Rasanya belum terlambat untuk aku join Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 Shakiddo.com. Jom baca CERITA PUASA RAMADHAN 2012 aku. . . Tajuk nye : Ramadhan yang penuh bermakna.
RAMADHAN YANG PENUH BERMAKNA
Dapat aku menjalani ibadah puasa Ramadhan 1433H. Harini dah masuk 18 Ramadhan 1433H. Lagi 12 hari je nak RAYA!!! Kejap je masa berlalu. Terasa puasa kali ini sangat bermakna buatku,
1 Ramadhan dapat berbuka dengan FAMILY di Bangi,
3 Ramadhan dapat berbuka dengan HOUSEMATE di Kelana Jaya,
15 Ramadhan dapat berbuka dengan KAWAN-KAWAN kolej di Sungai Buloh,
17 Ramadhan dapat berbuka dengan TUNANG tersayang
29 Ramadhan harap dapat la bebuka dengan NENEK yang dirindui di Jerteh, Terengganu
Ramadhan bersama family ku
Sahur bersama & berbuka bersama Papa, Mama, Kaklong, Abg Iparku, Abg Kandungku & Ya ucuk. First Ramadhan dah dapat berbuka bersama. Seronok nye >_<
Ramadhan bersama housemate ku
Kenangan masak-masak bersama (eh! ni bukan main masak-masak tau). Dapat juga aku belajar masak & bertukar resepi dengan kawan-kawan yang handal memasak seperti Saya Disini , kak Fazza, Fidah, Liza Suhaimi dan semua housemate aku la. :)
Sambal Kentang - Resepi Kak Fazza
Ramadhan bersama dengan Kawan-kawan kolej ku
Tahun lepas aku tak join Iftar KUIS, kali ni aku dapat join walaupun aku sesat barat dan hampir give up nak cari tempat berbuka. Seronok sekali sekala dapat jumpa kawan-kawan. Ada yang berdua, ada yang bertiga & ada juga berempat. . . . dah beranak pinak dah . Makin besar la keluarga DIT KUIS . . Alhamdulillah . . .
Ramadhan bersama dengan Tunang tersayang
Dapat juga merasa berbuka bersama tunang. Lagi 1Bulan 1Minggu je lagi. Moga apa yang kami rancang akan dipermudahkan. Tahun depan dapat berpuasa & berbuka dengan suami pula, insyaAllah . . Amin . .
Ramadhan bersama Nenek yang dirindui
Aku harap dapat la kami sekeluarga berbuka bersama nenek aku di Jerteh, Terengganu. Sabtu, 18 Ogos baru gerak balik ke Jerteh. Harap kami selamat sampai kampung dengan selamat sebelum waktu berbuka. InsyaAllah . . amin . .
Gambar time raya. Nenek aku bersama cucu-cucu nya.
Moga kita bertemu di Ramadhan tahun hadapan
Saya akhiri dengan pantun :
PESANAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM
Riang raya sampai melompat
Jangan sampai melekat
Gaji beribu berangka empat
Jangan lupa bayar zakat
PESANAN BUAT ILHAM
Duduk menyewa di Kelana Jaya
Dari Bangi jauh giler
Kalau Ilham nak duit raya
Datang umah KAK FASZ ler
PANTUN TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG
Nak buat ketupat tak reti
Kene belajar sampai berjaya
Tak sabar rasa hati
Balik Besut berhari raya
JEMPUTAN WALIMATULURUS
Budak-budak sangat gembira
Ilham mesti nak duit raya
15 Sept hari bahagia
Jemput datang kenduri saya
>_<
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Selamat Balik Kampung
Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 Shakiddo.com
ini ditaja oleh blogger double troubel - Shakiddo & Hazmanfadzil
Kalau korang nak join , masih sempat lagi, ESOK LAST!!! -->
wah... besh,besh.. semoga berjaya..
ReplyDeletetq eyja.. :D
Deleteall the best.. good luck!
ReplyDeletetq kid :D
Deletegd luck! =)
ReplyDeletetq husna :D
DeleteWahhh....gmbr eksklusif tu tunang tersayang...ehhehe...all d best!!!
ReplyDeletennnti liza vote ye tuk gambar akak tu. kalau sempat. sebelum hari ni , kul 1159mlm
DeleteGood luck Faz..
ReplyDeleteRamadhan yang penuh memori ;)
good luck!!!!! semua kenangan fasz best2 sekali!!
ReplyDeletekak sha dah hantar entry juga..hehe
Asslamualaikum.
ReplyDelete