Penangan Drama Bersiri Adam Dan Hawa punya pasal la ni. . . .
Jom layan video klip yang boleh buat anda gelak sakan !!!!!
Semangat betul nyanyi, memek muka + gaya tangan tu tak boleh bla!!!
Ditambah dengan baju kelawar PINK, mulut mucung & ada pulak produk Simply Siti sampai muka jadi putih. hahahahaha~
Korang tengok tak Drama Adam Dan Hawa????
Aku tengok dan layan kat youtube je. Sekarang Drama Adam dan Hawa dah sampai episod 31
Kalau korang nak tengok boleh tengok full episod dekat SINI
Jatuh cinta dengan lagu Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz. Lagu tema untuk drama Adam dan Hawa yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 mlm di Astro saluran 134 (Mustika HD). Drama Adam dan Hawa ni adaptasi dari novel Adam dan Hawa hasil tulisan "Aisya Sofea". Drama lakonan mantap oleh Aaron Aziz sebagai watak Adam dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawa. Jom layan youtube :
------------------------------------------------------------------------------------- Lirik Lagu Muara Hati- Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza
--------------------------------------------------------------------------------------
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati
Chorus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Hoo uuu..
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kau pasti kembali
Ulang Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta . . .
-------------------------------------------------------------------------
Tengah sibuk packing mempacking gooedies, aku terlayan drama Adam Dan Hawa ni kat youtube plak. Drama Adam Dan Hawa mula ditayangkan 27 Ogos haritu setiap Isnin hingga Khamis , jam 9 malam di Astro Mustika HD (134).
Aku tak tahu pun tentang kewujudan drama ni sampai la aku dengar di radio, heboh kata Drama Adam Dan Hawa ni dapat hits tinggi ni carian google. Kat umah aku takde Astro Mustika HD so tak tahu la perkembangan drama kat situ. Aku pun google la. Padan la ramai yang layan sebab pelakon utama nya abg kacak yang menjadi kegilaan wanita, wahahaha!!! Sapa lagi "Aaron Aziz" yang memainkan watak Adam Mukhriz & Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani. Nadiya Nisaa ni dah jadi watak utama pula. Mesti rezeki dia naik selepas lakonan yang menjadi dalam filem "Cun" tu kan (kalau tak silap la). Aku memula tengok lakonan dia dalam drama ni cam tak best je sebab dia jadi heroin dan berganding dengan Aaron Aziz. Tapi bila dah tengok episod 1, 2, 3 dll, aku rasa cam best plak. Lakonan dia boleh tahan gak . huhu~
Korang dah tengok ke?
Kalau korang nak layan kat youtube leh ke SINI <---full episod !!!
OK nak sambung packing goodies sambil menonton Drama Adam Dan Hawa