Macam biasa la, update juadah bebuka aku dan housemate aku semalam. Bebuka dengan Kembar aku & Kak Fazza je. Housemate lain semua bebuka kat luar.
Ayam Kepak Madu
Ni beli kat bazaar, Kak Fazza & Kembar aku p bazaar Kelana Jaya. Nak tengok suasana di Bazaar Kelana Jaya boleh ke entry SINI.
Sayur Kacang Boncis & Kobis Goreng
Sardin
Sedap plak. Kak Fazza goreng ikan sardin dulu sebelum tumis. Meletup-letup !!!
Kuih Karipap & Roti Sambal
Roti John
Tak sedap la roti john ni. Maybe sebab inti daging (aku kan tak suka daging) dan inti dia kurang rasa.
Inti daging . . . .
Hari ni hari Jumaat, Isnin ni cuti Nuzul Al-Quran. Aku comfirm balik BBBangi. Mesti ramai yang balik kampung minggu ni.
Tak sabar nak balik BBBangi. Banyak benda nak disettlekan.
Moga Allah permudahkan segalanya. . .
Amin . . .





