Di kala cuaca panas, kalau dapat nikmati jus buah-buahan, mesti sedap! Antara jus yang aku selalu buat kat rumah , Fresh Orange. Kaya dengan vitamin C. Selalu makan buah oren so bila dah bosan aku buat plak jus.
5 Biji buah oren yang dibeli di Pasar Malam Bandar Baru Bangi setiap hari Sabtu
20 Biji untuk rm10 (boleh campur-campur)
Dah siap kupas , letak dalam blender.
Letak ais sikit. baru la sejuk. . .
Slurrpppp . . . siap dah !
* Oren mengandungi Beta Carotene - antioksida yang berkuasa memelihara kesihatan sel-sel kita.
* Oren mengandungi Kalsium - membina tulang dan gigi yang kuat.
* Otak kita memerlukan asid folik untuk membesar dengan baik yang dibekalkan dalam buah oren.
* Tekanan darah dapat diseimbangkan dengan magnesium yang dibekalkan oleh buah oren.
*Demi menjada kesihatan sistem kardivaskular dan memelihara kesiembangan elektrolit dalam tubuh, potassium dalam buah oren dapat membantu.
*Makanan yang kita ambil dapat ditukarkan menjad tenaga dengan "thiamin" yang terkandung dlm buah oren.
Tips :
Kulit buah oren yang berwarna putih sebenarnya mengandungi vitamin C yang lebih banyak berbanding isi buah oren itu sendiri. Jika ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk dinikmati bersama isinya. Walaupun agak pahit, namun ini demi kesihatan anda juga :)



