Showing posts with label kampung duyong. Show all posts
Showing posts with label kampung duyong. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Rumah Tradisional Melayu @ Kampung Duyong, Melaka

Sambungan dari entry "Seharian Berjalan Ke Melaka" . . .  

Kami sempat singgah melawat Perigi Hang Tuah & di belakang nya ada Rumah Tradisional Melayu selepas makan kenduri di Kampung Alai, Melaka. Sekali masuk dikenakan bayaran RM1. Jom kita tengok gambar yang sempat di snap !

Rindu kat kampung bila tengok rumah ni. >_<



Kami di sambut dengan pantun. 

Air Tongkat Ali pun ada. Tapi tak minum pula. :D


Baju Pengantin kaler hijau

Baju kaler oren , kuning & biru pun ada. Leh la sewa kat sini. :)

Lama nya tak main congkak. Kat rumah aku ada je congkak. Dulu selalu main. Tapi sekarang????
Rindu nak main congkak dengan guli.

Bilik Kelek Anak 
Apa tu KELEK ????

Ni la Bilik Kelek Anak tadi. . . 

  
Ni pulak bahagian dapur. Tu model siap dengan handbag lagi. . . .

Batu penggiling. Untuk giling cili dan apa lagi ek? Aku tak pernah guna ni, lesung je pernah.


Ni pun antara rumah yang cantik di sini :)

Sejuk je tengok umah kampung ni....teringat nenek di kampung :)

Korang dah pernah pergi ke kat sini?
Aku first time pergi sini. kalau korang nak tahu kat sini ada jual beg kraftangan yang murah berbanding di Bandaraya Melaka. Nanti aku update ek.



Wednesday, June 13, 2012

Perigi Hang Tuah @ Kampung Duyung, Melaka

Seharian aku berjalan di Melaka, antara tempat yang sempat aku singgah di Melaka Ahad lepas. Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Dusun, Melaka. Kami pergi lepas makan kenduri di kampung Alai, Melaka. Jom kita tengok apa yang ada di Perigi Hang Tuah & apa kah sejarah tentang Perigi Hang Tuah ni. 





-----------------------------------------------------Perigi Hang Tuah --------------------------------------------
* Perigi Hang Tuah dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511)
* Hang Tuah dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaanya. 
* Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. 
*Perigi ini dikatakan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang. 
* Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

Sumber : Wikipedia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...