Showing posts with label Majlis pernikahan Afasz. Show all posts
Showing posts with label Majlis pernikahan Afasz. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Sejarah Berputiknya Cinta Kami . . . .

Rasa nak update la sesuatu. Simple update dari aku. Cerita di bawah merupakan cerita sebenar BUKAN REKAAN TAU!!! Cerita yang aku karang untuk DJ baca di hari persandingan aku 15 September 2012. Layannnnn . . . . . . . . 



---------------------------------------------------------------------------------------------------
Mula berkawan sejak mula menjejakkan kaki di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis pada tahun 2007. Mereka belajar dalam jurusan yang sama, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Maklumat dan pernah duduk semeja dalam kelas yang sama. Huhu!

Mula menjalinkan hubungan cinta, chewaaaaahhhh . . . .  sebaik sahaja menamatkan pelajaran di UiTM Perlis pada tahun 2009. Perasaan sebagai seorang kawan berubah menjadi cinta. >_<

Pada 23 Januari 2012 , mereka telah mengikat tali pertunangan dan 14 September 2012 (minggu lepas) mereka telah disatukan. Alhamdulillah dengan SEKALI LAFASZ (dalam LAFASZ ada FASZ) Nik Norfarizam sah menjadi isteri kepada Mohd Aizuddin. 

Alhamdulillah . . . .
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, September 24, 2012

My Wedding Part 1 :Gambar Pernikahan Fasz & Aizuddin

Bismillahirrahmanirrahim . . . . . Harini aku mula kerja. Tak dapat cuti lama sebab En Suami tak dapat cuti lama. Dah masuk kerja baru la ada mood nak update pasal wedding. . .  jom layan cecite Majlis Ijab Dan Kabul aku . . . 

 Alhamdulillah . . .  
aku dah jadi isteri orang. Lepas ni isi borang kerja , status = Berkahwin. Jangan silap isi borang dah la. huhu~ Jom layan gambar yang ada. 

Gambar dari Official Photographer aku --> Katok o Katok. Gambar sebelum majlis pernikahan aku. Makin DUP DAP DUP DAP lepas mak aku tukar plan nak buat majlis pernikahan di rumah. Asal nak buat di surau berdekatan rumah. huhu~

Asalnya, abg aku pinjam microphone dari office dia kot. Tapi at last, microphone tak bunyi. Maybe bateri problem kot. huhu~ Nasib baik tok kadi dah pesan suh kuatkan suara. En Suami suara dah la perlahan . . . hehe~ Alhamdulillah . . .  FASZ termenangis dikala laFASZ nikah selesai.
Alhamdulillah . . . .


Dah selesai . . . memalu sikit . . haha  . . 

Aku pun dah tak kenal sapa diri aku. Hahaha. . .  selalu pakai spec, bila pakai contact lense jadi orang lain plak.


"Just Married"

Friday, September 14, 2012

Aku terima nikahnya . . .

Bismillahirrahmanirrahim . . . 
Ini lah harinya . . . 
Hari aku akan di ijabkabulkan. . . 

>_<

"Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini  dan limpahkan la baraqah dan rahmat kepada KAMI"




Menitis air mata aku , bila baca SMS yang dikirimkan oleh seorang sahabat karibku seawal jam 5.35pg.
Terima kasih di atas doa itu sahabatku
 >_<



Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Apabila berkahwin seseorang itu , maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Alla S.W,T untuk selebihnya."



*Entry autopost @ 14 Sept 2012 jam 12.30tgh hari, aku tgh berdebar-debar DUP DAP DUP DAP time korang bc entry ni.Majlis Ijab Kabul akan berlangsung selepas waktu Asar di rumah kediaman ku, insyaAllah. Doakan majlis berjalan lancar ye kawan-kawan. Amin ya rabbalalamin .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...