Monday, October 27, 2014

Barakallahulakuma Asraf & Hidayati

Assalamualaikum korang....

Alhamdulillah semalam Abg Kandungan saya selamat di ijab kabul dengan sekali laFASZ...
Gambar tak dapat nak tepek banyak banyak, ni pon try update blog guna ipad. Hehe... Berjinak-jinak update guna ipad.Mana tahu rajin update blog sebab ipad memang berkepit jer.hihi..
Barakallahulakuma Abg ku & Kak Yatt
:)

p/s : kalau rajin kite tepek gambar lg k. KALAU ...

Wednesday, October 22, 2014

Wordless Wednesday : Lempeng by Chef Aizu Amros


Tuesday, October 21, 2014

Kenangan waktu belajar di UiTM Perlis

Assalamualaikum ya asdiko'i. Sihat tak?Semalam sempat aku blogwalking kat korang yang sudi drop komen entry sebelum-sebelum ni & korang yang ada dalam list blog ni. Aku nak update blog list tu, tapi macam malas je. Nanti la ek... Harini nak update pasal STREETVIEW. Kecoh dan dah jadi viral di FB dan media sosial lain pasal STREETVIEW ni. Aku pun terpanggil untuk try guna. Then terasa nak update sesuatu pasal STREETVIEW ni.

Sememangnya aku amat merindui zaman belajar di UiTM Perlis. Banyak pengalaman susah payah senang bersama kawan-kawan seperjuangan di sana. Jom berSTREETVIEW di sekitar Perlis, tempat yang aku rindui dan akan ku jejaki jika diberi rezeki, in sha Allah. Macam la OVERSEAs kan... hehe~

Pintu masuk UiTM PERLIS
Kenangan sangat sebab masa mula-mula duduk rumah sewa, ini la jalan yang ku pijak berjalan kaki ke kelas. Dari rumah ke pintu masuk ni, jauh sikit je, tapi dari pintu masuk ke kelas memang agak mencabar dan memang memerlukan tenaga yang kuat. Memang basah la ketiak dengan peluh. :D

Simpang jalan ke rumah sewa di Arau
Memang tak larat kalau nak berjalan kaki hari-hari ke kelas. Oleh kerana ramai student yang duduk rumah sewa dan tiada transport sendiri, pihak UiTM Perlis menyediakan perkhidmatan bas. Dekat papan tanda putih tu la, aku dan BFF aku tunggu bas. Sangat menggamit kenangan suka duka bersama. Pagar oren tu Matrikulasi Perlis, Depan rumah sewa kami. 

MASJID NEGERI ARAU, PERLIS
Ni masjid antara masjid yang selalu aku & BFF aku pergi. Kadang-kadang kalau bekalan air di catu , kami tumpang mandi dan solat di sini. Masa ni , BFF aku dah bawa kereta. So aku tumpang kereta dia je ke kelas & kemana sahaja. Masjid dalam UiTM Perlis tak dapat nak capture sebab streetview tak dapat view sampai ke dalam UiTM Perlis, kalau tak nak juga singah tengok asrama tempat aku masa semester 1.

FUNFAIR ARAU
Arau pun ada funfair tau. Funfair ni kecik je, Sebelah je dengan RPA tempat makan tadi. Aku sempat la pergi sekali kot (tak ingat sangat) Aku pergi dengan housemate aku, main apa pon dah tak ingat. Gambar kenangan di sini tak tahu la ada lagi ke tak, dah lama tak buka external hard disk tu. huhu~ Rindu ngn housemate di Arau , semua dah berkahwin & beranak pinak. :D

CYBER CAFE ARAU
Masa mula-mula kitorang duduk menyewa memang internet seperti UNIFI, STREAMYX memang tak famous lagi. So , kami hanya pergi ke cyber cafe untuk cari maklumat tentang assignment kami dan juga untuk print assignment. Jadi , ini la cyber cafe yang selalu aku dan BFF aku pergi. huhu~
Zaman sekarang , sangat mudah! Tak payah SUSAH PAYAH pergi cyber cafe untuk melayari internet or print assignment. Surfing dekat phone je , printer pun sorang satu beli kan kan kan???

 STESEN BAS KANGAR
Kenangan sungguh stesen bas ni. hehe~ Rasa terubat rindu sekejap bila tengok gambar dari STREETVIEW ni. :D

Tempat Makan Best  @ Arau

Restoran Bumbung Lima
Antara tempat makan yang aku suka. Rindu makan kat sini sebab tempat ni lecturer aku pernah belanja makan tengah hari. Ayam goreng & ikan goreng dia lain dari lain. Sejak lecturer aku belanja sini, aku & BFF aku asyik nak makan sini je. huhu~

RPA - Tempat makan
Tak tahu la RPA tu stand for apa. Memang kami panggil RPA je. Kat sini selalu aku & kawan-kawan breakfast (kadang-kadang) , lunch (selalu tapau) & dinner (selalu makan kat sini terus) Kalau breakfast, rindu sangat Soto , teh ais, nasi lemak, nasi ayam dekat sini... uwaaaa... Jadi rapat dengan tuan kedai sebab kami memang selalu makan situ.Antara lauk kegemaran aku kalau tapau lunch kat sini, cendawan goreng, ikan goreng , sayur bendi. Tersangat la murah, yela Arau kan makan murah! Kalau dinner, aku teringat menu Nasi Goreng Ayam Kunyit kedai hujung tu, sedap! 

Anjung - Tempat makan 
Kat sini ada ABC sedap. Aku & coursemate selalu gak dinner sesama kat sini. Lokasi dia sebelah Matrikulasi Perlis.

Tempat Shopping Best @ Kangar

THE STORE KANGAR 
Ini antara tempat untuk aku dan kawan-kawan shopping baju-baju dan keperluan lain. Bila ada sales 
 syok sangat shopping sini tapi idok la shopping sakan macam orang dah ada anak. Shopping ala kadar, nama pun student.


 ANEKA 
Ini antara tempat aku & kawan-kawan membeli-belah. Harga standard Perlis la. Tak tahu la ada beza ke tak ngn harga barang di KL. 

PASAR RAYA WAH SEAH MAJU / YEN GALLERY
Pasar raya tu memang menjadi tempat kami membeli belah. Barang dijual murah-murah. Memang suka la kalau student beli-belah. Yen Gallery pula kedai cenderahati. Selalu pergi situ untuk beli hadiah untuk lecturer or beli untuk diri sendiri pun ada, hehe~


Sekarang ni, Arau banyak dah berubah. Dah banyak kedai-kedai. Student tak payah dah susah payah ke Kangar untuk shopping. Arau sudah. Last aku pergi Arau tahun lepas masa sarat mengandung 7bulan kalau tak silap. Sempat la tengok pembaharuan di Arau. 

Pizzz Hut ada, KFC pun ada . Dulu kitorang pergi Kangar kalau ngidam KFC tau.


Nak cerita semua benda dan kenangan masa belajar di Perlis ni memang banyak. Sampai esok pun tak habis. Nanti la sambung lagi k.


Daaa..
:)

Monday, October 20, 2014

Rindu nak update blog..

Assalamualaikum ..
Rindu rasa nak update blog. So update la seringkas nye.

Sekarang tengah busy dengan macam-macam benda. Rasa macam serabut sangat.
Takpe... Moga Allah permudahkan segalanya. Aamiin.


Nanti dah tak busy boleh la nak blogwalking yer korang. 
>_<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...