Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Aci tak?

Assalamualaikum....
Aci tak? apa yg aci nye? 


Nak update blog, review tempat makan best anda segala event yg berlaku sepanjang bulan ni dan yg dah lepas tp takde masa. chewaah macam la busy sangat. ...hmmm... dah try nak update guna IPAD, tapi tak puas gak. Gamak nye jarang la nak buka lappy. 

Aci la, letak gambar My little Princess yang makin membesar dan banyak akal. 
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah...
Ni gambar masa Hari Raya Haji....
ngeh ngeh ngeh...

Simple update.
Nanti update yg tak simple k. 
:D

Thursday, July 24, 2014

Hadiah Baju Raya dari Blogger Deq Noor (DN)

Assalamualaikum ya asdiko'i...

Sebelum raya nak update sikit, BAJU RAYA aku pemberian dari seorang kawan blogger aku yang belum pernah aku jumpa face to face. Dia ialah DEQNOOR.

Al-kisahnya ... aku adalah one of pengomen tegar blog dia. So sy dijemput untuk bebuka puasa bersama DN . Tapi aku tak dapat hadiri jemputan tersebut oleh kerana masalah yang tak dapat di elakkan. Bukan rezeki aku tuk jumpa blogger DN ni.

Akan tetapi , dia tetap beri penghargaan kepada aku dengan mengepos hadiah as reward. Kira BAJU RAYA aku la :)

Gambar mcm blur plak. Amik pas sahur tadi.

DN  bagi jubah abaya UNGU (memang aku nak cari baju kaler ungu pon) + Inner + Shawl
Nak kena alter jubah abaya ni dulu , sebab aku menyusu badan si Umaira Solehah. So harapnya sempat la alter untuk pakai raya nanti.

Syukran  DN 
Moga murah rezeki DN sekeluarga.
In sha Allah satu hari nanti kita jumpa ye. 
Alhamdulillah....

Meh la korang terjah & jadi pengomen tegar blog DN  di http://www.deqnoor.com/ , mana tahu ada rezeki korang plak dapat hadiah dari DN  yang sangat menghargai pengomen tegar di blog nye. 
Alhamdulillah....


Monday, November 25, 2013

Alhamdulillah ..

Assalamualaikum ya asdiko'i... alhamdulillah , ada rezeki untuk aku walaupun aku dah jarang update. Ingat kan bila dah tak update lama , tak de dah nak dapat CPUV ni. Alhamdulillah ada. Sikit pun takpe janji ada , ngeh ngeh. 


Alhamdulillah . . . .
TQ pada yang masih sudi singgah sini & baca blog aku yang bersawang.

p/s : Sudi-sudikan like gambar contest my little princess,  Umaira Solehah kat link --> SINI


Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday : Bloggers @ Tioman Island

*Chewaaahhhh . . . bloggers la sangat kan :)


Tuesday, September 25, 2012

Juadah di Gathering Glamour Raya 2012

Assalamualaikum & selamat pagi semua rakan blogger. . . . 

Ahad , 23 September 2012 telah berlangsungnya Gathering Glamour Raya. Alhamdulillah, dapat juga aku join gathering bersama suami tersayang. En Suami patut kerja hari Ahad tapi dia tukar dengan kerja hari Sabtu. So, dapat la aku pergi! Jom tengok antara juadah yang ada di  Gathering Glamour Raya . 

Kek Gathering Glamour Raya 2012 yang GLAMMM gituuuu

Kek pelbagai buah

Roti Bom 
Sedap wooooooo, Selembut sutera. 

Puding Karamel

Nasi Pakistan
Husband Kak Ros yang masak. Husband sy kata sedap la !!!

Ayam dimakan dengan Nasi Pakistan

Salad 
Aku makan ngan pulut. hehe~

Pulut Kuning

Rendang Ayam
Sedap wooooooooooo

Sambal Ikan Bilis

Kuah Lontong
Perghhhh ~ sedapp woo makan ngn sambal ikan bilis



Makan Lontong ngan Nasi Impit

Laksa Johor ek?
Sedap sebab PEDAS!


Popia & Karipap

Kek Coklat & Buah Oren

Kicap pun ada tau . .  ni makanan yang awal-awal. Ramai pulak bawak kek Secret Recipe. Tak dapat rasa semua kek sebab perut dah penuh dengan makanan berat. huhu~

Aku bawak apa ek ke gathering ni???
Jeng jeng jeng. . .  cam tak laku je aku nye :D


Thursday, August 16, 2012

Duit Raya Dari Blogger Double Trouble :)

Lagi beberapa hari je kita nak mengakhiri Ramadhan 1433H dan kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah. Raya kali ni aku dapat duit raya. Dah keje & dah besar pon dapat duit raya lagi. hehe :D

Blogger Double Trouble yang aku maksudkan ialah blogger adik-beradik ni. Sorang abg, sorang adik.

Alhamdulillah, dah 3 kali berturut-turut aku menang tempat Pertama Raja Komen blog hazmanfadzil.com. Raya nanti Blogger Hazman ni nak buat lagi contest. Setiap bulan dia buat. Korang jemput la join. 3 Kali berturut-turut aku dapat tempat pertama sekaligus aku kumpul RM150 , semua dari blog si Hazman Fadzil. Moga murah rezeki dia. amin. 


Ni pula adik kepada blogger di atas, Kid. Tahun lepas ada join contest dari shakiddo gak time nak raya tapi takde rezeki, tengok ENTRY SINI. Tahun ni, aku join Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com kat SINI  & alhamdulillah ada rezeki dari contest ni. :)

Alhamdulillah
Best dapat duit raya dari  hazmanfadzil & shakiddo  , 
BLOGGER DOUBLE TROUBLE

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin  


Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday : Apa persamaan blog mereka ek???



Klik untuk besarkan image. . . 

Sapa tahu ni blog sapa??????????


Thursday, May 24, 2012

Gambar Majlis Pra-Tonton Filem Aku Ada Kau Ada???


Isnin baru-baru ni, berlangsungnya majlis pra-tonton filem Aku Ada Kau Ada??? di Cathay Cineplex, D'Curve. Sempat la aku snap beberapa gambar. 



Aku yang dah makin gomok. . . 

Nisa Kay & Yana Samsudin

Aku &Yana Samsudin. . .

Aku & Intan Ladyana  . . . .
Terlebih excited plak aku . . .

Aku dengan Nurul 
Eh, ni bukan retis tp blogger. Susah betul nak jumpa Nurul ni, macam retis :p

Aku dengan Penmerah
Orang yang cukup peramah :)

Lastly, gambar Broframestone bersama PA nya. 
Gaya mereka memang cukup serasi bersama, ibarat Siezuka & Giant  . . opsss :D

First time aku join event cenggini. Terima kasih la pada yang kasi tiket tu .
:)

Jangan lupa saksikan Filem Aku Ada Kau Ada di pawagam mulai harini !!!



Tuesday, May 8, 2012

Aku dapat hadiah suprise :)

Balik Bangi minggu lepas, sampai umah je , cari surat, kot-kot cek dari Nuffnang dah sampai, tup tup lain plak yang sampai. 

Puas fikir, sapa la pos barang kat aku ni. 


Aku rasa , ini mesti hadiah dari Blogger Anum. Kan Anum? Tak sangka , dah besar-besar pon ada orang nak bagi hadiah . hehe~ 

Actually hadiah ni Anum bagi sebab aku adalah follower blog dia yang ke-300 (refer entry SINI-terpampang muka aku sebesar-besarnya, tekejut jugak aku baca entry dia, ingatkan ada buat salah ke apa ke.Hadiah nya tak p amik lagi. Terpaksa suruh orang lain amikkan sbb aku dah balik ke Kelana Jaya. :)

TQ Anum  . . . . Ada tak sesiapa nak kasi aku hadiah lagi? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...