Showing posts with label Majlis Perkahwinan Afasz. Show all posts
Showing posts with label Majlis Perkahwinan Afasz. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Sejarah Berputiknya Cinta Kami . . . .

Rasa nak update la sesuatu. Simple update dari aku. Cerita di bawah merupakan cerita sebenar BUKAN REKAAN TAU!!! Cerita yang aku karang untuk DJ baca di hari persandingan aku 15 September 2012. Layannnnn . . . . . . . . 



---------------------------------------------------------------------------------------------------
Mula berkawan sejak mula menjejakkan kaki di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis pada tahun 2007. Mereka belajar dalam jurusan yang sama, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Maklumat dan pernah duduk semeja dalam kelas yang sama. Huhu!

Mula menjalinkan hubungan cinta, chewaaaaahhhh . . . .  sebaik sahaja menamatkan pelajaran di UiTM Perlis pada tahun 2009. Perasaan sebagai seorang kawan berubah menjadi cinta. >_<

Pada 23 Januari 2012 , mereka telah mengikat tali pertunangan dan 14 September 2012 (minggu lepas) mereka telah disatukan. Alhamdulillah dengan SEKALI LAFASZ (dalam LAFASZ ada FASZ) Nik Norfarizam sah menjadi isteri kepada Mohd Aizuddin. 

Alhamdulillah . . . .
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, September 14, 2012

Aku terima nikahnya . . .

Bismillahirrahmanirrahim . . . 
Ini lah harinya . . . 
Hari aku akan di ijabkabulkan. . . 

>_<

"Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini  dan limpahkan la baraqah dan rahmat kepada KAMI"




Menitis air mata aku , bila baca SMS yang dikirimkan oleh seorang sahabat karibku seawal jam 5.35pg.
Terima kasih di atas doa itu sahabatku
 >_<



Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Apabila berkahwin seseorang itu , maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Alla S.W,T untuk selebihnya."



*Entry autopost @ 14 Sept 2012 jam 12.30tgh hari, aku tgh berdebar-debar DUP DAP DUP DAP time korang bc entry ni.Majlis Ijab Kabul akan berlangsung selepas waktu Asar di rumah kediaman ku, insyaAllah. Doakan majlis berjalan lancar ye kawan-kawan. Amin ya rabbalalamin .

Dup Dap Dup Dap . . .

Pagi ni rasa macam tak tahu nak buat apa dah. So buka laptop kejap tengok blog. Entry ni bukan entry autopost. Aku taip dengan laju nya. 


Simple entry . . . 
Moga majlis berjalan lancar.
Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...