Hari jumaat lepas, aku sempat singgah Kedai Rakyat 1 Malaysia di LRT Kelana Jaya yang baru di rasmikan oleh Perdana Menteri kite Rabu lepas seperti yang ada dlm akhbar ni --->Bernama, kira masih panas lagi la kedai ni, hehe~. Sempat la aku snap suasana di sekitar kedai tu.
Ramai giler orang berpusu-pusu untuk membeli-belah di sini. Dah macam shopping complex besar pulak.
Banyak gile barang yang di jual di sini. Memang macam kat jusco cuma dia kecik sikit la . . . . . harga dia aku tak sure la murah ke apa, sbb aku pon tk berapa tahu harga semasa barang-barang ni, tp dr apa yg aku dengar , kedai ni ikut harga pasaran Mydin . So murah la! Untuk tahu lebih lanjut pasal harga barang dlm kedai ni try klik sini.
Banyak la barang-barang runcit pelbagai jenama di jual di sini dan salah satu yang membuat aku teruja ialah . . . banyak gile barang brand 1 Malaysia. Ni la antara barang-barang brand 1 Malaysia (murah gile harga dia):
Ikut kan aku nk beli sumting sebelum keluar, jajan ke, kacang ke , tp di sebab kan ramai org yang beratur untuk bayar kat kaunter, so aku tak jadi beli apa-apa .Nanti takut malam baru sampai bangi. Komuter kat KL Central dah la sesak , lemb** plak tu. So better aku tak beli apa-apa. . .
Tgk la betapa ramainya , rasanya kene buka kaunter byk sikit untuk elak kesesakan seperti ini (suggestion aku la)
Sampai di sini sahaja coretan aku kali ni. So tini, liza & kawan-kawan yang lain yang duduk dekat Kelana jaya boleh la datang shopping kat sini. Murah & jimat (eh! dah macam kedai Speedmart lak)
Tata.Titi.Tutu.Tini ^_^
perghhh, pesaing hebat kedai speedmart niehh...hehe...kagum betul, sume nk balut ngan 1 malaysia...nsb harga x satu ringgit sahaja... hehee....
ReplyDeleteharga dia murah la dr brand lain...ada link akak bg tu...harga pampers kot yg separuh harga dr brand lain, kualiti tk sure la....hehe :)
ReplyDelete