Showing posts with label juadah berbuka puasa. Show all posts
Showing posts with label juadah berbuka puasa. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Juadah Bebuka 26 Ramdhan 1433H

Juadah bebuka puasa semalam dengan housemate aku :

Sardin
Kembar aku yang masak

Sambal Hot Dog
Kembar aku gak yang masak 

Ikan Cencaru a.k.a Ikan Jacket
Fiza beli kat bazar.

Taugeh goreng

Roti Telur
Aku masak yang ni je. hehe~

Puding Milo + Syrup
Beli kat bazar oleh Fiza

Puding Jagung
Dibeli oleh Kak Fazza di bazar







Wednesday, August 15, 2012

Juadah Bebuka 25 Ramadhan 1433H

Harini agak busy sikit. Lambat update juadah bebuka aku semalam. Jom tengok gambar jela. . . 

Kari Telur
Kembar aku yang masak. Sedap ! Aku peminat setia kari. :D

Sambal Telur
Kak Fazza yang masak. Terpaksa masak lauk ni , sebab Liza Suhaimi tak makan lauk ni. opsss salahkan Liza Suhaimi.

Bendi & Kobis Goreng

Pekasam Tasek Raban

Kobis saja

Tempoyak


Cucur Kentang + Ikan Bilis


Bebuka bersama housemate semua jadi berselera sangat.


Chicken Foldover Mcdonald 
Beli sebab ada promotion Buy 1 Free 1. Makan lepas kami bershopping di Mydin semalam. :D


Untuk entry "Sapa nak duit raya" haritu, takde sapa yang teka dengan tepat. Jumlah nya RM510. Tapi aku pilih sorang yang teka dengan sipi-sipi tepat & yang terpantas. Anyway ramai yang teka jumlah yg sama. So oleh kerana aku dah tulis kat situ, sapa yg paling pantas teka , so duit raya tu menjadi milik :


Sila email kan kat sy (nik.norfarizam@gmail.com) , no acc (kalau leh CIMB ek),kalau nak topup pon boleh. :)


Tuesday, August 14, 2012

Juadah Bebuka 24 Ramadhan 1433H

Juadah bebuka semalam aku & housemate aku :

Su Hoon ( tak reti la eja....)

Sambal Tauhu + Hot Dog 

Ayam Masak Merah 


Sayur kobis + cendawan

Telur Dadar 

semua hidangan atas meje yang kecik. 

Alhamdulillah. ~
Sakit kepala + Sakit perut + Mengantuk sangat , so wat entry pendek & padat


Monday, August 13, 2012

Juadah Bebuka 23 Ramadhan 1433H

Semalam aku bebuka di rumah baru Kaklong aku. Diorang dah mula duduk rumah yang baru di renovate. Alhamdulillah , dapat juga diorang masuk rumah before raya. Minggu ni family aku habiskan masa di rumah, mengemas rumah tapi baru sikit je kemas. Aku pula sibuk siapkan persiapan kahwin. Nasib baik la rumah akak aku ni dekat je dengan rumah kami. So kul 7.16pm baru gerak dari rumah. hehe~ So jom tengok apa menu kami bebuka semalam. Tapau je dari restoran kegemaran family aku (mesti korang tahu kan restoran apa?)

Sambal Sotong Petai

Sambal Udang Petai

Sayur Goreng Kangkung Belacan

Sup Sayur

Tom Yam Campur

Bubur Lambuk
Ni amik kat Surau Al-Ehsan.

Buah Tembikai. 

Air Ribena Laici. 
"Kelas kau Kaklong "


Kuih-muih dari bazar pun ada. 

Excited adik aku ni nak bebuka. Air sampai 3 gelas !!!


Semalam aku dah langgar pantang!!!! Makan sotong + udang dengan rakusnya. Pastu mula la naik gatal. 

Susah la nak pantang makan !!!!
Lagi 1 bulan 1 hari je nak bertukar status~



Friday, August 10, 2012

Juadah Bebuka 20 Ramadhan 1433H

Semalam aku berbuka di luar. Lepas waktu kerja aku terus pecut ke LRT Kelana Jaya ke LRT Masjid Jamek. Shopping raya sikit je. Sampai dekat Jalan Tini Tar kul5 lebih . pastu jalan-jalan cuci mata, then dalam kul 6.45ptg dah gerak ke KFC yang jauh sikit dari SOGO tu. Sekali,  penuh dah seat. So aku & rakan-rakan pun gerak ke KFC lagi satu yang lebih kecik tp akhirnya penuh juga. Then ada la satu gorup ni, 4 orang, guna 2 meja. So diorang kasi satu meja kat kami. Alhamdulillah, dapat gak tempat & berbuka di KFC.
Amik Snack Plate . . 



Ni muka pucat, termenung menunggu waktu berbuka puasa. Straw air Twister Blackcurrant dah hala ke mulut dah, hehe~


Ada discount la kalau makan kat KFC, 
jom terjah SINI  untuk dapat kan kupon !
Tapi ada plak orang kata kupon tu PALSU, betul ke niiiiiiii ????


Thursday, August 9, 2012

Juadah Bebuka 19 Ramadhan 1433H


Alhamdulillah, hari ni dah masuk 20 Ramadhan 1433H. Semalam bebuka dengan sangat sederhana. Alhamdulillah . .  Allah masih beri kami rezeki.

Sup Ayam

Bendi Goreng
  
Serunding Ikan Bilis
Serunding ni sangat sedap !!!! Pedas & enak di makan begitu sahaja. 

Menu sup ayam dan bendi goreng di masak oleh Kak Fazza & Kembarku.

Nak resepi Serunding Ikan Bilis tu!!!!
 Hehe ~ Macam la pandai buat. Kembar aku suruh beli je. haha~



Wednesday, August 8, 2012

Juadah Bebuka 18 Ramadhan 1433H

Semalam 18 Ramadhan 1433H. Jom tengok apa menu bebuka aku semalam bersama housemate aku di Kelana Jaya.

Tempe Goreng Kicap
Tak berapa nak sedap, kalau pedas & ada ikan bilis mesti tambah sedap. 
Kalau tak sedap tu , mesti la masakan aku :D

Ayam Masak Merah 
Ni dapat dari office aku. Ada orang sedekah. Selalu dapat bubur, tp semalam dapat nasi berlauk.

Cendawan Goreng Tepung
Tak sedap gak. Buatan aku la kalau tak sedap. :)

Tempoyak
Penambah selera bila ada tempoyak.


Popia Basah
Fidah yang beli kat bazaar.

Popia Goreng 
Kak Fazza teringin.

Roti Jala
Semalam aku tak sempat nak makan, sebab dah kenyang makan nasi. Ni pun Kak Fazza punya.

Keropok Lekor
Liza Suhaimi yang goreng. Nyum Nyum. Baru lepas goreng ni.  

Air Soya Bandung 

Actually ada satu menu yang aku terlupa nak snap. Sup Cendawan. Tu pun tak berapa sedap hasil air tangan aku juga la kalau tak sedap. :D
Takpe "practice make perfect" - chewaahhh

Harini apa menu bebuka korang?



Friday, August 3, 2012

Juadah Bebuka 13 Ramadhan 1433H

Macam biasa la, update juadah bebuka aku dan housemate aku semalam. Bebuka dengan Kembar aku & Kak Fazza je. Housemate lain semua bebuka kat luar.

Ayam Kepak Madu 
Ni beli kat bazaar, Kak Fazza & Kembar aku p bazaar Kelana Jaya. Nak tengok suasana di Bazaar Kelana Jaya boleh ke entry SINI.

Sayur Kacang Boncis & Kobis Goreng

Sardin 
Sedap plak. Kak Fazza goreng ikan sardin dulu sebelum tumis. Meletup-letup !!!

Kuih Karipap & Roti Sambal

Roti John 
Tak sedap la roti john ni. Maybe sebab inti daging (aku kan tak suka daging) dan inti dia kurang rasa. 

Inti daging . . . . 

Hari ni hari Jumaat, Isnin ni cuti Nuzul Al-Quran. Aku comfirm balik BBBangi. Mesti ramai yang balik kampung minggu ni.

Tak sabar nak balik BBBangi. Banyak benda nak disettlekan.
Moga Allah permudahkan segalanya. . . 
Amin . . . 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...