Thursday, March 27, 2014

Selamat Hari Lahir Papa Umaira

Assalamualaikum ya asdiko'i... nak update sikit.25 Mac 2014 birthday PAPA UMAIRA SOLEHAH yg ke-30~Fuhhhh dah masuk 3series!Alhamdulillah..... 

 Al-kisah aku nak suprisekan dengan kek besday yang aku beli sendiri petang 24Mac2014.Dah lama tak drive, sib baik berjaya beli dengan selamat walaupon parking fail. Dah dekat 3bulan lebih kot tak drive since naik komuter + lrt p keje.

Ingat senang nak suprise kek ni. Sampai umah terpaksa la sorok kek ni kat bilik adik dulu , takut dia buka peti ais, memang kantoi la. Kul 9 En Suami dah tetido ngn Umaira Solehah. So masukkan kek balik dalam peti.Masa tu kek macam dah cair dah.Sian kek , hehe~ Tapi memang menjadi la suprise sebab dia tak expect ada kek pon.Alhamdulillah...

Mula-mula ingat nak nyalakan api then bawa naik bilik. Tak sempat bawa naik bilik, Umaira Solehah nangis & En Suami pun bawa turun si kenit tu. So tak payah dah susah2 nak bawa kek ngn lilin dah nyala tu ke atas bilik. Panggil je ke dapur... TADAAAAAA!!!

Umaira Solehah tu asyik nak capai kek je.

Moga Allah murahkan rezeki kita sekeluarga.
Moga Allah permudahkan urusan kita sekeluarga.

Amin ya raballalamin......

Tuesday, March 25, 2014

Al-fatihah #MH370 #prayformh370




>_<
Sedih sampai tak leh tido


Sunday, March 23, 2014

Pregnancy, Children & Baby Expo @ PICC

Assalamualaikum ya asdiko'i... Lama rasa nya tak berceloteh. Duk tempek gambar je. Actually tetibe rasa nak update blog & share ngan kekawan event yang aku pergi semalam. Wah , fresh lg woo ...cite smlm !!! Layan gambar la senang. Baca caption k :p

Pentas pon ado~

Activity List for 4days + Booth List

Antara booth yang sempat aku snap guna Ipad. Bawa kamera tapi ada masalah teknikal plak. Sib baik ada Ipad. Kalau tak, tak dapat dah update blog :p

 Booth LUNATOTS
Ada makanan-makanan utk Milk Booster, Pam Susu, Warmer, Baju Menyusu dll. 

Tak tahu ni booth apa. Nampak tak AFASZ di situ. Banyak hasil kat sini maybe sbb masuk-masuk je nampak booth ni. wahaha~

 Booth HUGGIES
Booth yg menjadi tumpuan ramai. Ada promotion tu :
Huggies Ultra : 4 packs RM143.60 ( free Duck Pool & Non-Woven Bag)
Huggies Drypants : 4 packs RM115.60  ( free Duck Pool & Non-Woven Bag)

Dua ni je harga yang nampak kat situ. hehe~

Booth SIMPLE DIMPLE

Beg Simple Dimple tu murah sbb tu cam ramai je. huhu~

Booth QQ BABY SHOP
  
Booth MEDELA

Booth GROLIER
Learning is Fun with Disney English.
Bagus kalau dapat beli utk anak-anak. Promoter dia merata-rata. Dekat 10 promoter dok nak promote.Aku dah pernah dengar penerangan tentang produk ni. Memang bagus tapi tak dapat nak beli lagi la. Tgg dah stabil boleh kot. 

Antara acara sukaneka yang ada. Ni acara Crawl Baby "Come Baby Come" Time ni kelakar sangat sebab semua baby termenung je takmo merangkak p kat mak ayah diorg. Lama sikit tunggu baru la ada pemenang. huhu~ Umaira Solehah tak dapat la masuk, kene practice lagi baru leh masuk :p

Ni plak acara "Packing Papa Bag" Kelakar gak la yang ni, Papa kene lipat2 napkin + bj dll then suruh anak masukkan dalam beg tu. Last2 papa nye sendiri yg masukkan sbb anak nye temenung je :p

Antara promotion yang sempat aku snap -->

Rasa nya beli online lagi berganda murah kot. hehe~

Ni pon sama kot. Beli online lagi murah.. opss...

Abaikan la nursing pad sebelah tu. Aku nak snap gambar kusi Anbebe tu. hehe~

Comel la pinggan tu. 

Yang ni RM70 kalau tak silap. Kat MANJAKU lagi murah RM50 & kat Nilai 3 member aku ckp RM40 tp tak tahu la kualiti sama ke tak. opsss ~

Yang ni saja snap. Tak tengok harga pon. 

Baby Snack Containers (RM7-RM8) 
Baby Thermal Food Container (RM10-RM15)

 Comel nye lahai Mickey plates ni. RM8 je kalau tak silap.

Ni tak tahu la kategori murah ke tak sbb slalu beli online lagi murah. ngeh ngeh. 

Food Container brand Gloricon

Grinder Bowl with Spoon
Sebab Umaira Solehah dah boleh makan start harini, so aku dok survey bekas2 mknn jela tp tak beli pon yang ni. Comel RM8 je.Yang tepi tu Baby Nail Scissors , cam pelik kan , hehe~

Aku pergi kul 10 banyak lagi parking. Balik kul 1 parking sampai keluar. Yela sebab ada jualan buku (lebih kurang mcm BBW gak la) + kenduri kahwin sekali. Nasib baik la tak jem. 



My Little Princess excited dapat belon MickeyMinnie Mouse.

Ni goodies bag +  sample pampers Huggies. 
Dalam beg tu ada baucer + pamplet apa ntah aku tak tengok pon lagi. hehe~

Hasil aku tak berapa nak banyak. Tahan je nak beli baju sebab baju Umaira Solehah dah banyak hasil dari SOGO. Saya Disini la yang ajar p SOGO. hehe~ Kat situ dah le sentiasa sale! Salah Saya Disini la kot. wahahaha.... ha ni la hasil nye semalam -->

Bib tu murah + cute sgt, tu yang terbeli byk tu. ngeh-ngeh. 
Stokin 2bungkus RM10
Stokin ada bear RM5 (ikutkan nak beli lebih dari 1 sbb comey tp tahan)
Baby Snack Container RM8 (tak tahu la guna ke tak, opss.. harap nye guna la ek)
Food Container RM10 (ni pon harap nye aku guna la ek. ngeh ngeh.)
Sweater RM10
Swimsuit RM10 (bila ntah nak p mandi manda) 
Mainan Umaira Solehah brand Simple Dimple RM9 (xde dlm gambo sbb dia pakai kat tgn)

Nampak dek Nekma ni mesti membebel. hehe~ Actually ni 1st time aku p Baby Expo. Nak harap p area KL/Shah Alam mmg malas la. huhu~ Sib baik leh tahan dari beli baju-baju. Kalau tak nak je rembat 2 3 dress tuk Umaira Solehah. Takpe nanti shopping SOGO la. wahahaha .. 

Bagi korang yang  rasa nak window shopping tu jgn la p sini. Silap-silap bukan window shopping mahu dibeli satu kedai tu. wahahaha.. ok. daa... 

Friday, March 21, 2014

Pregnancy, Children and Baby Expo 2014

 Moh le ibu-ibu , bapa-bapa, anak-anak semua kite meriahkan -->


Wednesday, March 19, 2014

Wordless Wednesday : Pray For MH370





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...