Moh le ibu-ibu , bapa-bapa, anak-anak semua kite meriahkan -->
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Friday, March 21, 2014
Wednesday, January 8, 2014
Majlis Resepsi Kak Shafina & Pasangan @ Kompleks Kejiranan Persint 16 Putrajaya
Assalamualaikum ya asdiko'i... Sabtu yang lepas , aku sempat ke majlis resepsi jiran aku bertempat di Kompleks Kejiranan Persint 16 di Putrajaya. Jom layan gambo yang sempat di snap.
Pelamin yang sweet ~
Pengantin tengah makan. Sempat pengantin lelaki senyum tu. En Suami yang snap gambo ni.
Kaklong aku ngn Adik aku ngn Kak Nurool bersama pengantin.
Gambar dengan bukan pengantin yang banyak kalau p kenduri ni. hehe ~ Layannnnnnnnnnn.....
Umaira Solehah with Mama Long & Auntie Nurool
Umaira Solehah with Mama Long & Papa Long nak gigit kaki drumstick kecik..
Papa ngn Mama Umaira Solehah pun nak interprame juga :p
Ini ucuk sikit. Cik Su Umaira Solehah yang jd babysitter sepanjang cuti sekolah haritu.
Ha ni la tempat Umaira Solehah bermanja. Cucu yg manja ngn Tok Pa nye ~
Sempat snap gambar seFamily. Adik aku yang kat UMT tu je yg takde. huhu~
Gambar kek pengantin pun kene ada. Sedap ooo kek perisa oren ni !!! Aku makan byk...
Tu je gambar yang nak dikongsikan. Tunggu next entry plak ye. :D
Buat autopost, taip lelaju di kala Umaira Solehah sedang tidur nyenyak.
Daaa...
Thursday, August 9, 2012
Kursus Pra Perkahwinan . . . .
Korang yang dah kahwin & bakal berkahwin mesti dah amik Kursus Kahwin kan? huhu~ Yang belum merancang nak kahwin pun ada yang dah amik Kursus Kahwin awal-awal.
Aku pun dah amik tahun 2006 yang lalu. Masa tu aku ambil diploma di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Pihak kolej menetapkan semua pelajar untuk ambil kursus pra perkahwinan sebelum graduate. So kami pun terpaksa la. Satu sesi tu memang penuh la dewan. Ada sesi yang bosan dan ada yang sangat kelakar dan ada gak yang agak gitu-gitu. huhu~ Biasa la , nama pun KURUSUS KAHWIN. eh KURSUS KAHWIN . . .
Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang aku amik di KUIS
Tahun lepas , aku pergi lagi sekali kursus kahwin. Ok gak la pergi lagi sekali, dapat la remind apa yang perlu di buat sebelum berkahwin. Banyak benda nak kena buat dan fikir sebelum berkahwin. Tahun lepas aku attend Kursus Kahwin area Putrajaya. Al-Shahir Management , harga masih sama cuma kalau tak silap aku kalau amik Kursus Kahwin di kampung aku, Besut Terengganu, harga dia agak murah berbanding di sini. huhu~ Time amik kursus kahwin kat Putrajaya ni, boleh pula salah sorang penceramah tu adalah penceramah yang sama masa aku amik kursus kahwin di KUIS. Orang tu dah agak berisi tapi aku masih cam sebab muka familiar sangat. huhu~
Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang aku & Si Dia amik di Al-Shahir, Putrajaya
Kalau nak murah lagi, amik time study. Dulu time aku study di UiTM, kebanyakan classmate aku amik Kursus Kahwin time study. Harga separuh harga dari amik kat luar, RM45 kalau tak silap. Bagi yang duduk area Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Kajang dan sekitar dengan nya, boleh la amik Kursus Kahwin dekat tempat aku amik tahun lepas.
Makanan disediakan , nyum nyum. Nak solat pun senang sebab ada surau semua. Tempat tu dekat bawah tu ada satu dewan yang orang selalu buat kenduri kahwin, dewan apa tak ingat la. Lepas dah habis kursus, selepas seminggu boleh amik sijil. Kalau nak wakilkan orang pun boleh. Lain-lain info boleh la tengok kat website Al-Shahir.
Antara tajuk yang dibentangkan dalam kursus pra perkahwinan di Putrajaya
Makanan disediakan , nyum nyum. Nak solat pun senang sebab ada surau semua. Tempat tu dekat bawah tu ada satu dewan yang orang selalu buat kenduri kahwin, dewan apa tak ingat la. Lepas dah habis kursus, selepas seminggu boleh amik sijil. Kalau nak wakilkan orang pun boleh. Lain-lain info boleh la tengok kat website Al-Shahir.
Al-Shahir Management
Tempahan call/sms : 019-287 6979
Kompleks Kejiranan Persint 16
(berdekatan Alamanda, stesen Petronas, auditorium yang cukup selesa & kemudahan surau)
Hidangan penuh 4 kali termasuk makan tengahari.
Sabtu : 2.30pm - 6.30pm
Ahad : 9.00am - 6.30pm
Untuk lebih detail boleh layari web site Al-Shahir Management kat SINI <--klik sini
Tuesday, July 3, 2012
Big Apple @ Alamanda, Putrajaya
Assalamualaikum & sobahalkhair kawan-kawan. Harini nk cite pasal donut sedap. Ahad baru-baru ni, Kakak aku BELANJA Big Apple. Tapau je. Nyum nyum ~
*Gambar tak dapat upload banyak sebab masalah storage. Apa nak buat ek?
Thursday, June 28, 2012
Ni rupanya yang diorang tengok!!!
Sambungan dari entry Wordless Wednesday aku semalam. Macam-macam pula andaian dari komen entry semalam. Tapi ada la sorang ni yg teka dengan betul . . . . . . Apa yg mereka tengok sebenarnya ek???? huhu~ Aku mati-mati ingat diorang nak kutuk kereta aku yg cacat tu.(korang nampak tak kecacatan yg ada?) Leh tengok entry SINI.
Rupanya . . . diorang sedang menikmati pemandangan sekitar situ & ada yang tengah snap gambar. Aku baru perasan , aku park betul-betul tengah-tengah laluan simpang tu. Korang mesti tahu kan lokasi tempat ni???? Bagi Anak Emas TM ni comfirm la tahu kan?
Time ni aku lepak sorang-sorang kat sini. Baru lepas interview. huhu~ Tenang rasa bila ada kat sini . . . Lupakan masalah-masalah yg memeningkan kepala >_<
Thursday, April 26, 2012
Jom Cek Tulang
Tahun lepas aku dah cek tulang di Anlene BoneHealth Check @ Econsave Balakong. Keputusan agak merisaukan aku sehingga aku start mengamalkan minum susu Anlene walaupun hakikatnya aku memang tak suka susu. Aku try perisa coklat pun macam susah nak masuk gak. Tapi kena usaha bagi sedap demi kesihatan aku.
Tahun ni rasa nak kena cek lagi setelah aku amal minum susu Anlene Coklat selama dekat setahun kot (eh! mcm tak sampai setahun je) Doktor pesan suruh aku minum susu (sumber kalsium) memandangkan kesihatan aku yang telah menunjukkan tanda-tanda kurang kalsium. Masa dalam kursus kahwin pun time bab kesihatan selepas berkahwin , penceramah (doktor) ada menekankan kepada mereka yang tidak suka susu kena la mula suka susu dari sekarang, tak kira la di campur dengan buah-buah atau apa cara sekalipun. Nanti dah mengandung kena juga minum demi anak dalam kandungan. <--chewaahhh aku ckp macam aku doktor plak.
Minggu ni , Anlene ada buka booth untuk cek kesihatan tulang. Korang boleh cek kat SINI untuk negeri korang. Ni aku tempek untuk negeri Putrajaya & Kuala Lumpur.
Kalau sempat nak singgah Alamanda la minggu ni.
Anlene Bone Health Check sekitar Kuala Lumpur.
Jom ramai-ramai kita cek tulang. Bukan nya kene amik darah ke apa ke. Macam rasa kerusi urut juga. Korang leh pegi kat entry SINI. Time aku pegi cek tulang tahun lepas. :)
Mencegah lebih baik dari mengubati :)
Monday, April 2, 2012
Big Apple Donuts & Coffee @ Alamanda, Putrajaya
Sempena hari ulang tahun si Dia (25 Mac 2012) , aku belikan Big Apple Donuts 6 pcs. ahaksss. .
"Sorry, ni je yg sy mampu, gaji tak masuk lagi :D"
Masa ni 24 Mac so gaji tak masuk lagi. :p
Aku beli yg "a box of 6pcs"
Yang cheese tu sedap gila! Boleh la menambah lemah di muka dll.
Jom makan ~ Padahal baru je lepas makan Char Kuew Teow kat Taman Warisan Pertanian tu. haha~
Ingat nak lepak makan kat taman, tp tak jadi sebab nak minum air sekali. So, lepak kat mamak kat Putrajaya.
Semua sedap-sedap. Aku makan 2 donut je, then yang lain Si Dia bawak balik. Tapi yang coklat tu Si Dia bagi kat aku letak dlm tupperware. So sweet >_<
Coconut yg putih ni. Yang kacang tu Si Dia kata paling sedap.
Coklat tu milik aku.
Ok dah bungkus bawak balik , tak habis nak makan sekaligus.
Sekali sekala boleh la makan Big Apple ni , kalau selalu abisla berat badan mesti naik gila-gila.
Tuesday, March 27, 2012
Makan @ Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
Sabtu baru-baru ni, aku pergi Ekspo Perkahwinan & Fesyen di Putrajaya. Lepas dah puas jalan-jalan cuci mata sambil kumpul kertas iklan, perut tersangat la lapar. Nak pegi makan kat Alamanda, Putrajaya tapi memandangkan food court dia masih tutup, aku pun decide nak makan tempat lain. Tup tup nak masuk simpang, terpandang orang ramai kat Taman Warisan Pertanian ni. So try la makan kat sini. Jom tengok apa aku makan.
Suasana di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
Panas terik di kala tengah hari.
Char Kuew Toew Special - RM6.00
Aku tak berapa suka kuew teow tp kalau Char Kuew Teow ada kerang aku memang suka. huk huk. nyum nyum. Banyak lak tu Char Kuew Teow dia.
Bihun Sup + Sambal Kicap - RM4.50
Sedap sehingga licin kuah nya tapi sambal kical dia kurang cili la. Tak pedas sangat.
ABC 9000 - RM3.50
Nampak biasa tapi bagi aku dia cukup rasa. Tak manis sangat, tak tawa sangat. Nice! Hilang rasa dahaga dikala panas terik.
Slurpppppppppppppp ~
Gerai ABC 9000
Lai Chi Kang aku tak suka, tp cendol suka gak. Nanti leh la try.
Ini la cik Abg yg tukang buat ABC 9000 tu.
Gerai Char Kuew Teow & Aneka Sup
Gerai Nasi Ayam
Hainan / Ayam Kampung / Ayam Dara
Gerai Western Food
Mula-mula aku nak makan western ni, tapi gerai dia baru nak mula panas-panaskan kuah. So aku tak jadi la makan. Fish n Chip dia nampak cam sedap je.
Gerai Nasi berlauk + Nasi Lemak Kukus+ Ayam Goreng Berempah
Lepas ni aku nak pegi lagi kat sini. Tak sempat nak makan murtabak ngn Roti John dia. Perut aku dah penuh dengan Char Kuew Teow + ABC. Sate Kajang Hj. Samuri pun ada di sini. Nasi Goreng pun ada. Suasana dia agak panas la kalau pegi time tengah hari sebab open air kan.
Taman Warisan Pertanian Putrajaya
No 7 , Jalan P16,
Presint 16, 62150 Putrajaya
Tuesday, March 1, 2011
Interview Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41
Semalam(1 MAC 2011) tarikh aku interview untuk position Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH41). Interview ni under SPP.time dapat surat tu mcm tekezut sbb aku tak tahu bile ntah aku apply & under apa pon aku tak tahu.rupanya benda ni under Jobsmalaysia. aku malas nak pergi tp pergi jela...dapat gak experience interview.
1-ketuk pintu & bagi salam
2-bagi fail sijil & pergi ke kerusi & ckp TQ
3-duduk tanpa bongkok(hehe~baru confidence)
4-tgg soalan dr interview
Interview pon bermula.Ni la apa yg ditanya:
1-perkenalkan diri
2-soalan pengetahuan am
Sebutkan DASAR-DASAR EKONOMI di Malaysia (glupppp...telan air liur gak aku time ni.tapi usaha gak jawab ...wakakakaka...:)
3- Isu semasa
- Wanita sekrang lebih maju dari lelaki.Dimanakah lelaki?(aku pon goreng la sampai hangit!)
- Macam mana nak atasi isu rakyat malaysia yang masih enggan mendaftar untuk SPRM (dlm hati aku"aku pon belom" nasib baik dia tk tanya dah daftar ke belom...ngeh2 nasib baik dia macam tanya pendapat or cara atasi je.fuhhh....goreng la jawabnyer...)
4-Soalan more on IT
- What is Artificial Intelligence? ( ingat2 lupa tp time ni ingat PN NADIA je, sbb dia la yg ajar aku ni...main hentam je pastu org tu angguk je..taktahu betul ke tak...hehe~)
- What is the example of Artificial Intelligence System?(mula2 aku bg jwpn dia kata jwpn aku tu application so dia nak system..dia bg contoh "fuzzy Logic" , aku ingat mira time ni , sbb dia wat final project on fuzzy logic, setiap orang mmg kene present tajuk2 AI ni time kat arau dulu tp aku tak ingat gak...perah punya perah...pastu dia kata , takpela....pastu dia tolong jawabkan "NEURAL NETWORK dsb" wakakakakaka....otak tak jalan kot time peyut sakit)
Time Soalan 1, 2, 3 aku cakap in BM sbb yang tanya tu dlm BM, Time soalan 4 tu, dia tanya result MUET (wakakakaka!) , bile dah bgtau result , dia kata ok so sy nak uji la english u.so kene la speak in english.... sbb position ni untuk jadi LECTURER Politeknik & Kolej komuniti....
Habis je aku keluar bilik & cite kan kat candidates lain ....Dapat ke tak dapat tawakkal jela , kalau ada rezki ada la, kalau takde takpe.leh cube lgi.....then balik terus tido sbb terlampau letih & sakit peyut masih tak ilang....Apapun pengalaman tadi akan ku simpan untuk next interview.
OK! ni saja yang aku nak kongsi ngn korang.kot2 la ada yang nk p interview yg sama gak nnti.leh refer.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















sefsefd.bmp)
.bmp)
.bmp)



















