Showing posts with label kedai makan sedap. Show all posts
Showing posts with label kedai makan sedap. Show all posts

Friday, November 7, 2014

Makan @ Restoran Bangi Ikan Bakar Sos

Assalamualaikum kawan-kawan....

Lama dah rasanya tak update entry makan-makan. Gambar ada tapi terperap je dalam laptop. Godek punya godek , ada la beberapa tempat makan yang aku makan tak di review di blog. Jom tengok apa menu sedap dekat Restoran Bangi Ikan Bakar Sos.

SOTONG GORENG TEPUNG
Actually , sebelum aku pergi restoran ni, aku google dulu "sotong goreng tepung sedap Bangi". Then terjumpa entry Cik Lily kat --> SINI. Tu yang terjebak ke sini. Memang sedap pun. En Suami kata ni antara yang sedap di Bangi. :)

TELUR BUNGKUS
Sedap dan penuh isinya. Terlupa pula nak snap gambar isi nya. Kalau Bro Hazmanfadzil mesti dah snap isinye kasi zoom sekali kan. :p

 SUP SAYUR
Sedap gak sup dia. Selalu kalau pergi makan mana-mana susah gak nak jumpa sup sayur yang sedap. Ini antara yang sedap. Kasi A+ untuk sup sayur dia ni. :D

SAYUR KANGKUNG
Tip top! Memang rasa KeKAngkungan dia. Kuah dia tu sedap di makan dengan nasi !

AIR TEMBIKAI & AIR EPAL ASAM BOI
Air dia kurang sikit. Aku order air epal asam boi, then tengok la warna dia tu, color oren plak. Rasa dia tak rasa Epal sangat. At last, En Suami kasi aku air tembikai yang sangat sedap. :)

Nampak tak si kecik tu tengah baca doa kot. hehe~ Agak-agak apa yang Umaira Solehah makan ek?

Excited benor tengok menu! Dah kenyang la tu. :p

Nama restoran , lebih kepada IKAN BAKAR, tapi kami tak makan ikan bakar pun sebab masa kami datang tu , tak de pun ikan -ikan segar untuk di pilih. Kalau nak tengok menu KERANG BAKAR kat sini, leh terjah link entry Cik Lilly tadi. Nampak menyelerakan tapi kami tak order pun, aku just teringin nak makan sotong goreng tepung. Kerang bakar tunggu lain kali la. :D

Kesimpulannya, aku & En Suami memang suka la makan kat sini. Service pun ok, cepat je (maybe gak time kitorang datang tu tak ramai orang) Lauk semua sedap cuma air epal asam boi je tak berapa rasa epal nya. Boleh diperbaiki tu. Chewaaahhh. Senarai harga ikan dia korang leh tengok dekat link --> SINI.  Kalau korang nak singgah leh la ke alamat seperti di bawah : 

Restoran Bangi Ikan Bakar Sos
41-A, Jalan 3/69, Seksyen 3,
Bandar Baru Bangi
Tel : 019-6484038


Monday, May 12, 2014

Makan @ Restoran Burgerbyte Bangi

Assalamualaikum ya asdiko'ii... Lama rasanya tak update pasal makan-makan. Dulu selalu je p makan then review tempat makan. Ni nak review satu tempat makan yang aku makan lepas baca kat blog EN HF.Siapakah En HF?huhu blogger makan tegar sekarang- hazmanfadzil.com. 

Alkisah ini cerita sebenarnya bulan Mac punya cerita. Masa birthday En Suami, aku plan nak belanja makan tuk En Suami. So buka je blog EN HF tu ada byk restoran area Bandar Baru Bangi. So En Suami pilih tpt ni. Siap google menu sebelum p makan. hehe~

Naked Burger - Combo (Beef & Chicken) - RM18.80
Yang ni En Suami nyer. Sedap sgt sampai aku curi makan En Suami nye. wahaha~

Aglio Olio with Chicken Patty - RM12.80
Yang ni aku nye. Memang rasa nak p lagi la!!!Yummy....

Gambar air tak amik plak sebab nak focus kan makanan nya yg sedap. Gambar menu lebih jelas kat blog EN HF kat sini <--

Harga dia memang la bulat biji mata, tapi rasanya berbaloi la dengan rasanya. Sekali sekala makan apa salahnya. 

Oh ye... sejak dah ada si kenit ni, susah sikit la kami nak makan bersama-sama. Salah sorang kena la makan dulu. Jadi sudah nya spagheti aku sejuk sudah... Masa ni my little princess tak leh duduk betul dalam kerusi lagi. Sekarang dah boleh tapi tu pun tak duduk diam dah sekarang. huhu~

Ok tu je. Nanti nak try menu lain plak. Mesti pegi lagi, in sha Allah ~

BURGERBYTE BANDAR BARU BANGI
No 11-GF, JALAN 15/10
Seksyen 15
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan


Tuesday, February 25, 2014

Makan @ Balifeel Bangsar South

Assalamualaikum ya asdiko'i. Jom layan gambar makanan. Boss belanja minggu lepas sempena birthday staff kami dr bulan Ogos 2013 sampai Januari 2014.

Idaman Balifeel

Ayam Penyet

Kenangan Balifeel
Ayam dia kecik...berbanding menu yg bawah ni.. hehe~

Siap Megoreng
Ayam dia besar gila! Saya Disini punya. Tekejut dia tgk ayam tu ~

Tom Yam

Kerabu Mangga


Ayam masak gajus. Sedap !!!

Ayam Saya Disini punye~

Gambar air aku tak snap plak.Tapi kat entry Saya Disini tahun lepas punya ada di update gambar minuman kat entry SINI. Harga menu boleh refer kat entry SINI


Kalau terliur boleh la try p makan kat sini : 
Balifeel (the heart of Bali)
Lot G5, Ground Floor, 
The Sphere, Avenue 1, Bangsar South,
Jalan Kerinchi , KL
03-22473188

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...