Showing posts with label Soya kurang bilangan sperma. Show all posts
Showing posts with label Soya kurang bilangan sperma. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Soya boleh mengurangkan bilangan SPERMA .

Assalamualaikum kawan-kawan, harini aku nak share sesuatu dengan korang. Tajuk entry kali ni nampak lebih berani dari tajuk yang sebelum-sebelum ni. Terdetik nye aku nak buat entry ni selepas salah sorang kawan aku ni menerangkan tentang keburukan makan tempe & minum air soya. Aku dah la penggemar TEMPE & Air Soya. Bila kawan aku tu bagitahu pasal keburukan soya ni, aku rasa macam sedih. hehe ~ yela, MAKANAN KEGEMARAN aku kowt . . Tempe kan diperbuat dari SOYA. 

            Source : Google

Jadi, aku pun minta bantuan En. Google & di sini aku nak kongsi dengan anda tentang keburukan Soya. Antaranya :


1- Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus.
*Akibat : zat-zat dalam makanan yang kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap
tubuh.

2- Mengandungi hemaglutinin. 
    *Akibat : sel darah bercantum sesama sendiri.

3 - Mengandungi goitrogen.
     *Akibat : fungsi tiroid menjadi lemah.





 Source : Google


4- Kebanyakan soya adalah genetically modified tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan  lain-lain.
*Akibat : soya tersebut kaya dengan racun perosak dan hilang khasiat semula jadi.


5- Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh.Toksin ini tidak dapat dimusnahkan melalui proses memasak.
*Akibat : Kembung perut , kekurangan asid amino, kerosakan pankreas. 


6- Wujud unsur heavy metal toxis dalam tubuh badan.
*Akibat : nyanyuk.


 Source : Google


7- Soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8- Soya juga meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat serta melemahkan otak dan tulang kerana soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita.

Lagi info tambahan :

* Untuk lelaki yang suka diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu kerana ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma.
Sumber :  DrZubaidi , BlackRoseHunterZonBebas.com



 Source : Google

Aku research juga tentang kebaikan minum soya ni. Korang boleh baca kat sini untuk kelebihan soya --> DrRozmey dan korang boleh jugak try google info lain. Kesimpulannya di sini, aku bukan la nak cakap tak boleh minum soya atau tak boleh makan tempe. Just nak share dengan korang some info. Terpulang pada korang nak minum soya ni ke tak. Korang pon leh wat research sendiri mengenai kebaikan & keburukan soya ni. Google sudah ~

Sharing is caring ^_^



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...