Showing posts with label Trailer Filem Aku Ada Kau Ada?. Show all posts
Showing posts with label Trailer Filem Aku Ada Kau Ada?. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Sinopsis Filem Aku Ada Kau Ada???

Semalam aku tengok pra-tonton filem "Aku Ada Kau Ada???" di D'Curve. Boleh tahan la ceritanya.  Ada part komedi + romentik. Gandingan pelakon Shahiezy Sam & Yana Samsudin memang serasi sangat.Jom layan sedikit sinopsis filem  "Aku Ada Kau Ada":


Nordin Ahmad (Shaheizy Sam) adalah pelajar tahun kedua yang teringin dipandang “cool”.Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan oleh pelajar-pelajar perempuan dia akan panic dan terbatuk-batuk. Aziz (Kamal Adli) pula, seorang pelajar yang poyo dan perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sakit hati bila Nordin mendapat perhatian lebih daripada pelajar perempuan. 


Tina(Yana Samsudin) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin utuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas barannya. Wanna (Wanna Ali) pula pelajar perempuan yang begitu tergila-gilakan Aziz sehingga sanggup mengekori Aziz ke mana sahaja tetapi langsung tidak di layan oleh Aziz.

Tina bertemu semula dengan Nordin setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sikap pemarah Tina semakin menjadi.Masalah menjadi lebih besar apabila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Aziz mula sukakan Tina disebabkan perasaan benci Tina kepada Nordin.

Yang memberi kelainan dalam filem ini ialah bila Shahiezy Sam  & Yana Samsudin menyanyikan sendiri lagu untuk filem ini. Aku ada post video lagu Begini Caranya dalam entry aku yg 2 minggu lepas kot. Ada dua lagi lagu yang ada dalam filem ni yang dinyanyikan sendiri oleh pelakon dalam filem ni. Sedap suara Yana Samsudin ni. 

Kalau nak tahu kesudahan filem “Aku ada Kau ada” kena la terjah ke pawagam berdekatan korang 24 Mei  ni .


Saturday, April 28, 2012

Trailer Filem Aku ada Kau Ada?

Lepas download lagu Begini Caranya nyanyian Shaheizy Sam & Yana Samsudin, aku terus search trailer untuk filem "Aku Ada Kau Ada?" Agak menarik juga la filem ni. Filem lakonan Shaheizy Sam, Yana Samsudin & Kamal Adli. Memang sesuai la Yana Samsudin & Shaheizy Sam di gandingkan. Nampak serasi je bila diorang berlakon. 

Filem ini mengisahkan dua musuh ketat iaitu Tina lakonan Yana Samsudin & Nordin lakonan Shaheizy Sam yang sering bergaduh antara satu sama lain. Mereka sering bertembung dalam persembahan muzikal. Dalam tidak sedar, cinta hadir antara mereka berdua. huhu~ Orang selalu kata, jangan benci sangat kat orang, nanti jatuh cinta :)

Yang menariknya, pengambaran filem ini dibuat di KOREA. Memang ada sikit ala-ala korea la filem ni. Siap ada menari-nari ala korea. K-POP ~



Arahan: Rahila Ali
Pelakon : Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli
Genre : Muzikal Romantik
Tayangan : 24 Mei 2012

Jom tengok trailer untuk Filem Aku Ada Kau Ada :



Nantikan filem Aku Ada Kau Ada yang akan mula ditayangkan 24 Mei 2012 di pawagam.
Jom layan lagu Begini Caranya (Shaheizy Sam & Yana Samsudin)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...