Moh le ibu-ibu , bapa-bapa, anak-anak semua kite meriahkan -->
Showing posts with label PICC. Show all posts
Showing posts with label PICC. Show all posts
Friday, March 21, 2014
Thursday, April 5, 2012
Pameran Pengantin Malaysia 2012 @ PICC
Sekali lagi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan berlangsungnya "Pameran Pengantin Malaysia 2012". Dua minggu lepas ada "Ekspo Perkahwinan & Fesyen" di PICC juga. Aku sempat singgah ekspo haritu memandangkan aku berada di Alamanda minggu tu. So singgah la melihat aktiviti yang ada sepanjang ekspo tersebut. Boleh tengok kat entry SINI kemeriahan suasana di ekspo haritu.
Jadi , ini peluang yang baik untuk bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Pasti banyak promosi yang di tawarkan di pameran ini. Eh! aku dah mcm promoter plak. Korang terjah jela PICC minggu ni. Bagi yang pergi tu, jangan lupa update kemeriahan kat aku. Nak tengok gak.
Wednesday, April 4, 2012
Sunday, March 25, 2012
Ekspo Perkahwinan & Fesyen - Gerbang Cinta
Jumaat 23 Mac 2012 bermulanya Ekspo Perkahwinan & Fesyen di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ekspo ini diadakan selama 3 hari. Sempat aku singgah ke ekspo ni. Dah terlanjur nak ke Alamanda, singgah la dulu. Tengok kemeriahan di PICC. Jom la kita tgk dari gambar-gambar yang aku snap. Gambar tak banyak pun, singgah pun sejam lebih je. Cuci-cuci mata jela.
Gerbang masuk ekspo.
Sebelum masuk kene isi borang cabutan bertuah.
Kalau la aku berTUAH , menang MOTOR !!! haha~
Dapat beg kertas ni, senang nak isi kertas iklan banyak-banyak la tu.
Tempat nya sangat besar. So, tak da la bersesak sangat. Air cond pun kuat.
:D
Antara booth yg menjadi tarikan pengunjung - Gedung Kad Kahwin.
Memory Forever - Kad Perkahwinan
Jezzmine Couture
Booth kad kahwin lagi . .
Pergh nampak mewah gila ! Ni pentas yg dihias dengan pelamin yg cantik. Sebab diorg ada buat perarakan pengantin kat situ.
Panjang gila banting ni . Promosi besar-besaran la kot !
Kasut untuk pengantin pun ada dijual.
Koleksi baju pengantin.
I like Kuning Di Raja !
Ni suite tuk lelaki. Yang merah tu mesti Kak Redmummy suka kan? Pakai kat husband dia. huhu~
D'Selera - Khidmat Catering
Siap ada food testing lagi.
Butik. . .
Banyak lagi booth-booth yang ada & aku tak snap. Antaranya booth photography, bakery, hantaran perkahwinan, aksesori perkahwinan dan lain-lain. Aku singgah kejap je then gerak ke Alamanda. Parking banyak sebab tempat besar kan. Dewan besar , so tak crowded la. Yang penting, air cond kuat. Jadi, bagi mereka yang merancang dan tak merancang untuk berkahwin, yang dah berkahwin & ingin berkahwin lagi satu atau yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi boleh la ke ekspo di PICC ni. Pelbagai promosi menarik yang meraka tawarkan.
Ni antara event untuk 25 Mac 2012.
Last day ok!!!
Friday, March 23, 2012
Ekspo Perkahwinan & Fesyen Mac 2012
Bagi mereka yang merancang untuk berkahwin dan akan berkahwin boleh la ke Ekspo Perkahwinan & Fesyen -Gerbang Cinta seperti dalam banner di bawah.
Detail semua kat banner tu.
Moh le kita kawin. eh~
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)




















