Assalamualaikum . . . nak cerita pasal makan-makan. Khamis lepas , boss aku belanja makan. Alhamdulillah. Dah lama kan aku tak cerita pasal boss belanja. Yela, masa dekat Tanah Aina haritu dah sambut sekali 5 orang kot. Untuk bulan 6, 7 & 8 sekali kalau tak silap. Aku ada buat entry ke ek? Macam tkde je. hmmm . . . . . byk lagi yang aku tak cerita pasal di Tanah Aina sebenarnya. huhu~ Tak sempat sebab dah masuk bulan puasa time tu. Takpela, kalau sempat aku update gak walaupun dah basi.
Aku & Lyza diberi pilihan untuk makan dimana sekitar Kelana Jaya. Jadi kami pilih Restoran Dong Yi Shun (Chinese Muslim Food). Bulan Feb 2012 , boss ada belanja kat sini juga. Aku ada update kat SINI. Gambar kurang memuaskan. hehe~ Ni gambar yang best sikit kot. Snap guna Olympus PEN Lite EPL-3. Layan gambar jela . . . zaaaassssss...............
Tauhu Jepun + Brokoli
Suka tauhu dia ngn brokoli !!!!!! Manarik ~
Ayam Goreng
Ikan Siakap Masam Manis
Haritu kami makan Ikan Masak Stim. Yang ni pun sedap gak. Aku duk meratah ikan sampai licin.
Fa Choy Soup
Yang ni yang pedas. Yang pedas lagi sedap dari yang tak pedas. Tapi aku suka dua-dua. Slurrppppppppp
Butter Prawn
Aku makan 2 ekor udang kot.
Sambal merah
Sambal Cili Berkicap
Bagi yang sukakan chinese food , boleh la try makan kat sini. Bersebelahan dengan Restoran Jemari, Kelana Jaya --->
Dong Yi Shun
C-G-06, Ground Floor,
Dataran Glomac Jalan SS6/5B,
Kelana Jaya Petaling Jaya
Tel : 03 - 7803 4012













