Thursday, June 30, 2011

Yang mana satu pilihan anda?

a ) Pizza Hut



b ) McDonald

Genap 30 org!!!

Semalam genap 30 org bertanya kan aku & tini: "kembar ke?" tak pon "adik bradik ke?"

Dah lama gile aku tak update blog pasal KEMBAR ni. . . . .

CERITA 1
Satu hari di dalam lif ofiz, ada sorang pakcik TM berbaju biru pekat ni tanya :"Kembar ke? Ke adik beradik? Muka sama je?" -->Tahniah pakcik org ke-24

#ni gambar semalam(30 Jun 2011) time makan kat JM Bariani , Big Boss belanja~

CERITA 2
Selepas kami turun lif, kami terus pulang berjalan kaki pulang ke rumah, sebelum tu kami singgah CIMB Bank dulu dan ketika melalui Kedai Mamak Syed Bistro, ada la mata memandang & bertanya :"Kembar ke?"<--Tahniah kpd org tu, dia ni org ke 25

CERITA 3
Haritu time kami nak pindah barang masuk umah sewa baru, salah sorang dak umah tu merangkap ketua rumah (Cik Rafidah-dah jadi housemate aku dah pon) tu tanya kitorg :"Kembar ke?"<--Tahniah Rafidah, anda org ke-26

CERITA 4
Then, ada la sorang dak ni merangkap org TM Kelana Jaya jugak dtg tgk umah kami.Time bersalaman dia tanya: "Kembar ke?"<--Tahniah, anda org ke-27

CERITA 5
Al-kisah nya lagi, sorang lg housemate kami (Adik) tanya:"korang ni adik bradik ke?" tak tahu yang mana satu FAZ, mana satu TINI. . . :) <--tahniah adik org ke-28

*mana tak org kata kembar. . . p mana-mana duk sebelah. . huhu~

CERITA 6
Next , baru-baru ni ada la kawan kepada roomate kami, "Azie" bwk kawan dia dtg tumpang tido umah kami, then terus je dia tanya kat kami time bersalaman : "adik bradik ke?"<--Tahniah , ni lak org ke-29

CERITA 7
Lagi, time lunch BOSS kami belanja staff TM Level 2 ni, org yg duk depan aku ni org TM, dia pon tanya la :"Kembar ke? Sama je muka" <--Tahniah , yg paling latest ni smlm, org ke-30



Hahaha...tula 7 org yg aku tak update. . . . . update skali je la. . . jimat post entry .Wakakaka~
Lagi 70 org nak capai 100 org yg berkata begitu. . .
Tata..Titi..Tutu..Tini

Monday, June 27, 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Hari jumaat lepas, aku sempat singgah Kedai Rakyat 1 Malaysia di LRT Kelana Jaya yang baru di rasmikan oleh Perdana Menteri kite Rabu lepas seperti yang ada dlm akhbar ni --->Bernama, kira masih panas lagi la kedai ni, hehe~. Sempat la aku snap suasana di sekitar kedai tu.


Ramai giler orang berpusu-pusu untuk membeli-belah di sini. Dah macam shopping complex besar pulak.

Banyak gile barang yang di jual di sini. Memang macam kat jusco cuma dia kecik sikit la . . . . . harga dia aku tak sure la murah ke apa, sbb aku pon tk berapa tahu harga semasa barang-barang ni, tp dr apa yg aku dengar , kedai ni ikut harga pasaran Mydin . So murah la! Untuk tahu lebih lanjut pasal harga barang dlm kedai ni try klik sini.

Banyak la barang-barang runcit pelbagai jenama di jual di sini dan salah satu yang membuat aku teruja ialah . . . banyak gile barang brand 1 Malaysia. Ni la antara barang-barang brand 1 Malaysia (murah gile harga dia):


















Ikut kan aku nk beli sumting sebelum keluar, jajan ke, kacang ke , tp di sebab kan ramai org yang beratur untuk bayar kat kaunter, so aku tak jadi beli apa-apa .Nanti takut malam baru sampai bangi. Komuter kat KL Central dah la sesak , lemb** plak tu. So better aku tak beli apa-apa. . .

Tgk la betapa ramainya , rasanya kene buka kaunter byk sikit untuk elak kesesakan seperti ini (suggestion aku la)

Sampai di sini sahaja coretan aku kali ni. So tini, liza & kawan-kawan yang lain yang duduk dekat Kelana jaya boleh la datang shopping kat sini. Murah & jimat (eh! dah macam kedai Speedmart lak)

Tata.Titi.Tutu.Tini ^_^

Sunday, June 26, 2011

My BFF's engagement day . . .

Sabtu( 25 Jun 2011 ) telah berlangsung nyer Hari Pertunangan BFF aku masa kat UiTM Arau dulu . . . . .
❤Congratulation to MuNiR & ZuL❤
*Selepas di tambah effect . . . . . . . .

Walaupun aku tak p, nk gak post pasal engagement day ko Nir. ^_^

So sweet. . . theme color nyer sesuai betul ngn theme color blog aku ni . btw, yang sebenarnye blog aku ni pon hasil titik peluh munir gak. Dia yg design blog baru aku ni. Kalau tak, xder de aku nak letak gambar aku kat banner tu, just nak letak gambar bunga je, tp bile tgk-tgk balik , ok gak banner tu. . . Tantek! Tq nir<---eh!baru nak say TQ ker?Pecah rahsia pasal design blog aku ni. . . . . .

Peach!
mmg theme color idaman aku gak la. . . . eh! tp mcm theme color TM & PacD lak , hehe ok la tu~ >_<

To rakan-rakan UITM Arau yg mengenali MuNiR (Munirah full name), di sini sy ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam dr dia kepada smua kawan-kawan.


*Gambar setelah di tambah effect . . . .


Wednesday, June 22, 2011

Welcome to Nik's Family

Tak nak tulis panjang-panjang. Tengok tajuk post dah tahu, just nk wish kat org yg pakai bju biru (lelaki) seperti di bawah:

❤Welcome to Nik's Family Abg Fauzi❤
Papa & Mama bersama kaklong & menantu...hehe~Nasib baik abg fauzi kecik, himpit ngn papa kat situ. . . . .
Ni jela yg aku nak post kali ni. Nanti jumpa next post. T_A_T_A

Monday, June 20, 2011

Aksi Pengantin Baru di Teluk Intan

ehem ehem. . . uhuk uhuk. . .


Untuk paparan lebih besar sila klik sini


"Kurang kan gula dlm minuman, lebihkan gula dalam senyuman"



Trip to Teluk Intan

Hari sabtu bersamaan 18 Jun 2011, kami ke Teluk Intan untuk operasi mengantor pengantin ke Teluk Intan. Majlis berlangsung di Dewan Hotel Angsoka, Teluk Intan. Kami bertolak seawal jam 8:51pg dr rumah kami ke RnR Sungai Buluh.Sebelum bergerak kami pon posing la dulu.Nak test kamera PINJAM.huhu~ ^_^


Jam 9:21pg kami sampai di RnR Sungai Buluh & behenti untuk bersarapan dengan juadah-juadah seperti meehoo goreng, sandwich, sardin roll, kuih-muih, air oren dll. Abg aku snap bbrpa gambar di kala kejadian:

Jam 12:23tgh hari, kami sampai di Masjid Daerah Sultan Idris II. Pengantin & semua rombongan berkumpul & akan bergerak bersama ke tempat majlis. Ni la aksi2 pengantin berjumpa ngn sanak saudara, bagai kan hari raya.eh! raya lg beberapa bulan je<---tetibe, tak sabar nak raya. . . :p

Sampai di sini sahaja post kali ni, boss nampak plak nnti aktiviti aku di office. huhu~Jumpa lagi di lain post.TaTa :D

Sunday, June 19, 2011

Kenduri Kaklong & Abg Fauzi @ TeLuK InTaN

Gambar Pengantin beraksi di pelamin. . . .
Ni lagi. . .

Kat fb byk sikit gambar yg di upload , tak larat nak edit byk2 gambar, penat. . so jemputla tgk. . .

Friday, June 17, 2011

Jika anda seorang BLOGGER


Saya dapat banner ni dari http://madammondoq.com

Untuk mengetahui cara & tujuan, klik SiNi

Oreo Choc with Ladybird & Flower design ~

Time akak aku nikah 10 June aritu, aku tempah Oreo Choc ni. Bukan untuk hantaran tp untuk saja-saja makan. Sebelum ni aku dah pernah tempah choc oreo ni gak dekat ImansChoc (owner dia kwn sekolah rendah aku, Fariza Yani) nun jauh dr Kedah, rasanya em...yummy tp time tu aku tempah 2pcs only sbb nak try rasa dulu.

So time akak aku nikah ni aku tempah Oreo Choc ni. Anis Choc ni area Kajang je so dekat la dengan umah aku, plan nk amik by hand tp sbb busy ngn persiapan so aku suh diorg pos je. Harga dia mmg berpatutan dan yg penting rasa nya tu , fuhhh, cedap! Budak-budak mmg suka la coklat mcm ni, dah la besau.


Oreo Choc ni aku letak kat bilik pengantin as perhiasan di tepi bunga. Simbolik nyer ialah : Penyatuan Si Kumbang & Si Bunga <---hehe siap ada simbolik lagi. . . :p

Lastly, thank to Najmah (member aku time sekolah rendah) yg suggest kan Anis Choc ni yg merupakan kawan dia jugak. Nanti leh la nak tempah untuk majlis sendiri plak ^_^ . .
Thank jugak kat Anis Choc yg bg free gift haritu. . . I like!

Thursday, June 16, 2011

Model Myvi baru 1.3 lancar harini ! ! !

Tak mau cite panjang. Harini 16 June 2011 , myvi baru 1.3 ni akan dilancarkan. . . . Nak tengok price list myvi baru ni klik sini <--

Terpikat sungguh dengan color UNGU ni (color kegemaran ku) , Seyes ~

Betul ke myvi baru ni ada GPS seperti dalam berita di bawah?Kalau ada fuhh, best gak!




Mood teruja tgk myvi UNGU! ! !

Wednesday, June 15, 2011

Sama tapi tak serupa ^_^

Cuba tgk gambar kat bawah ni:


Persoalan:

1)Rasa-rasa mana akak mana adik mana kakak?
2)Jarak umur mereka berapa?

hehe~Actually just nak cite time kenduri kaklong aku aritu, ramai yang tanya pasal diorang ni. Kembar ke????huhu~ muka dah nak sama , tinggi dah mmg sama, Berat diorg tak sama & perangai berbeza , opsss sori mira & atin, terlebih sudah :p. . . .

Dah leh buka blog cite pasal kembar mcm aku, tp dlm kes aku , kembar dengan kawan bukan adik beradik. . . . camne tu?

Tuesday, June 14, 2011

Banting oh Banting!

Al-kisah, banting tuk majlis kenduri akak aku patut dah siap & dah p amik on 10 jun 2011 tp sbb ada sedikit kesulitan utk p ambil on 10 jun tu, so aku & abg aku p amik on 11 Jun jam 9:46pg. Kedai tu buka jam 10:01am. Kitorg terus ke sana tanpa berlengah lagi.huhu ~

Sesampai je, aku terus berdialog seperti di bawah

Aku :"Saya nak ambil banting atas nama Nik Elda & Ahmad Fauzi"
Penjaga kedai:"Banting???"
Aku :"ha'a banting nak pakai harini, patut dah amik smlm"
Penjaga kedai:"rasanya tkde la, kitorg ada call ek kata dah siap?"
Aku :"ada la kot sbb patut a.fauzi tu dah amik smlm lg, cume tk sempat"
Baas : "Takde!!!!!!!!!!!maksudnye tk buat langsung lagi la!!!(lebih kurang la, xingat la dialog sbnr, kalau cite dialog sbnr nnti takut tekejut lak korang baca)
Penjaga Kedai: "Patutnya korang kene la call before nak amik."
Baas : "Laaaa apsal lak kami kena call ! dah mmg kami tempah , so korang kena la siapkan ikut due !"

Penjaga kedai tu pon p call boss dia kot & tanya. Rupanya banting tu tak PRINT lagi. Sapa tak marah, aku pon marah tp marah senyap jela tp abg aku ni mmg MARAH tahap gile la. huhu~ silap tak record time kejadian.

Then :

Baas:So mcm mana ni!!!!
Penjaga kedai:Sy suh org sy print.Setengah jam lagi siap.
Baas: Setengah jam!!!!aduh org dah la byk keje lagi ni. . . . (dengan nada marah yg amat)

Selepas 1/2 jam, banting yang di janjikan masih tidak kelihatan. Makin membara la api kamarahan Baas:

Baas: Dah stgh jam ni, mana nye!!!
Penjaga Kedai: Sabarla.Tengah print kat kedai hujung nun.
Baas: Xkira la tp dah 1/2 jam ni, kami byk benda lagi nak buat.Kenduri dah start dah ni.
Penjaga kedai: (hanya bersabar & diam)
Baas:Kalau camtu ,banting tu nnti pegi hantar la kat tempat kenduri!Dah lambat sangat ni!(Nada tinggi yang amat)

Masa ni aku sedang on the phone ngn kaklong. Kaklong siap leh dgr suara Baas marah walaupon aku duk luar kedai tu.Orang sebelah kedai tu semua tgk apa yg terjadi. Ada sorang ni tgh guna pc tp wat dek je ngn abg aku yg sedang memarahi penjaga kedai tu. Ni la muka bengang abg aku time kejadian, sempat aku snap. . . sorok2.haha~


Akhirnye, banting siap jam 12:00tgh hari.Penjaga kedai tu tolak RM30 dari harga sebenar. Then aku terus ke kete tanpa tgk banting tu. Abg aku decide tuk lalu highway coz kalau lalu dalam mesti lambat sampai. Abg aku bawak laju nak giler seperti dalam kemarahan, 140km/j tu...huhu~sampai umah dlm 12:16tgh hari. Abg aku terus tukar baju melayu & gerak ke dewan bersama pengantin.


Sib baik la tepat jam 12:31tgh hari sampai dewan. Papa, mama & smua dah tertunggu-tunggu dah. Hah ni la banting tu:

Cantik gak banting ni, sib baik cantik & tiada cacat cela , kalau tak, tak bebaloi la Baas marah-marah tadi. huhu~nama kedai tu pon ada di banting tu , so tak leh nak sorok dah la kedai mana yg wat hal tu. . . So nasihat sy pd kedai tu: "Customer is always right"


Selamat Pangantin Baru Mira & Niezan

❤CONGRATULATION to Miera & Niezan❤
Gambar ni aku amik dr Nik Anisah. . . Majlis kenduri mira sama tarikh pernikahan kakak ku so tak dapat la aku hadirkan diri.

Ucapan tuk pengantin : Selamat Pengantin Baru & moga berbahagia hingga akhir hayat & cepat-cepat dapat baby. . . .

Monday, June 13, 2011

Kaklong & Abg Fauzi's Wedding @ Dewan Gemilang UKM

❤CONGRATULATION to Kaklong & Abg Fauzi❤


Aksi pengantin di atas pelamin & acara makan beradab

Serba merah mak ngah. . . . . hehe~

Antara tetamu yang hadir ke majlis kakak ku. . . .


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...