Showing posts with label kek coklat. Show all posts
Showing posts with label kek coklat. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

Selamat Hari Jadi Mama Umaira a.k.a Afasz

Assalamualaikum ya asdiko'i. Entry ni aku taip jam 3.01pg di kala anak ku, Umaira Solehah dah tidur. Harini genap la umur aku 28 tahun. Alhamdulillah Allah panjangkan umurku. 

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah......

Tahun lepas sambut bersama suami. Dapat suprise kek dari En Suami , ada aku ceritakan dalam entry kat SINI. Terliur plak tengok kek cekelat tu !!! Tekak ni memang rasa nak makan kek, tapi cam nak CHEESE kek Secret Recepi la.hehe~ Harini dah hari ke-37 aku berpantang. Lagi 6 hari leh la nak celebrate makan kek yang diidamkan. :D

*gambar tahun lepas dalam entry SINI. Masa ni baru kawin sebulan lebih, inai pun ada lagi tu.

Tahun ni dapat sambut hari lahirku bersama anakku, Umaira Solehah yang dah masuk 37hari. Alhamdulillah , syukur kepada Allah atas anugerah terindah yang Allah kurniakan kepada aku dan En Suami.

*Bila aku tengok dan baca komen dari entry tahun lepas, semua komen tu rasanya macam satu doa buatku dan En Suami. Allah rezekikan kami anak. Alhamdulillah. Tq pada semua yang mendoakann kami.

TQ pada kawan-kawan yang sudi baca blog ni, kalau sempat akan balas kunjung ke blog korang k. Jangan lupa tinggal kan link blog :)

Wednesday, October 31, 2012

Selamat Hari Lahir Afasz

Assalamualaikum ya asdiko'ii  . .  semalam aku dapat kejutan dari En Suami tersayang <--eh En Suami dah ada blog tapi tak update-update. Busy keje :D

Selamat Hari Lahir Mama Nor a.k.a Afasz
Mama Nor ni nama panggilan aku dalam keluarga belah En Suami. Anak-anak sedara En Suami panggil papa In, jadi aku mama Nor la. ngeh-ngeh.

Hari jadi aku 29 Oktober. 28 Oktober En Suami belanja aku makan kat D'One Steak, Bandar Baru Bangi kat entry SINI. 30 Oktober dapat kek plak. Pasni ???hehe~ 

Aksi potong kek semalam. Susah betul En Suami nak bergambar. Ada je yang slag. Tengah belek iklan domino's pizza. huhu~

Terima kasih abg belikan kek cekelat. 
Moga murah rezeki kita sekeluarga , diberi kesihatan , dikurniakan zuriat dan bahagia hingga akhir hayat. 
Amin ya rabbalalamin. 

p/s: Lunch ni BOSS nak belanja makan sempena birthday aku. Mesti ada kek lagi & maybe ada kejutan untuk aku & officemate aku yang lain, insyaAllah . . . . .
:)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...