Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Doa dipermudahkan segala urusan

Alhamdulillah, dah masuk hari Jumaat , 1 June 2012 bersamaan 11 Rejab 1433H . Hari ni nak kongsi satu doa- "Doa dipermudahkan segala urusan". Antara doa yang aku amal dari zaman aku belajar sampai la sekarang. Bagi mereka yang sedang dalam kesusahan samada dalam pelajaran atau kerja , doa ni memang perlu diamalkan setiap hari. InsyaAllah segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah. 


Doa dipermudahkan segala urusan


Maksudnya :
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"




Moga Allah permudahkan segala urusan aku hari ini , esok , lusa & akan datang, 
Amin . . . . 

Friday, May 25, 2012

Jodoh pertemuan di tangan Allah : Doa Pendekat Jodoh


Salam Jumaat, harini aku nak share satu doa untuk mereka yang sedang mencari seseorang sebagai teman hidup. Seperti yang kita tahu, soal jodoh pertemuan terletak di tangan Allah SWT. Namun kita sebagai hamba-Nya tidak boleh hanya berpeluk tubuh & tidak berusaha untuk memperoleh apa yang diinginkan. Setiap apa yang kita inginkan kita perlu ada usaha sama ada melalui doa, solat hajat dll.

 InsyaAllah. . . Allah Maha pemurah lagi Maha Mengasihani . . .

*Klik gambar untuk save as image.
Sumber doa : Himpunan doa seharian


Muhasabah Diri : Mencari Jodoh menurut Al-Quran & Hadis



"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dar hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian- Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya . . . . . 
 (Surah An-Nur : ayat 32-33)


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud , " Barangsiapa menikah, maka dia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh lagi". 
(Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim)

"Rasulullah S.A.W bersabda, " Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai ramai anak(subur), kerana aku bangga dengan sebab ramainya kalian di hadapan para nabi nanti pada hari Kiamat."
(Hadith Riwayat Ahmad No: 13594, dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)


Sumber   :  Google



Friday, May 11, 2012

Hargai & Hormati Rezeki Dari Allah S.W.T

Assalamualaikum & Selamat Pagi Kawan-kawan. Hari ini sarapan apa? Aku sarapan segelas air susu coklat Anlene dengan sekeping roti. Alhamdulillah, ada rezeki untuk sarapan. Hari ni nak share something tentang cara kita menghargai & menghormati rezeki dari Allah S.W.T. 

Pernah tak anda makan selicin ini?
Tak ingat time ni makan kat ne.

Ni pun tak ingat. Ada tulang plak :D

Yang ni tak berapa nak licin sbb ada kuah lagi. - Menu : Chicken Chop @ Secret Recipe, Mines Shopping Fair

Menu : Spageti @ Secret Recipe , Mines Shopping Fair

Yang ni licin sangat - Menu : Roti Canai Kosong @ Mines Shopping Fair

Ni pon antara yang habis licin, Alhamdulillah dengan rezeki yang diberi - Menu: Nasi goreng & ABC di Berjaya Times Square



Habis licin - Menu : Bubur Ayam @ Mines Shopping Fair

Selalunya yang kasi licin kan makanan aku Si Dia ni la. Makan sampai licin. Sekarang aku mcm terikut cara Si Dia makan. Rupanya ada hikmah disebalik ini iatu salah satu cara kita menghargai dan menghormati rezeki dari Allah S.W.T

Muhasabah Diri : Hargai & Hormati Rezeki Dari Allah

Kita perlulah menghormati dan menghargai rezeki dari Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W sendiri apabila makan, Baginda akan makan sehingga licin pinggannya. Selain itu, Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengutip makanan yang terjatuh:

Dari Jabir R.A, Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila jatuh sebahagian(kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan dan jangan dia dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberkatan" (HR Muslim)
Sumber   :  Google


Mari sama-sama kita sama-sama muhasabah diri kita untuk menjadi yang lebih baik dr hari sebelumnya. 
InsyaAllah :)


Friday, April 27, 2012

Subhanallah : Mencari ketenangan hati

Bila kita dilanda pelbagai masalah atau dugaan samaada masalah peribadi, kerja , keluarga dan sebagainya sudah pasti hati rasa tak tenang. Dan kadang kala ia akan membuatkan kita merasa tertekan dengan masalah yang kita hadapi. 

Gambar di Taman Botani @ Putrajaya

Bagaimana untuk mendapat ketenangan hati? Dengan mengingati Allah melalui zikir, solat sunat, baca al-Quran, berdoa dan sebagainya. InsyaAllah hati akan lebih tenang & rasa dekat dengan Allah. 


Muhasabah Diri : Dengan mengingati Allah , Hati pasti akan tenang


Sabda Nabi : "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab : "Khabarkan kepada kami. "Rasulullah S.A.W pun bersabda: "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At--Tirmizi dan Ibnu Majah)


Firman Allah : "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103)


Firman Allah : "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)


Sumber   :  Google


Antara doa yang menjadi amalan seharian untuk memperoleh ketenangan jiwa :





Marila sama-sama kita amalkan.
InsyaAllah kita mendapat ketenangan hati & jiwa dari Allah S.W.T
Amin . . . 


Friday, April 20, 2012

Subhanallah : Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Putrajaya

Salam Jumaat kawan-kawan. Jom kita muhasabah diri kita di pagi Jumaat. Nak kongsikan antara 10 amalan harian yang perlu di jaga secara berterusan (search kat google je)

Muhasabah Diri : Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah


1. Bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
2. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
3. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
4. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
5. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
6. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
7. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
8. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
9. Dalam waktu Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
10. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.


Sumber : Google



Moga kita lebih dekat pada Allah
Moga kita dilindungi oleh Allah
Moga kita ditetapkan iman
Moga hari esok lebih baik dari hari ini.

Amin Ya Rabbalalamin
>_<


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...