Showing posts with label harga kursus pra perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label harga kursus pra perkahwinan. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Kursus Pra Perkahwinan . . . .

Korang yang dah kahwin & bakal berkahwin mesti dah amik Kursus Kahwin kan? huhu~ Yang belum merancang nak kahwin pun ada yang dah amik Kursus Kahwin awal-awal. 

Aku pun dah amik tahun 2006 yang lalu. Masa tu aku ambil diploma di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Pihak kolej menetapkan semua pelajar untuk ambil kursus pra perkahwinan sebelum graduate. So kami pun terpaksa la. Satu sesi tu memang penuh la dewan. Ada sesi yang bosan dan ada yang sangat kelakar dan ada gak yang agak gitu-gitu. huhu~ Biasa la , nama pun KURUSUS KAHWIN. eh KURSUS KAHWIN . . .

Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang aku amik di KUIS

Tahun lepas , aku pergi lagi sekali kursus kahwin. Ok gak la pergi lagi sekali, dapat la remind apa yang perlu di buat sebelum berkahwin. Banyak benda nak kena buat dan fikir sebelum berkahwin. Tahun lepas aku attend Kursus Kahwin area Putrajaya. Al-Shahir Management , harga masih sama cuma kalau tak silap aku kalau amik Kursus Kahwin di kampung aku, Besut Terengganu, harga dia agak murah berbanding di sini. huhu~ Time amik kursus kahwin kat Putrajaya ni, boleh pula salah sorang penceramah tu adalah penceramah yang sama masa aku amik kursus kahwin di KUIS. Orang tu dah agak berisi tapi aku masih cam sebab muka familiar sangat. huhu~

Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang aku & Si Dia amik di Al-Shahir, Putrajaya

Kalau nak murah lagi, amik time study. Dulu time aku study di UiTM, kebanyakan classmate aku amik Kursus Kahwin time study. Harga separuh harga dari amik kat luar, RM45 kalau tak silap. Bagi yang duduk area Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Kajang dan sekitar dengan nya, boleh la amik Kursus Kahwin dekat tempat aku amik tahun lepas.



 Antara tajuk yang dibentangkan dalam kursus pra perkahwinan di Putrajaya


Makanan disediakan , nyum nyum. Nak solat pun senang sebab ada surau semua. Tempat tu dekat bawah tu ada satu dewan yang orang selalu buat kenduri kahwin, dewan apa tak ingat la. Lepas dah habis kursus, selepas seminggu boleh amik sijil. Kalau nak wakilkan orang pun boleh. Lain-lain info boleh la tengok kat website Al-Shahir. 


Al-Shahir Management
Tempahan call/sms : 019-287 6979
Kompleks Kejiranan Persint 16 
(berdekatan Alamanda, stesen Petronas, auditorium yang cukup selesa & kemudahan surau)
Hidangan penuh 4 kali termasuk makan tengahari.
Sabtu : 2.30pm - 6.30pm
Ahad : 9.00am - 6.30pm

Untuk lebih detail boleh layari web site Al-Shahir Management kat SINI <--klik sini



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...