Showing posts with label Fresh Orange. Show all posts
Showing posts with label Fresh Orange. Show all posts

Monday, October 29, 2012

Makan @ D'One Steak , Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum ya asdiko'ii. Alhamdulillah harini umur aku genap dah 2* . . .tettttttt ! hehehe~ Tanggal 28 Oktober 2012 , En Suami balik kerja (Ahad pun kerja ok) seawal jam 7 mlm. Then balik-balik , kata JOM!. hehe~ Makan luar nak sambut besday aku awal sikit. Harini , dia sibuk so tak sempat nak sambut berdua. >_<

Semalam rasa nak makan western, lama dah tak makan ala-ala omputih ni. Jom layan gambar ~

Mushroom soup 
Makan panas-panas, sedap betul. 

Chicken chop (breaded)
Ni En Suami nye. Licin dia makan :)

Zoom chicken chop dengan kuah dia.

Fish & Chip
Aku pilih ni sebab aku memang penggemar ikan. Ada kentang, coleslaw, salad & mayonis tu. Pastu minta sos cili botol. Baru la sedap! Rasa dia ok la. Bagi aku, aku suka ! Sedap je tapi ada cerita disebalik makanan ni , lawak pun ada. Nak cerita panjang sangat  . . .hehe~ Abaikan jela or kalau sempat aku cite lain entry k.

Mayonis dia ek . . 

Fresh Orange
Aku nye, Lama tak minum fresh orange. Dulu selalu buat kat umah. Minum bergelas-gelas.

Durian Belanda 
Sedap gak air ni ek. En Suami suka air ni. 

WIFE pun ada kat D'One Steak ni. Eh! WIFI la bukan WIFE. hehe~

Ni muka aku, menikmati makanan. Tahun ni tahun pertama sambut birthday bersama Suami tersayang. 

Terima kasih abg ~
Next month baru kita honeymoon :)
InsyaAllah 

Monday, June 11, 2012

Fresh Orange Homemade

Di kala cuaca panas, kalau dapat nikmati jus buah-buahan, mesti sedap! Antara jus yang aku selalu buat kat rumah , Fresh Orange. Kaya dengan vitamin C. Selalu makan buah oren so bila dah bosan aku buat plak jus. 

5 Biji buah oren yang dibeli di Pasar Malam Bandar Baru Bangi setiap hari Sabtu
20 Biji untuk rm10 (boleh campur-campur)

Dah siap kupas , letak dalam blender.

Letak ais sikit. baru la sejuk. . . 

Slurrpppp . . . siap dah !

 Jom kita tengok antara khasiat buah oren (hasil google) :

* Oren mengandungi Beta Carotene - antioksida yang berkuasa memelihara kesihatan sel-sel kita.
* Oren mengandungi Kalsium - membina tulang dan gigi yang kuat.
* Otak kita memerlukan asid folik untuk membesar dengan baik yang dibekalkan dalam buah oren.
* Tekanan darah dapat diseimbangkan dengan magnesium yang dibekalkan oleh buah oren.
*Demi menjada kesihatan sistem kardivaskular dan memelihara kesiembangan elektrolit dalam tubuh, potassium dalam buah oren dapat membantu.
*Makanan yang kita ambil dapat ditukarkan menjad tenaga dengan "thiamin" yang terkandung dlm buah oren.

Tips :
Kulit buah oren yang berwarna putih sebenarnya mengandungi vitamin C yang lebih banyak berbanding isi buah oren itu sendiri. Jika ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk dinikmati bersama isinya. Walaupun agak pahit, namun ini demi kesihatan anda juga :)



Thursday, April 5, 2012

Fresh Orange vs Teh Ais

Malam smlm, badan rasa makin panas. Kepala pening + selsema. Malam Selasa haritu, mengidam Fresh Orange & Teh Ais (padahal Isnin baru-baru ni baru je aku minum) 


Jadi Si Dia pun order dua air yang aku idamkan. TQ to Si Dia. huhu~ Tapi yang mana satu aku minum ek? Dah kata mengidam teh ais & fresh orange, mesti la aku minum dua-dua. Tapi Si Dia bg aku minum fresh orange lebih sikit untuk khasiat vitamin C.

Korang percaya tak Teh Ais ni boleh dijadikan sebagai ubat demam? Tak caya try la p kat En. Google & taip "Teh Ais Ubat demam" Kalau ada entry apa-apa pasal ni , bgtau aku link nye ye hehe~
---------------------------------------------------
Ini ada beberapa tips/cara untuk meredakan demam selsema mengikut pengetahuan aku & sumber en Google. Antara cara untuk meredakan demam selsema :

Jenis Minum
ü   Banyakkan minum air masak (yang ni je aku mampu buat, sebab rasa dia tak macam ubat)
ü   Panadol Souluble ( aku tak suka rasa ubat)
ü   100 plus (rasa ubat juga)
ü   Air buah kembang semangkuk (x pernah rasa, baru tahu dr blog SINI )
ü   Daun Sungkai (mesti tak sedap rasa dia, baru tahu dr blog SINI )

Jenis Lumur/Demoh
ü   Air Asam Jawa (Lumur kat dahi, cara-cara detail kat SINI )
ü   Demoh dengan kain (yang ni aku selalu buat)

Lagi ada tak tips lain yang korang nak share? Kalau ubat-ubatan, aku memang tak boleh la. Semalam ada orang tu asyik suruh makan ubat je. Tapi aku tak mau gak. Sori ye awk >_< , sy memang degil bab MAKAN UBAT .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...