada orang belanja :D
Moga murah rezeki Kaklong & Abg Ipar ku.
Amin. . . . .


Monday, October 29, 2012

Makan @ D'One Steak , Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum ya asdiko'ii. Alhamdulillah harini umur aku genap dah 2* . . .tettttttt ! hehehe~ Tanggal 28 Oktober 2012 , En Suami balik kerja (Ahad pun kerja ok) seawal jam 7 mlm. Then balik-balik , kata JOM!. hehe~ Makan luar nak sambut besday aku awal sikit. Harini , dia sibuk so tak sempat nak sambut berdua. >_<

Semalam rasa nak makan western, lama dah tak makan ala-ala omputih ni. Jom layan gambar ~

Mushroom soup 
Makan panas-panas, sedap betul. 

Chicken chop (breaded)
Ni En Suami nye. Licin dia makan :)

Zoom chicken chop dengan kuah dia.

Fish & Chip
Aku pilih ni sebab aku memang penggemar ikan. Ada kentang, coleslaw, salad & mayonis tu. Pastu minta sos cili botol. Baru la sedap! Rasa dia ok la. Bagi aku, aku suka ! Sedap je tapi ada cerita disebalik makanan ni , lawak pun ada. Nak cerita panjang sangat  . . .hehe~ Abaikan jela or kalau sempat aku cite lain entry k.

Mayonis dia ek . . 

Fresh Orange
Aku nye, Lama tak minum fresh orange. Dulu selalu buat kat umah. Minum bergelas-gelas.

Durian Belanda 
Sedap gak air ni ek. En Suami suka air ni. 

WIFE pun ada kat D'One Steak ni. Eh! WIFI la bukan WIFE. hehe~

Ni muka aku, menikmati makanan. Tahun ni tahun pertama sambut birthday bersama Suami tersayang. 

Terima kasih abg ~
Next month baru kita honeymoon :)
InsyaAllah 

Friday, August 10, 2012

Juadah Bebuka 20 Ramadhan 1433H

Semalam aku berbuka di luar. Lepas waktu kerja aku terus pecut ke LRT Kelana Jaya ke LRT Masjid Jamek. Shopping raya sikit je. Sampai dekat Jalan Tini Tar kul5 lebih . pastu jalan-jalan cuci mata, then dalam kul 6.45ptg dah gerak ke KFC yang jauh sikit dari SOGO tu. Sekali,  penuh dah seat. So aku & rakan-rakan pun gerak ke KFC lagi satu yang lebih kecik tp akhirnya penuh juga. Then ada la satu gorup ni, 4 orang, guna 2 meja. So diorang kasi satu meja kat kami. Alhamdulillah, dapat gak tempat & berbuka di KFC.
Amik Snack Plate . . 



Ni muka pucat, termenung menunggu waktu berbuka puasa. Straw air Twister Blackcurrant dah hala ke mulut dah, hehe~


Ada discount la kalau makan kat KFC, 
jom terjah SINI  untuk dapat kan kupon !
Tapi ada plak orang kata kupon tu PALSU, betul ke niiiiiiii ????


Thursday, July 26, 2012

Cucur Roti by Chef Liza Suhaimi

Jom tengok Chef Liza Suhaimi (housemate aku) masak. Tak tahu nama resipi ni. Chef Liza Suhaimi kata dia amik resipi dari internet. 

Roti di potong seperti di atas
Tumbuk udang kering + cili padi (tambah garam sikit)

Gaul kan roti dengan adunan udang kering & cili padi yang ditumbuk tadi. 
Then gaul bersama telur.

Bentukkan adunan tadi jadi bulat. Nak 4 segi pun leh. :D
Sedia di goreng  . . .  .
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Tadaa. . . . . . 

Rasa macam roti telur. Udang kering tu leh la tukar kepada ikan bilis gak. :D

Time bujang ni la nak tukar-tukar resipi. Lepas ni dah kahwin, kene belajar dengan mak or buku or internet la. hehehe~

Sharing is caring kan >_<

Wednesday, July 11, 2012

Buffet @ Paya Serai PJ Hilton

Dua minggu lepas , aku lunch free dekat salah satu hotel di Petaling Jaya, Hotel Hilton. Jom tengok apa yang aku & kawan aku makan. 

Nasi Minyak + Kari Sotong + Rendang Ayam + Kari Daging + Papadam 
Yang ni Lyza  punya 1st round (officemate aku) yang dah jadi penulis jemputan blog Hazmanfadzil.com. Aku nye 1st round pun sama macam Lyza cuma aku tak amik rendang ayam + daging


Sate + baked potato + Beef Steak + Salad + Spinach
Ni pun Lyza punya 2nd round.


Yang ni 2nd round aku nyer. Sama je macam Lyza cuma aku tambah Salmon tu. Leh plak aku makan daging time ni, padahal aku memang anti daging. hehe~ Oleh kerana daging dia tak liat, jadi aku makan dengan licin nye. Sedap woooooo !!!!

Ni 3rd round aku nyer. 
Macam-macam salad. Ada Duck Salad + Corn Salad dan macam-macam lagi. 

Jeli siap ada chocolate. Ni orang lain nye makanan. 

Kuih-muih langsung aku tak makan. Tak leh masuk dah. 


Ni officemate aku nye, Mujoko.


Air Oren Sunkist

Last round aku amik ice jagung. Ice + Susu + Jagung. Aku susah nak minum susu putih tapi bila minum ngan jagung haritu, leh plak sampai licin. Sedap gak !!!!

Selitkanla gambar kami makan. Abaikan pipi aku yang dah temban tu. eh! Lyza pun tembam . . . sama la kita :P

Suasana di Paya Serai PJ Hilton

Secara keseluruhan, aku makan sampai 4 round (Nasi + Sate + Salad + Dessert) .Bagi aku, makanan dia boleh la dikatakan sedap. Daging dia nyum nyum !! Sate dia pun sedap gila!!! Cuma kalau ada ice cream, mesti bertambah kesedapan ~ Slurrppppppp . . .  Balik tu nasib baik la orang lain yang drive. Mata dah ngantuk gila dengan perut yang kekenyangan. Alhamdulillah ~

Terima kasih to Mr Manoj (Boss project mate kitorang)

*Kalau nak tengok gambar lain-lain boleh terjah blog Lyza kat SINI

Korang pernah makan buffet kat hotel???
Selalu berapa round korang makan ek? hehe~

Tuesday, July 10, 2012

Red Card Cafe @ Bandar Baru Bangi

Dah lama rasanya tak update entry makan-makan. Sejak kebelakangan ni, liat aku nak update blog. huhu~ Mood dah kurang. Harini nak share satu tempat makan di Seksyen 3 Tambahan Bandar Baru Bangi. Cafe ni sebenarnya cafe milik senior sekolah aku yang sama batch dengan kakak aku. Kira cafe ni milik kawan kakak aku la sebab tu akak aku ajak makan n minum kat sini sekadar mengalas perut. Jom kita tengok apa yang menarik kat Red Card Cafe ni !


Roti John Beef - RM7.90
Beef + Egg + Cucumber + Lettuce + Onion + Fries
Roti John ni rasa nya tersangat sedap. Makan panas-panas dari ladang !!! Kami makan untuk 5 orang 

Chicken Burger - RM 7.90
Sesame Bun + Crispy Chicken + Fries

Burger dia agak besar bagi aku yang tak makan banyak. Bagi lelaki kira ok la. Peyut besauuuu~

Spaghetti Arabiata
Spaghetti + Spicy Tomato Concasse + Chicken + Cheese  
Rasa dia tak cukup pedas bagi aku walaupun dekat menu dah letak 2 gambar cili padi. Kalau ada cili padi lagi kawww pedas dia !!! hehe~ 
Apple Juice, Chocolate Ice, Hot Chocolate &  Hot Lemon Tea
Oreo Ice Blended, Cappuccino & Blackberry Petite

Suasana di dalam Red Card Cafe, kat dinding ada tulis senarai menu-menu. 

Red Card Cafe lot paling hujung. Lampu dia dah tak nyala pulak. Cafe ni ramai gak yang lepak time malam-malam. Ada yang muda, tua, kanak-kanak. Makanan dia lebih kepada western. 

Kalau korang singgah Bandar Baru Bangi, boleh la singgah kat sini :

Red Card Cafe 
26A Jalan 3/70, Seksyen 3 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Tuesday, June 26, 2012

Kenangan bersama kawan serumah di Melaka

Haritu aku ada post entry aku pasal tempat-tempat yang aku singgah di Melaka masa majlis kahwin kawan serumah aku di Kampung Alai. Kami sempat singgah Bandaraya Melaka juga tp aku tak sempat pun nak update. huhu~ Next entry la . Sekarang mood nak update tu agak lemau. 



Keychain nama bersama tarikh. Kenangan bersama ~ Ikutkan kawan serumah aku ada 7 orang semua nya. Tapi tak semua yang join pegi kenduri tu. Ada yang kerja & ada yang pergi sendiri.

 Soalan khas buat housemate ku : So, agak-agak bila dapat jalan-jalan dengan semua ahli rumah ek sebelum aku kahwin ni . . .????? 



Makan @ Restoran Asian Cibo, Kelana Jaya

Minggu lepas , boss aku belanja kami semua makan sempena hari lahir Farah dekat satu restoran baru di Kelana Jaya. Agak baru la juga dalam 4 5 bulan kot. Jom layan gambar makanan yang ada di Restoran Asian Cibo, Truely Asian Muslim Food.


Butter Style Prawn 
Sedap bangat hingga naik jerawat aku :D



Sotong goreng tepung
Aku makan yg sotong banyak . huhu


Lemon Chicken 
Yummy, sangat sedap original recipe. eh! Ni harga dia RM23.90 (big) & RM18.90 (small)


Sweet and Sour Fish 
Besar punya ikan ! Harga RM37.90 (Siakap) , kalau Talapia RM33.90.


 Tauhu apa ntah namo eh. . 
Sangat sedap sebab pedas kuah nya. Aku suka kuah dia !!!




Sayur apa ntah ni, bukan kacang panjang .Sedap woo ~



Ice Lemongrass
Siap ada serai , nama pon air LEMONGRASS!!! Harga dia RM6.90



Ice Lemon Tea 
Kurang manis airnya. Bagus la untuk kesihatan. Harga nya RM5.90


Chocolate 
Nampak sedap. . . tp tak rasa pun. Air ada 3 je aku snap. 


Buah Tembikai
Pencuci mulut kami. :)





 Suasana di Restoran Asian Cibo. Ada toilet disitu  . . 


 Macam hotel la restoran ni, sejuk gila ~ Tengok la besar mana air cond dia. wahahaha ~






Bagi korang yang nak try makan kat sini, boleh terjah. Terletak di SS6 Kelana Jaya. Sederet dengan Bank Islam, JM Bariani , sebelah RHB Islamic Bank, sebelah Subway dll. 

Eh! Restoran ni ada wat special promotion dekat Groupon !!! Boleh tengok kat link SINI, promotion sampai bulan 27 Julai sahaja.

Terima kasih boss belanja kami. 
Next birthday agak-agak kitorang makan kat ne pulak ek??????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...