Saturday, October 30, 2010

My Birthday ^_^

Jumaat~29 oktober 2010

Genap umur aku 25...huhu~ dah tua ke?hehe...apa2 pon alhamdulillah aku masih diberi kesempatan oleh Allah utk hidup sehingga arini. Hari Khamis 28 okt aritu aku, iza, tini and zu p alamanda utk menyambut besday aku in advance..yeay!..Diorang belanja aku mkn kat secret recipe...em dapp... Syukran to ROHAINIZA, HARTINI & ZUBAIDAH....

Lepas bis keje kami gerak ke hentian kjg dulu tuk duplicate kunci & beli tiket bas balik kg Tini.Beli tiket kejap je, tp buat kunci nk dkt setgh jam tk siap2....hehehe ...so kami sampai di alamanda agak lambat.dah maghrib baru sampai.tk sempat la nk p mana2 taman...hehe~kalau tk leh bergambar sakan...

pas sampai je alamanda trus solat dulu then baru p MAKAN.....yahoooo...sampai je kat secre recipe....diorg trus je order kek dulu ...then cari tempat tuk duduk & bergambar..... hehe..supervisor kat secret resipi tu siap offer utk tangkapkan gambar kami berempat...Pekerja contoh & mesra pelanggan la ...huhu~


Antara menu-menu yg kami order:

-Tom Yam Kung
-Laksa
-Chicken Cordon bleu
-spageti
-choc indulgence cake
-chease cake
-mixed fruit yogurt
-water melon juice








ni antara gambar2 mknn yg sgt sedap sehingga kami ngntuk & tk larat nak abiskan....laksa dgn tom yam dia sgt byk........hehe....

selepas selesai mkn, terasa sgt ngntuk....hehe~tp kami ttp smpat p shopping....sempat gak snap bbrp gmbar dlm care4...wakakakaa

ni jela post untuk kali ni.....nasib baik ada LUMIX , byk gile tangkap gambar.....mmg kaki gambar la kami ni.dah terdidik sejak di UITM ARAU....Akhir sekali, lg sekali sy nak ucapkan terima kasih byk2 pd iza , tini & zu coz sempat bersama tuk sambut besday aku....SYG KORANG.....dan pd smua adik-bradik, kawan-kawan yg wish besday aku kat fb tu....THANX 4 d wish........dekat 60 org gak wish kat fb tu.....fuhhh...TQ korang~ Jumpa @ next post......Assalamualaikum~

Friday, October 15, 2010

Trauma dalam diriku.........

Pada 15 okt 2010, satu kejadian buruk telah belaku pada diriku dan keluarga ku. Rasa mcm mimpi je. . . padahal smua tu kenyataan & dah belaku dah smlm....RUMAH KU MASUK PENCURI. . . . . hmm. . . . . anggaran kejadian berlaku pd jam 3.30am. . . pencuri masuk melalui pintu dapur yg mempunyai kipas ekzos betul2 di tepi pintu. . . . . . . . Mereka telah masuk stiap bilik tetapi mereka melakukan aktiviti mencuri itu tanpa satu bunyi....


Kejadian ni betul2 buat aku trauma..sbb aku ternampak PENCURI tersebut di dalam bilik ku sndiri. PENCURI tesebut baru shj membuka wire charger dr telefon ku lalu beredar utk mengambil laptp ku yg berada di kaki ku. . . . . semasa PENCURI tersebut hendak mengambil laptop ada bunyi seretan antara laptop dan cooler di bwh laptop , so ia membuatkan ku tejaga dr tido.Aku tersedar dan menyangka itu adalah adikku yg dtg ke bilik untuk mengambil charger kamera or lain2 tapi bila dia tiba2 gelabah lari ke bwh , sy sedar yg itu bukan la adikku.al-maklumla, aku tak pakai spek masa tgk PENCURI tu, so ingatkan adik ku yg form 4 . Ketinggian nye hampir sama dgn adikku. . . Setelah tejg dr tido & tersedar bhw itu adalah PENCURI @MALIN aku pun menjerit HOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dan trus ke depan tangga menjerit nama ayh ku : "PAPA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" tp ayh ku tidak sedarkan diri, tido mati kerana ayh ku baru shj tido jam 3.15am . Kemudian aku mengejutkan abg ku di sebalah bilikku dan memberitahu yg PENCURI tlh masuk umah KITE. abg ku trus menjerit HOIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!! dan lari ke bwh & cube menangkap pencuri tersebut . Suara abg ku membuatkan jiran2 terjaga.

Sejurus kejadian itu , aku naik ke bilik utk melihat brg2 ku yg hilang dan didapati 2 Hp ku telah di curi. Laptop ku masih selamat . ALHAMDULILLAH~ Kaklong pulak hilang 2 Hp & laptop baru nye jenama FUJITSU 11 inch . Aku ke bwh smula untuk mengetahui brg2 di bwh yg hilang. Brg2 bwh smua nye selamat . Tiada satu pun yg hilang cume duit dlm purse ibu ku telah bis di kebas. Then , aku naik smula ke atas. . meneliti bilikku & aku dapati BEG AKU KE OFIZ telah tiada. . . . :( aku sgt sedih kerana dlm tu smua nya brg2 penting IC+ 3 KAD ATM + LESEN KETE + touch n go + EXTERNAL HARD DISK (paling sedih hilang external ni, smua gambar + doc penting dlm ni)

hmm...redha je la...dan apa yg buat aku tekejut ialah....aku TERJUMPA satu benda yg membuat kan aku sakit dada & nak pitam. . aku terjumpa PISAU diatas katil ku.....pisau itu di ambil dr dapur kami. Aku syukur sgt kerana PENCURI tersebut tidak mengapa2 kan kami.

Aku sujud syukur pada Allah kerana Allah masih memberi aku kesempatan utk hidup pd harini. ALHAMDULILLAH YA ALLAH~


Itula kejadian yg membuatkan aku trauma . Malam aku menulis blog ni ....aku dah pon mengantuk kerana tidak tido dr jam 3.30 am gara2 pencuri tersebut .tp rasanya aku tk dpt tido kerana aku masih teringat - ringat KELIBAT pencuri itu di dalam kamar ku........badan ku panas je slalu, tk tahu kenapa, maybe sbb tekjut . . . . . hmm.itu jela yg dpt sy ceritakan & kongsikan apa yg terjadi pd pg 15 okt 2010 . Aku doakan moga PENCURI tu dapat balasan setimpal samada di dunia or di akhirat & moga dia cepat bertaubat. amin. . . . . . . .

Thursday, October 14, 2010

Best Song ^_^

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Insha Allah by Maher Zain

Wednesday, October 13, 2010

Insha Allah......

Kita adalah sebaik-baik makhluk Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada pelbagai masalah. Sama ada masalah kecik ataupun besar, kita terpaksa juga hadapi. Masalah keluarga, tempat kerja, kewangan, perhubungan adalah antara masalah yg biasa kita hadapi dan semua masalah-masalah ini boleh menyebabkan sesetangah individu dalam keadaan "stress". Bagaimana anda atasi masalah-masalah yang sedang dihadapi?

Bagi saya, meluahkan masalah pada rakan-rakan atau keluarga adalah cara terbaik dalam menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Walaupun mereka tidak dapat membantu menyelesaikan masalah kita , tetapi sedikit sebanyak mereka telah meringan beban di kepala kita. Jika kita biarkan masalah yang kita hadapi sacara bersendiri, kita mudah STRESS. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang kita lakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Qur'an dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Di bawah saya kongsikan sedikit tips untuk mengurangkan "stress":

Tips Mengurangkan "stress"

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
    Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Contohnya seorang pelajar, mereka boleh membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
    Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
    Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
    Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
  • Bersangka baik dengan Allah
    Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
    Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Menangis dengan sepuas hati
    Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami "stress", mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan "stress yang dihadapi.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
    Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
  • Cintai diri sendiri
    "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. ^_^


Sebagai kesimpulannya, "stress" bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang betul, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Lagu untuk di kongsi: InshaAllah by MAHER ZAIN

Friday, October 1, 2010

Doa Murah Rezeki



Faedah Surah Al-Thalaq ayat 2 & 3


  1. Apabila diwiridkan pada tiap-tiap setelah sembahyang fardhu yang 5, nescaya Allah akan memurahkan rezekinya dan akan mencapai kemulian dunia dan akhirat.

  2. "Barangsiapa yg membaca ayat ini selepas solat fardhu dalam bil ganjil (1,3,5 dsb) nescaya dia akan ditolak dari segala kesulitannya dan Allah akan melapangkan dadanya serta merasa tenang dalam pergaulan dalam bermasyarakat, berusaha dan bekerja.

    Sumber: Buku HAJAT untuk RAWATAN, PELINDUNG dan DOA

    oleh Ustaz Muhd. Abd Ghani

Adab Berdoa

Untuk memohon doa kapada Tuhan kite hendaklah dengan adab, di sini saya nak share dgn kawan2 antara adab berdoa:

  1. Menjauhi benda haram (makanan , minuman dll)

  2. Berdoa dgn ikhlas hati.

  3. Seelok2nya di dahului dgn sembahyang kerana ada hadith yg diriwayatkan oleh Abi Darda, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Siapa berwuduk dgn baik kemudian sembahyang dua rakaat, setelah itu berdoa, maka Tuhan akan mengabulkan permintaannya, diberiNya dgn segera @ diberiNya dgn terlambat"

  4. Mengucapkan kalimah tahmid (Alhamdu lillaahi rabbil aalamin), shalawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w pd awal & akhir doa.

  5. Khusu' dan tenang.

  6. Dgn suara rendah & mengharap sepenuh hati.

  7. Mengulangi bbrp kali dgn tidak berputus asa.

  8. Manghadirkan hati pd Tuhan.

  9. Jangan berdoa utk berbuat dosa.

  10. Jangan berkata :"Aku telah berdoa tetapi tidak diperkenan kan Tuhan".

Sumber : Risalah Doa oleh H.DJA'FAR SABRAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...