Showing posts with label boss belanja. Show all posts
Showing posts with label boss belanja. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

Makan @ Balifeel Bangsar South

Assalamualaikum ya asdiko'i. Jom layan gambar makanan. Boss belanja minggu lepas sempena birthday staff kami dr bulan Ogos 2013 sampai Januari 2014.

Idaman Balifeel

Ayam Penyet

Kenangan Balifeel
Ayam dia kecik...berbanding menu yg bawah ni.. hehe~

Siap Megoreng
Ayam dia besar gila! Saya Disini punya. Tekejut dia tgk ayam tu ~

Tom Yam

Kerabu Mangga


Ayam masak gajus. Sedap !!!

Ayam Saya Disini punye~

Gambar air aku tak snap plak.Tapi kat entry Saya Disini tahun lepas punya ada di update gambar minuman kat entry SINI. Harga menu boleh refer kat entry SINI


Kalau terliur boleh la try p makan kat sini : 
Balifeel (the heart of Bali)
Lot G5, Ground Floor, 
The Sphere, Avenue 1, Bangsar South,
Jalan Kerinchi , KL
03-22473188

Friday, October 5, 2012

Posing & Makan bersama Officemate

Assalamualaikum & Salam Jumaat . . . .  

Minggu lepas boss aku belanja @ Restoran Dong Yi Shun , Kelana Jaya. Sebelum makan kami sempat posing. Yela dah lama tak makan bersama-sama. Snap la beberapa keping gambar. Time ni takde birthday sesiapa. Boss sesaja belanja. Jom berkenalan dengan officemate aku & tengok gambar yang sempat di snap.

Yang baju kelabu tu BOSS aku. Yang sebelah tu En Nik.

Happy gila yang sorang tu. Yela B2B kan. hehe~
Dari kiri: Fatin , Farah, Alpi, Liza

Gambar aku bersama Kembarku & Yati.
Masa ni aku baru 2minggu sah menjadi isteri. Kembar aku kata aku dah tembam. Cepat nye badan aku naik? wahahaha. Tengok la dah sebulan nanti. huhu~

Liza sempat senyum ye


Ayu je dua orang ni. 

Peace dari Yati

Bergambar bersama Kembarku yang sedang diet. 

Gambar apakah ini? Macam gaduh je? Jeng jeng jeng~

Tukang buh nasi.

Khusyuk makan sup. 


Gambar ikan siakap yang aku ratah.

Itu jela gambar yang ada. Bulan ni birthday aku. Boss belanja makan lagi :D
Alhamdulillah 



Tuesday, October 2, 2012

Makan @ Dong Yi Shun, Kelana Jaya 2

Assalamualaikum . . .  nak cerita pasal makan-makan. Khamis lepas , boss aku belanja makan. Alhamdulillah. Dah lama kan aku tak cerita pasal boss belanja. Yela, masa dekat Tanah Aina haritu dah sambut sekali 5 orang kot. Untuk bulan 6, 7 & 8 sekali kalau tak silap. Aku ada buat entry ke ek? Macam tkde je. hmmm . . . . . byk lagi yang aku tak cerita pasal di Tanah Aina sebenarnya. huhu~ Tak sempat sebab dah masuk bulan puasa time tu. Takpela, kalau sempat aku update gak walaupun dah basi. 

Aku & Lyza diberi pilihan untuk makan dimana sekitar Kelana Jaya. Jadi kami pilih Restoran Dong Yi Shun (Chinese Muslim Food). Bulan Feb 2012 , boss ada belanja kat sini juga. Aku ada update kat SINI. Gambar kurang memuaskan. hehe~ Ni gambar yang best sikit kot. Snap guna Olympus PEN Lite EPL-3. Layan gambar jela . . . zaaaassssss...............

Tauhu Jepun + Brokoli
Suka tauhu dia ngn brokoli !!!!!! Manarik ~


Ayam Goreng 

Ikan Siakap Masam Manis
Haritu kami makan Ikan Masak Stim. Yang ni pun sedap gak. Aku duk meratah ikan sampai licin. 

Fa Choy Soup
Yang ni yang pedas. Yang pedas lagi sedap dari yang tak pedas. Tapi aku suka dua-dua. Slurrppppppppp

Butter Prawn 
Aku makan 2 ekor udang kot.

Sambal merah
  
Sambal Cili Berkicap

Bagi yang sukakan chinese food , boleh la try makan kat sini. Bersebelahan dengan Restoran Jemari, Kelana Jaya ---> 

Dong Yi Shun
C-G-06, Ground Floor, 
Dataran Glomac Jalan SS6/5B,
Kelana Jaya Petaling Jaya
Tel : 03 - 7803 4012


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...