Showing posts with label kain ela. Show all posts
Showing posts with label kain ela. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Pasar Tani Kuala Besut

Selamat Hari Pekerja kawan-kawan. Dah puas cuti kena la semangat sikit kerja hari ni. Harini nak cite sikit pasal shopping-shopping tapi bukan shopping dekat shopping complex. Shopping dekat pasar malam, jalan-jalan cari barang & cuci mata. Dah lama rasanya aku tak pergi Pasar Malam or Pasar Tani. Last aku pegi pasar pun masa balik kampung Mac haritu. Kebanyakan barang di pasar mestila lebih kepada barangan wanita. Baju, barang masakan dan lain-lain. Jom tengok apa yang ada dekat Pasar Tani Kuala Besut. 

Aneka warna dan corak kerongsang
Adik aku suka betul beli kerongsang yg warna-warni tu. Duk kumpul semua warna.

 Pelbagai Keronsang

Tudung

Mama mencari tudung untuk nenek aku. 

Tudung lelong RM10

Beg tangan
Baas tengah pilih tu , nak beli yang mana. Untuk sapa ek? opssss ~

Pelbagai jenis corak kain ela.

Cantik-cantik jubah kat sini
Abaikan model tu, focus kat Pakcik tu.

Pelbagai jenis sayur-sayuran.


Sayur-sayuran di jual secara borong

Bermacam-macam jenis ikan bilis ada.
Ada yang ada kepala, ada yang dah siap buang kepala ikan bilis.


Cermin mata rabun jauh RM25

Papa sedang memilih cermin mata rabun jauh


Cermin mata pelbagai warna & bentuk. 
Ibu jari sapa la tu. Ni antara hasil adik aku.

Pelbagai barangan jahitan pun ada dijual. Benang, zip, reben piping dll.
Ni pun hasil dari adik aku. Beli untuk buat baju kurung.

Pelbagai jenis kuih-muih
Donut bercoklat, kuih acara dll


Tak tahu la ni kuih apa.

Jagung cicah kelapa.
Apam Telur - Haritu aku update kat SINI.

Pemandangan jeti Kuala Besut

Jom pegi pasar malam ! Blogger kuat makan ni rajin pegi pasar malam. Beli makan banyak-banyak. Aku kalau pegi pasar malam pun just beli buah-buahan 20 biji RM10. Selalu aku buat Fresh Orange or Apple Juice.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...